Bab 1

3.4K 101 2
                                    

Kylie sedang menghias payung yang akan di persembahkan sempena hari kemerdekaan esok.
Sekilas matanya memandang ke arah adik perempuannya yang sedang membaca majalah K-pop itu.

"Yiona,beesok nak ikut kakak pergi sekolah tak?"

Kata-kata Kylie itu menghentikan Tyiona membaca dan dia menoleh ke arah kakaknya.

"Bolehkah?".Tyiona menjongketkan kening.

"Mestilah boleh sebab esok sekolah kami menyambut hari Kemerdekaan".
Kylie menghentikan kerjanya dan memandang adiknya.

"Kalau kakak bawa..saya ikut jak"

Mata Tyiona memandang majalah kpop semula.

"Mestilah kakak bawa lagi pun kamu nampak macam bosan saja di rumah"

Kylie menyambung kerjanya menghias payung tersebut.

"Okey,lagi pun saya tak pernah nampak sekolah yang kakak cakap cantik itu sebelum ni''

"Kalau kau dah masuk di dalam sekolah tu..kakak gerenti yang kau hanya akan melihat pokok-pokok bunga itu saja sampaikan kakak pun kau akan tinggalkan"

Kata-kata Kylie membuatkan Tyiona ketawa kecil.Dalam hatinya berkata "tak mungkinlah".

••••••••••••••••••••••••••••

Keesokan harinya.

Kylie memandu kereta Viva miliknya.Dia dan Tyiona sudah tiba di dalam perkerangan Sekolah Menengah Kebangsaan. Sinar Mentari.

"Wah!macam kebun bunga pula saya nampak sekolah ni"

Kylie ketawa setelah adiknya bercakap macam tu.

"Cantikkan?dahlah jom tolong kakak angkat barang dekat belakang tu"

Kylie hari ini memakai baju sukan berwarna biru air serta lambang bunga raya dan seluar sukan .Manakala,Tyiona pula hanya memakai baju T-shirt berlengan panjang warna merah dan seluar sport jenama Puma.

Semasa mereka mengeluarkan barang-barang dari belakang kereta seorang pelajar lelaki terlangar badan Tyiona.

"Oops!sorry,saya tak sengaja"

Kata murid lelaki itu dan terus pergi.Tyiona yang terkebil-kebil melihat lelaki itu.Biadap sungguh bukannya nak tolong punggut barang yang jatuh bertaburan dekat atas lantai ni!

"Hey,budak datang sini balik!"

Kylie memanggil pelajar lelaki itu semula dengan suara tinggi.

Murid lelaki itu menoleh kebelakang semula memandang Kylie dan Tyiona silih berganti.

"Di sebabkan kau jatuhkan barang-barang cikgu..Kau tolong cikgu angkat barang-barang ni cepat!"

Murid lelaki itu mengalah dan ikut setiap arahan yang Kylie suruh.Dia menujuh ke arah Tyiona dan tolong mengangkat barang yang berada di tangan Tyiona dengan kasar.

"Mari bawa sini..Menyusahkan!"

Tyiona tersentap dengan kata-kata murid lelaki biadap itu.
Mata Tyiona sempat melihat name tag murid lelaki yang sudah jalan meninggalkan dia dan kakaknya.

"Biadap punya budak!sudah umur 17 tahun pun perangai mengalahkan hantu!"

Kylie merengus geram.

"Budak tu pelajar kakak kah?"

"Ya,pelajar samseng di sekolah ni kononnya tapi kalau dengan guru-guru lain lah..Kalau di mata kakak dia tu cuma budak tak cukup matang saja"

Tyiona mengangguk faham dan Kylie pun mengajak dia menujuh ke bilik guru.

•••••••••••••••••••••••••••

Setelah siap menolong Kylie mengangkat barang sebentar tadi Tyiona meminta izin pada kakaknya ingin bersiar-siar di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Mentari itu.

"Wah!cantiknya tempat ni"

Tyiona memuji kecantikan hiasan pokok-pokok bunga yang berada di setiap tepi jalanan kawasan sekolah itu.

Tyiona seolah-olah terpukau dengan kecantikan bunga-bunga raya,bunga 7 warna,bunga cempaka,bunga matahari dan bunga kertas.Semakin lama semakin jauh langkah kaki Tyiona berjalan meninggalkan bilik guru.

Tanpa di sedari sepasang mata melihat ke arah Tyiona yang sedang khusyuk di pukau keindahan bunga-bunga itu.

"Hey,Kenjie apa yang kau tengok dari tadi ni?cepatlah dah sampai giliran kau buang daun terup tu"

Lamunan Kenjie di ganggu oleh kawan sekelasnya.

"Yalah!korang ni mengacau aku nak mengelamun jak"

Kenjie melempar daun terup berbentuk hati nombor 5 ke arah kawannya.Kenjie menoleh semula ke arah Tyiona berada sebentar tadi namun kelibat perempuan itu sudah tiada di situ.

••••••••••••••••••••••••••

"Cikgu Kylie Erina mana adik kau?jemputlah dia makan kuih ni sekali."

Pertanyaan cikgu Mardhiyah iaitu rakan Kylie membuatkan dia baru tersedar yang adik perempuan dia itu sudah tidak kelihatan di luar bilik guru.

"Yalah,mana pergi Tyiona ni?"

Kylie keluar dari bilik guru dan mencari-cari di mana Tyiona berada.

"Ish,mana Yiona ni?"

Hati Kylie mula merasakan tidak sedap hati.

"Cikgu cari adik kesayangan kah?"

Kylie menoleh kebelakang melihat suara orang yang menyoal dia.Di lihatnya wajah murid lelaki yang biadap pagi tadi.

"Kenjie,kau ada nampak adik cikgu?"

"Ada."

Kenjie menatap mata Kylie .Mereka saling pandang memandang di bawah pokok bunga berdaun merah seperti bunga sakura.
(siapa pernah nampak pokok bunga macam tu sahaja yang faham)

BERSAMBUNG...

_____________________________

Terima kasih sudi membaca biarpun korang rasa tak best😅😅

SEBENARNYA,CERITA INI MERUPAKAN PERMAINAN MIMPI SAYA SENDIRI..TETAPI ADA SEPARUH TU SAYA TAMBAH UNTUK PANJANGKAN LAGI CERITA NI..

TEMBUS KE ALAM LAIN.Where stories live. Discover now