💎 [9] Senjata

2.7K 263 30
                                    

"Tunggu!!! Huh huh!" Solar tersedar daripada mimpi maya. Peluh yang keluar dilap dengan kasar menggunakan telapak tangan kanannya.

"Kau okey?" soal Ais yang sedang berpeluk tubuh pada dinding bilik itu. Dia sebenarnya dah terjaga dari tadi. Jadi, dialah saksi kepada Solar yang meracau tiba-tiba memandangkan dia disuruh oleh Gempa untuk menjaganya.

Solar yang mendengar terkejut. Lantas dia menoleh ke arah kanannya. "Kau?! Aku....kat mane ni?"

"Kat rumah kitalah.." ujar Ais malas. Dia nak sambung tidur tapi, disuruh pula jaga budak poyo ni. Apelah nasib. 😂

Solar mengerutkan dahinya. "Bila masa pulak aku satu rumah dengan kau?"

Ais sabar. Kalau dia tak ada sifat sabar, kang nanti bilik ni jadi beku pulak. "Sejak kita ada kuasa.." jawabnya selamba.

"Kiranya, kau pun ada kuasalah ni? Aku ingatkan aku sorang je yang ada kuasa.." ujar Solar yang Ais rasa ada sedikit perasaan berlagak di situ.

"Tak payahlah poyo sangat.. Dah, aku nak panggil Gempa.." Baru sahaja Ais ingin keluar, Solar tiba-tiba melompat di atas katil seperti kanak-kanak 6 tahun.

"Yeay!" Terlompat-lompat dia di atas katil itu.

Ais yang melihat sudah ternganga. Ni ke adik dia? "Woi! Sudahlah! Nanti patah katil tu siape nak tanggung?!"

Solar berhenti seketika lalu menjeling ke arah Ais. "Biarlah.. Kau kata ni rumah kita, kiranya ni pun katil kita.." Dia kemudian sambung melompat.

Ais sudah menepuk dahinya. "Gempa!! Kau tengok adik kau ni!!"

"Hah?! Kenapa kenapa?!" Tak sampai 10 saat, Gempa sudah terpacak di pintu.

"Allahu Akbar!" Kus semangat! Nak terkeluar jantungnya bila Gempa tiba-tiba muncul. "Haih, kot ye pun bagilah salam.. Terkejut aku.." ujarnya yang sedang mengusap dadanya.

Gempa tersengih. "Dah kau panggil macam ada perompak, aku cepatlah datang.." Gempa memandang ke arah solar. "Eh, dia dah bangun ke?"

"Hmm" balas Ais ringkas. Merajuk ke Ais? 😂

"Solar" Pergerakan Solar terhenti ketika Gempa menyebut perkataan itu. "Macam mana aku ada dekat sini?" suaranya berubah dingin tapi tidak sedingin Halilintar.

"Aku yang bawa.. Lagipun, kecederaan kat tangan kau teruk.." ujar Gempa perlahan.

Solar memandang ke arah tangan kanannya. Baru dia perasan tangan dia berbalut. "Terima kasih sebab rawatkan.. Dahlah, aku nak balik.."

Ais tersenyum sinis. "Balik? Kau ade rumah ke?"

Soalan Ais membuatkan Solar terkejut besar. Macam mana Ais tahu yang dia takde rumah? Solar berdehem. "Ape kau cakap ni? Aku mestilah ada rumah.." ujarnya cuba berlagak tiada apa-apa berlaku.

Ais mengangkat kening. "Kau pasti? Bukan kau tinggal kat tepi jalan ke? Kat perhentian bas? Kat depan kedai? Hm?"

Gempa memandang pelik ke arah Ais. Sejak bile Ais banyak cakap? Walaupun Ais merungut, tapi sekejap je lepastu, dia tak buat pun kerja yang disuruh. Gempa hanya jadi pemerhati. Harap tiada berlaku peperangan.

Solar tersentak. Dia tertunduk. Betul, selama ni dia tinggal di tempat yang Ais sebut. Tapi, dia dah takde keluarga, nak buat macam mana?

"Kalau ye pun kenapa? Ada kaitan dengan kau ke?" soalnya berlagak sambil berpeluk tubuh dan memandang sinis ke arah Ais.

Ais pula tersenyum tenang. Solar dah rasa pelik. Dah kenapa dia tersenyum?

Ais perlahan-lahan mendekati Solar lalu menepuk bahunya. "Mestilah ada kaitan.. Kau kan adik aku.. Aku tak naklah penderitaan kau tu berulang semula.."

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz