BAB 9

24.4K 1K 85
                                    

∆ The Mama Special ∆

"Berbuka hari ni nak makan apa ?" Soal Iman yang baru mucul dari tingkat atas dan turut menyertai anak beranak yang sedang bersantai di ruang televisyen.

"Makan luar." Sampuk Aiden pantas dengan muka teruja.

Hari ini sudah 15 ramadhan, bermaksud sudah separuh bulan umat islam berpuasa. Jarang sekali mereka sekeluarga berbuka bersama di luar. Kalau tak kat rumah, kat luar itupun tak semua yang sertai.

"Yeayy." Sorak Amni, sambil bertepuk tangan menyokong kenyataan abangnya.

Aka abang baby. Sebab manja sangat !

Kini mata semua orang tertumpu pada seseorang yang duduk di atas sofa single. Masih ralit membaca sesuatu di dada ipadnya tanpa sedar anak-anak dan isteri sudah memandangnya. Menanti keputusan.

"Papa–"

"Yee." Sahut Ilham pendek.

"You agree or not pa ?" Kini Adrell pula bersuara. Papa tu kusyuk sangat baca apa lah, jangan tengah belek mak baru sudah.

"Tanya la mama tu." Mata Ilham masih pada skrin. Laporan kemalangan di site Johor Bharu dibaca teliti.

"Lahh. Mama suruh tanya papa, papa suruh tanya mama. Mana satu ni ?" Ayra mengeluh.

Ammara yang hanya diam menyaksikan, tertawa kecil. Kelakar pula gelagat dua mertuanya ini. Terasa rindu pada umi dan abi nun jauh di tanah arab sana. Telatah mereka lebih kurang sama. Cuma mama dan papa ni lebih muda berbanding umi dan abinya.

Yalah, Aidan kan anak sulung. Manakala Ammara anak bongsu.

Ilham panggung kepala, merenung wajah isterinya dihadapan. Pandangan dihantar menyoal how-about-you?. Iman hanya membalas pandang sambil kening dijongket tanda dia juga menyoal Ilham kembali.

"Kira jadi jelah." Aidan yang sedari tadi diam, tiba-tiba bersuara.

"Yeayyy!!" Terloncat-loncat si Aiden dan Amni. Dan juga Adrell.

"Lepastu kan boleh kita shopping tudung raya sekali." Usul Ayra pula.

Baju raya yang ditempah sudah siap, kelengkapan lain saja belum. Alang-alang sudah keluar sekali, baiknya lergi sekali. Kerana mereka sekeluarga pakai satu tema warna tahun ni. Sekali dengan atok !

"Ahh, ni yang bosan ni." Keluh Ilham mendengar idea Ayra.

Berderai ketawa mereka melihat muka cemberut Ilham.

_

"ASSALAMUALAIKUM."

Aidan yang sedang bermesej dengan Ammara terhenti perlakuannya. Kepala didongak sambil menjawab salam.

"Abang ni, abang Ayra kan ? Abang Aidan?" Soal pemuda dihadapannya.

Buat seketika, Aidan terkujat. Bagaimana lah lelaki ini mengenalinya. Siap sebut nama lagi.

"Yaya saya, kenapa ya ?"

"Saya Harraz, Harraz Rifqi." Jejaka yang memperkenalkan dirinya sebagai Harraz itu menyua tangan untuk berjabat.

"Oo ya. Macam mana tahu nama adik saya dan saya ?" Soal Aidan. Harraz tertawa kecil.

Seketika, dia berasa cemburu dengan 'kecantikan' yang dimiliki Aidan. Wajah nya sangat tampan, kulit nya putih bersih dan flawless. Sangat sangat mirip dengan Ayra. Dan Aidan memiliki tubuh yang tegap dan tinggi lampai macam model.

Manakala dirinya pula, hanya seorang lelaki biasa dengan ketinggian seorang lelaki Asia, badan yang tak terlalu kurus tapi tak berketak langsung dan mempunyai beberapa jerawat kenit di wajah. Kulitnya tanned dan di lengannya mempunyai sempadan warna.

"Ayra junior saya, kami satu course. Abang datang ni jumpa dengan prof dia ya ?" 

"Ha'ah. Sekarang tengah tunggu Ayra lah ni. Entah mana lah dia." Jawab Aidan, lebih kepada mengelak perbualan itu menjadi kekok.

"Abang–"

"Along !"  belum sempat Harraz menghabiskan bicaranya, kelihatan Ayra berjalan mendekati mereka.

"Along belum masuk ke?" Soal Ayra sambil mencapai tangan Aidan untuk dicium. Matanya mengerling pada Harraz disisi abangnya.

'Aduhh macam mana dia boleh duduk dengan along ?!'

"Dah, dah masuk pun. Ayra lah lambat sangat." Kata Aidan lembut sambil ekor matanya turut mengerling Harraz disebelah.

Lelaki itu merenung Ayra berminat, dengan senyuman lebar sampai ke belakang telinga. Amboi. Smell something fishy hah this boy.

"Alahh, prof cakap apa ?" Ayra cuba sedaya upaya untuk ignore Harraz yang asyik tersenyum dari tadi.

Haih, kenapa laa dia ni ?!

"Balik ni lah, along kena buat presentation tau dengan mama papa pasal perangai awak ni." Ayra membulat mata.

"Teruk ke along ?" Geda Ayra. Namun, Aidan hanya tersenyum kecil dan berdiam.

Kemudian dia bangun dan pamitan kepada Harraz yang sedari tadi menjadi pendengar setia.

"Abangg, teruk ke orang?" Soal Ayra lagi ketika kereta sudah mula bergerak meninggalkan perkarangan universiti.

"Siapa Harraz tu ?" Soal Aidan.

"Entah." Malas Ayra menjawab

"Entah? Dia siap tahu nama abang lagi. Boyfriend Ayra eh ?" Aidan tersenyum mengejek.

"Eyhh takda maknanya !" Bentak Ayra, terus muncung sedepa diusik alongnya. Sensitive tau dengan mamat tu.

Tbc

The Mama [Special]✅Where stories live. Discover now