"hey,Andry saya dah siap ni.Kau nak duduk dalam bilik saya berapa lama?"
Soal Tyiona.Andry menarik selimut itu dari mukanya lalu memandang Tyiona.Berpeluh-peluh wajah Andry, entah sebab apa dia malu ataupun kepanasan berbungkus dengan selimut tebal itu.
"Saya akan keluar bila tiba masa yang sesuai sekarang terlalu susah untuk saya lari dari rumah ni."
Andry menjelaskan pada Tyiona.
"Baru tahu siapa suruh main pecah masuk rumah orang..Kalau macam tu saya pergi dulu."
Tyiona bergegas keluar dari biliknya lalu menutup bilik itu semula.Nanti kalau dia lambat-lambat di dalam bilik itu Jelita syak sesuatu lagi.
"Mari Tyiona."Jelita mengajak.
____________________________
Ziko yang sedang duduk mencangkung di atas tanah sambil mengipas mukanya dengan sehelai kertas terlihat dua gadis itu menuruni anak tangga rumahnya.Ziko berdiri lalu menghampiri mereka.
"Hey,kamu berdua nak pergi mana?"
Ziko menanya sambil memberikan senyuman manis kepada Jelita dan Tyiona.
"Kami nak ke-"
Jelita memandang wajah Tyiona yang sudah kelihatan cemas di sebelahnya.Ziko memandang kedua gadis itu silih berganti.
"Yiona, janganlah tunjukkan muka cemas sangat..Nanti dia curiga."
Jelita berbisik di telinga Tyiona dengan perlahan.
Jelita risau kalau Tyiona berasa takut dengan Ziko akibat ceritanya pagi tadi.Tyiona memaksa dirinya untuk senyum pada Ziko.
"Kami nak ke pasar, Ayang nak ikut?"
"Taklah sayang..Hati-hati,ya"
Balas Ziko dengan lembut.Jelita mengangguk dan menarik tangan Tyiona lalu mereka berdua berjalan meninggalkan Ziko di situ.
_______________________Kylie masuk ke dalam kelas 5F dengan wajah yang serius.Semua pelajar akan diam bila setiap kali Kylie masuk.Jika mereka membuat bising memang kena denda satu kelas tu lagi-lagi kes kehilangan adiknya belum lagi di selesaikan.Kylie akan meroyan dan membelasah ke semua meja dalam kelas bila dia terlalu tertekan dengan bunyi bising.
"Semua tak perlu berdiri."
Kylie bersuara tegas dan semua pelajar pun hanya duduk berdiam diri.Kylie hanya menulis apa yang patut di atas papan putih itu.Sikapnya yang dingin itu membuatkan Kenjie berasa tidak senang hati.
"Semua tumpukan perhatian di depan.Cikgu nak tengok kamu jawab macam mana."
Kylie sudah siap menulis soalan sejarah di papan putih.Kenjie menghampiri Kylie dengan wajah yang dingin juga.Semua pelajar di dalam kelas sudah berasa gerun melihat wajah serius kedua manusia itu.
"Cikgu Kylie!"
Kylie menoleh memandang Kenjie dengan kerutan di dahinya.Kylie duduk di atas kerusinya.
"Kau nak apa?!"
Kenjie tanpa berkata apa-apa lantas meletakkan satu bungkusan plastik di atas meja depan Kylie.Ikatan bungkusan plastik itu di leraikan oleh Kylie.Terlopong mulut Kylie bila terlihat sepuluh bungkus coklet di dalamnya.
"Kau nak cikgu mati awal kena penyakit kencing manis kah?"
"Bukankah coklet tu boleh menghilangkan stress?Cikgu saya bukannya nak cikgu Kylie cepat mati tapi ...Saya nak cikgu bertenang dan fikirkan benda yang positif.
YOU ARE READING
TEMBUS KE ALAM LAIN.
Fantasy[Completed] Pada Satu hari Tyiona diajak oleh kakaknya yang merupakan seorang guru SMK,MENTARI untuk melawat sekolah tersebut.Semasa Tyiona pergi ke sekolah itu dia terpukau melihat keindahan SMK Sinar Mentari yang bagaikan taman bunga.Tyiona memint...