💎 [11] Operasi

Magsimula sa umpisa
                                    

"Biar betul?!" Gempa dan adik-adiknya menutup telinga akibat jeritan Fang, Gopal, Yaya dan Ying yang agak kuat.

"Aduh.. Sakit telinga aku.." Solar mengusap telinganya yang sakit itu.

"Hehe, sorry.." Fang, Gopal, Yaya dan Ying tersengih.

"Jadi, ape plan kita?" soal Fang sambil membetulkan cermin matanya.

"Hm, aku cadang kita perlu berpecah.. Fang, Gopal dan Ochobot akan pergi ke kawasan sekolah.. Aku, Ais dan Solar periksa di kawasan perumahan.. Yaya dan Ying cari di pekan.. Taufan dan Thorn cari di kawasan taman.." cadang Gempa membuatkan mereka semua ternganga.

"Erk.. Korang okey ke? Kalau tak okey, kita tukar plan.." Gempa mengerutkan dahinya tanda pelik dengan sikap mereka yang memandangnya seperti mahu memakannya. 😂

"Eh, takdelah.. Plan kau dah okey.. Jom berpecah.." Ochobot segera menenangkan keadaan. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia rasa kagum dengan sikap Boboiboy Gempa itu.

"Okey!"

~~~

"Haih.. Lama lagi ke?" soal Gopal yang sudah terduduk akibat penat berjalan.

Fang menjeling ke arah gopal. "Ye, lama lagi.. Selagi tak malam, selagi tu tak balik.." ujarnya geram.

"Ape?! Huhu!! Aku nak balik!" Gopal tiba-tiba sahaja meraung.

"Haih.." Ochobot mengeluh. Apelah nasib dapat kawan macam dia ni.

Sementara itu, di tempat Yaya dan Ying, kelihatan mereka berdua sedang duduk sambil menghirup udara yang segar. Aik, diorang ni buat kerje ke tak? 😂

"Yaya, cepat.. Kite takde masa nanti.." ujar Ying sambil mengelap peluh yang mengalir pada dahinya.

"Hmm" Yaya mengangguk. Kemudian, Yaya terbang manakala Ying berlari untuk meronda di sekitar pekan itu.

"Gempa.. Aku hauslah.." rungut Ais yang sudah kepenatan. Dia kemudian memandang jam tangannya. Dah pukul 1 petang.

Gemp menoleh ke belakang. Ais dan Solar yang berada di belakangnya jelas kelihatan penat. "Okey.. Kita berehat dulu.."

"Yes!" Ais dan Solar berhigh five sesama sendiri kemudian, berlari ke arah gerai berdekatan untuk membeli air.

Gempa yang melihat hanya menggelengkan kepala. Tanpa berlengah, dia turut menuju ke arah gerai tersebut.

"Taufan.. Aku hauslah.." ujar Thorn yang sedang membetulkan topinya.

Taufan memandang ke arah Thorn. "Okey.. Jom pergi kedai tu.."

Taufan dan Thorn kemudian menuju ke arah sebuah gerai yang menjual keropok, minuman berkotak dan minuman bertin.

Setelah membeli, mereka duduk di sebuah bangku yang disediakan. Taufan dan Thorn dengan pantas menghirup air yang baru sahaja mereka beli. Nampak sangat diorang haus.

"Taufan.. Duit tu kau punya ke?" soal Thorn hairan apabila dia melihat Taufan membayar dengan wang berjumlah RM10.

"Hm? Oh, taklah.. Duit tu Gempa bagi untuk kecemasan.." jawab Taufan.

"Oohh..." Terangguk-angguk Thorn mendengar. "Tapi, macam mana dia boleh ada banyak duit?"

Taufan terdiam seketika sebelum menjawab. "Mungkin hasil dari jualan Tok Aba? Tok Aba kan berniaga.. Jadi, separuh duit tu dia bagi kat Gempa?"

"Hmm.. Ada betulnya juga.." Thorn memegang dagunya lagak berfikir.

"Dahlah.. Jom sambung pencarian.." Taufan mula berdiri lalu menuju ke arah tong sampah untuk membuang sampah. Thorn turut mengikuti langkah Taufan.

Baru sahaja Thorn berdiri daripada menunduk membuang sampah, tiba-tiba sahaja ada sehelai kertas selamat mendarat pada mukanya. "Erk!"

Taufan yang melihat terkejut namun beberapa saat, dia ketawa. "Hahaha!"

Thorn segera mengambil kertas itu daripada mukanya. Mukanya kelihatan cemberut apabila diketawakan oleh abang kembarnya. "Hmph.. Kau ni.."

Taufan berhenti ketawa. Dia tersengih. "Sorry.. Tapi kan, siapa yang buang kertas ni?"

Thorn memandang ke arah kertas yang dipegangnya. "Hmm.. Ada tong sampah, tapi tak nak buang kat tong sampah.." Taufan hanya mengangguk setuju.

"Ape kau cakap?"

Suara seseorang dari arah belakang mengejutkan Taufan dan Thorn sampai terhinjut bahu mereka. Perlahan-lahan mereka menoleh ke arah gerangan yang bertanyakan soalan kepada mereka. Mereka tersentak.

Sebab apa? Sebab bukan hanya seorang, tapi empat orang! Sungguh, lutut Taufan dan Thorn sekarang sudah terketar-ketar.










Okey, nasib Taufan dan Thorn selalu malang. 😂

Taufan & Thorn: Apelah😒

Author: Biarlah😒😂

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon