💎 [27] Kisah Silam

1.9K 173 49
                                    

Memandangkan, dah capai 5.5K views, Author update sampai habis. Jangan lupa komen sebab mungkin lepas ni korang tak dapat komen😂😂 Apapun, enjoy^^

~~~

Xiles yang melihat senyuman Boboiboy mendengus geram. "Tak guna!!" Dia mengenggam erat kedua-dua belah tangannya.

Boboiboy memandang ke arah Xiles dengan menjongketkan kening kirinya. "Xiles Marsh... Aku dah ingat semuanya.."

"Heh, apa yang kau ingat?" soal Xiles sinis.

"Kaulah penyebab separuh rambut aku jadi putih.." ujar Boboiboy perlahan. Mindanya kembali kepada masa silam sewaktu dia berumur 9 tahun.

"Boboiboy, mari sini.." Panggil Xiles yakni rakan kepada ibu dan ayahnya. Boboiboy yang masih naif menuju ke arah Xiles. "Kenapa?"

"Kita pergi makmal aku.. Mama dan ayah kau ada urusan, jadi aku ditugaskan untuk menjaga kau sementara waktu ini.." ujar Xiles sambil tersenyum. Dalam diam dia tertawa jahat.

"Hurm, okey.." Boboiboy dipimpin oleh Xiles menuju ke makmalnya.

Tiba sahaja di makmal, kelihatan ada sebuah kerusi yang bersambung dengan beberapa wayar. Terdapat juga skrin komputer yang besar. Boboiboy yang melihat kerusi itu berasa takut lalu mencengkam hujung baju Xiles.

Xiles mengusap rambut Boboiboy. "Boboiboy duduk diam-diam kat situ tau.. Aku ada benda nak buat.."

Boboiboy menggeleng perlahan. "Takut.."

Xiles tersenyum. "Takpe.. Wayar semua tu dah rosak, tak berfungsi.. Boboiboy jangan takut.."

Dan Boboiboy terpedaya dengan umpan Xiles. Boboiboy duduk di kerusi itu dengan perasaan takut.

Xiles tersenyum sinis. Dia menekan butang berwarna hitam lalu wayar-wayar itu mula bersambung pada tubuh badan Boboiboy. Boobiboy mengerang kesakitan. "Ughh.. Pak cik kata, wayar tu rosak.. Kenapa wayar tu bersambung kat badan Boboiboy?"

"Heh, aku ada sesuatu nak buat dengan kau.." Xiles kemudian menekan butang berwarna merah lalu satu jarum berisi cecair berwarna ungu dicucuk pada leher Boboiboy. "Arghh!!!!!!!!!" Boboiboy terjerit kesakitan.

Xiles yang melihat keadaan itu tersenyum sinis. Nampaknya cecair yang dibuat olehnya berhasil. Namun, senyumannya pudar tatkala melihat separuh rambut hitam Boboiboy bertukar kepada warna putih.

"Aghhh!!" Boboiboy menahan sakit. Peluh mula membasahi wajahnya.

"Tch.. Badan kau ni lemah.." Xiles kemudian menekan butang berwarna kuning lalu satu jarum lagi muncul lalu mencucuk lengan kanan Boboiboy. Jarum itu menyedut darah Boboiboy.

"Aghhhhh!!!!! Lepaskan aku!!!!!! Arghh!!!!!!" Boboiboy menjerit kesakitan. Matanya dipejam rapat, menahan kesakitan yang dialaminya. Tanpa disedari oleh Boboiboy, separuh daripada rambutnya bertukar menjadi putih.

"Heh jangan harap.." balas Xiles sinis.

Selesai sahaja jarum itu menyedut darah Boboiboy, jarum itu kemudian menuju ke arah Xiles. Xiles menangkap jarum itu. Dicapainya sebuah botol kecil lalu dimasukkan darah Boboiboy ke dalam botol itu.

Pada waktu itu juga, Xiles dihalang oleh dua orang yang amat dia kenali. "Xiles!!!" Iaitu ibu dan ayah Boboiboy.

Xiles mendengus geram. Dia laju sahaja melarikan diri. Ibu bapa Boboiboy tidak mengendahkan Xiles, sebaliknya mereka risau dengan keadaan Boboiboy. "Boboiboy!!"

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWo Geschichten leben. Entdecke jetzt