BAB-TERAKHIR😢

1.4K 126 9
                                    

"A-abang!"

Zed Kidoo terkejut apabila melihat orang yang berada dalam bilik itu ialah Ziko yang sebenarnya dan sudah meninggal beberapa jam yang lalu.

"Ini tak mungkin...Perempuan tu..bunuh abang aku dan..aku pun.. bunuh abang aku juga!.Arghhh!"

Zed Kidoo meroyan di dalam bilik itu.

______________________________

Ziko dan seorang kuncunya membawa Tyiona ke dalam gua Zed Kidoo.

"A..apa yang kamu berdua nak buat dengan saya ni?"

Tyiona berasa gerun bersama dua lelaki itu.

''Masuk!"

Arah Ziko palsu itu.Tyiona mengikut arahan.

Setiba mereka di depan pintu tembus ke alam lain.Ziko palsu itu melihatkan dirinya yang sebenar kepada Tyiona.

"MENAWAN!"

Tyiona seolah-olah tidak percaya.

"Ya,ini aku dan-"

Menawan menarik penutup mulut lelaki di sebelahnya itu.

"ANDRY!"

Tyiona berasa sangat terharu lalu dia memeluk kedua sahabatnya itu.Menawan tersenyum dan membalas pelukan Tyiona semula.

"Ehemm,kak Tyiona jangan lupa dekat sini ada jantina lelaki."

Kata Andry dengan perasaan malu.Tyiona meleraikan pelukan sambil terketawa dia lupa pula yang Andry tu lelaki.

"Tak apa peluk saja pun bukannya Tyiona cium kau."

Balas Menawan dengan wajah menyampah melihat lelaki itu.Andry merenung tajam pada perempuan itu.

"Aku gembira hari ini adalah hari terakhir aku jumpa dengan budak Tarzan ni.''

Sindir Andry pada Menawan dan perempuan itu tersenyum.

Menawan mengambil buku mantera Zed Kidoo yang berada di atas meja lelaki itu selalu duduk lalu dia membaca mentera untuk membuka pintu itu.

"WAHAI PINTU TEMBUS KE ALAM LAIN!
ALAM INI DI PISAHKAN KERANA IA BERLAINAN DUNIA..
BUKALAH ENGKAU UNTUKKU BALIK DI ALAMKU SEMULA!"

Pintu itu tidak terbuka.Mereka berasa pelik dan memandang satu sama lain.

"Kenapa pintu gua ni tidak terbuka?"

Soal Menawan.

"Yalah,mungkin suisnya belum di on ataupun tak ada elektrik."

Kata Andry pula.

"Andry ini bukannya pintu moden macam di shopping mall..Mungkin kami yang kena baca mantera sebab kami orang dari alam itu."

Duga Tyiona.

"Baiklah,kamu berdua letakkan tangan ke atas pintu gua ni bersama-sama."

Tyiona dan Andry mengikut arahan dan membaca mantera itu sekali lagi.

Pintu gua tembus ke alam lain lantas terbuka dan mengeluarkan cahaya terang.Mereka tidak dapat melihat ke dalam pintu itu.

"Kenapa terang betul cahaya ni?"

"Ini macam pintu menuju ke syurga sudah ni!"

Bebel Tyiona dan Andry.

______________________________
Kenjie terhempas di dinding batu apabila Puan Serina mengamuk.

"Kau jangan berani menghalang kerja anak saya!"

Kenjie tetap juga tidak mahu mengalah.Dia kena selamatkan cikgu Kylie kalau tidak mati wanita tu nanti.

TEMBUS KE ALAM LAIN.Where stories live. Discover now