Bab 6.

1.2K 66 0
                                    

"ya,saya nak tahu mana perempuan tu sekarang!"

"Andry bawa bertenang.Perempuan tu berada di rumah tuan penghulu kampung sebelah."

Jaiho menghampiri Andry yang nampak tergesa-gesa mahu mencari perempuan itu.

"Ke..kenapa dia berada dekat sana ini tak boleh jadi..Kita kena selamatkan dia tempat tu bahaya!"

Andry mahu keluar dari rumah pondok itu namun,Jaiho sempat menahan badan Andry.

"Jaiho!Andry! masuk bilik sekarang!''

Nenek Jaiho sudah hilang sabar dengan kedua budak lelaki itu.Rasa macam nak jahit dekat dinding sahaja mereka.

"Tapi nek perempuan tu tak tahu yang kampung dia pergi tu membahayakan nyawa.Tolonglah benarkan"

Andry cuba mendapat keizinan daripada nenek Jaiho.

"Nenek tak bagi kamu pergi malam-malam macam ni dan bukan sekarang..Tunggu masanya tiba!"

Tegas nenek Jaiho bercakap dengan mereka berdua.Andry dan Jaiho terpaksa mengalah dengan kata-kata wanita tua itu.

...................................
Tepat pada waktu malam.Semua orang di rumah Ziko sudah lama melelapkan mata,suatu bunyi pun tidak kedengaran langsung.

Tyiona berpaling ke kiri dan ke kanan dia tidak senang tidur pada malam ini.Biasalah bukan rumah sendiri mesti ada rasa kurang selesa.Tyiona akhirnya membuka kedua matanya hati dia sangat takut kerena Kylie tiada bersama dia.

"Kakak!kakak!.kenapa semua ni berlaku pada saya?Sebenarnya,di mana saya berada sekarang ni?!"

Tyiona akhirnya menitiskan air matanya.Dia rasa sangat kesepian bercampur dengan ketakutan.Tiba-tiba Tyiona teringat akan sesuatu dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke pakaian miliknya.Dia meramas seluar Puma hitam itu.

"Mana telefon Samsung saya?Rasanya ada dekat sini pagi tadi!"

Tyiona berbicara dengan dirinya sendiri di dalam hati.

"Tttak!ttak!ttak!"

Tyiona tersentak bila terdengar bunyi seseorang sedang berjalan ke arah biliknya dengan perlahan.Selangkah demi selangkah bunyi tapak kaki itu hampir ke pintu bilik Tyiona hanya tinggal empat langkah lagi.

Tyiona terkaku seketika.Sambil melihat ke arah pintu biliknya dan barulah dia perasan yang pintu biliknya tidak berkunci dari dalam.

"Alamak!saya lupa kunci bilik!!"

Tyiona sudah menjerit di dalam hatinya.Tyiona bingkas berlari dengan pantas menuju ke arah pintu bilik namun,dia hebat langsung tiada bunyi tapak kaki pun yang di hasilkan.

Tyiona pantas mengunci pintu biliknya sebelum seseorang itu cuba untuk memecah masuk ke dalam bilik.Kedengaran seseorang merengus geram di luar pintu bilik Tyiona.Namun,tidak dapat di pastikan sama ada lelaki ataupun perempuan.Tyiona sudah menekap mulutnya dengan kedua belah tangannya.Dia terasa seolah-olah jantungnya mahu terhenti sahaja.

Tyiona terduduk dan badannya melekat di dinding, dia berfikir yang orang itu sudah beredar dari situ namun,orang itu masih mencuba membuka pintu biliknya.Tyiona bersedia menahan pintu itu supaya kalau orang itu berjaya membukanya Tyiona sudah bersiap sedia untuk menyerang.

"Oh God, please help me!"

Tyiona memejamkan kedua matanya sambil menyebut perkataan itu beberapa kali agar Tuhan menyelamatkan dirinya.

Beberapa saat barulah orang itu berhenti lalu dia meninggalkan bilik Tyiona.Tyiona sudah berpeluh dan barulah hatinya berasa lega sedikit.Dia tertanya-tanya siapakah orang itu kenapa dia nak pecah masuk ke dalam biliknya?!

Baru sahaja Tyiona terasa mengantuk dan sudah mahu terlelap tiba-tiba satu suara ketukan pintu dari luar rumah membuatkan dia terjaga semula.
Pintu telah di buka dari dalam oleh seseorang.

"Maaf saya terlambat bal...Aahh!"

Suara seorang lelaki meminta maaf lalu tiba-tiba mengerang kesakitan seperti di bunuh membuatkan Tyiona tidak senang tidur.

"Apa yang berlaku ni?!Kakak tolong!!"

Tyiona menutup kedua telinganya mengunakan telapak tangan.Air matanya semakin deras keluar menahan ketakutan yang di hadapinya sekarang ini.

....................................
Kylie terbangun secara mengejut,nafasnya turun naik,hatinya terasa sangat takut.

"Apa yang berlaku ni?Apa yang terjadi pada Tyiona?"

Kylie mengelap peluh yang berada di dahinya.Kylie bangun dari katil lalu menuju ke dapur untuk minum segelas air.Beberapa saat kemudian telefon miliknya berdering.Kylie bingkas berlari ke dalam biliknya semula mendapatkan telefonnya.

"Aik,Siapa pula yang telefon jam 1 pagi macam ni?"

Kylie menjawabnya lalu menyapa orang di dalam talian itu namun, langsung tiada sahutan sama sekali.Kylie mengerutkan dahinya sebelum dia membaca nama si pemanggil tapi tiada nama.

"Hoi!siapa ni kalau tak nak bercakap tak payahlah call?!"

Kylie hampir mematikan panggilan itu tapi suara di dalam talian tersebut membantutkan niatnya.

''Cikgu!Cikgu Kylie?!"

"Ken..Kenjie?"

"Ya,Ini saya Kenjie."

"Dari mana kau dapat nombor cikgu?"

"Perkara tu belakang cakap..Sekarang ni saya..saya nak cakap sesuatu"

"Emmm..Apa dia?"

"Saya....Saya mimpi Andry sahabat baik saya yang hilang tu."

"Jadi apa dia cakap?"

"Dia cakap seorang perempuan bernama Tyiona dalam bahaya."

Kylie tersentak dan kaku dia seolah-olah tidak percaya.
Adakah betul apa mimpi yang Kenjie baru sahaja beritahu dia itu benar?.

"Andry kata dia akan cuba selamatkan perempuan tu."

"Cukup!cukup Kenjie jangan buat lawak bodoh dengan aku!"

Kylie mematikan talian telefonnya bersama Kenjie.Hatinya rasa sangat hiba dia tidak tahu mahu percaya ataupun hanya kebetulan sahaja.

BERSAMBUNG...









TEMBUS KE ALAM LAIN.Where stories live. Discover now