BAB 2

27.3K 1.2K 73
                                    

∆ The Mama Special ∆

Aidan naik ke tingkat atas ingin menuju ke kamarnya. Ketika melintasi pintu bilik tidur orang tua mereka, dia terhenti.

Mesti princess aku tengah tidur kat dalam.

Aidan bergerak membuka pintu. Dijengul kepala, dapat dilihat susuk tubuh kecil itu bergerak di dalam katil bayi yang bersambung dengan katil king.

Aidan masuk mendekati katil bayi. Dilihat adiknya tengah pegang kaki sendiri. Dah bangun dia.

"Hai." Aidan terus bersuara apabila si kecil itu memandang dengan mata bulat.

"Aiiii." Amni, si adik kecil menyahut.

Memperkenalkan, Nur Amni binti Ilham Nazariel. Cast baru ha ha. Ok, jangan terkejut.

Amni merupakan adik kecik merangkap yang paling bongsu dalam keluarga mereka. Tiada lagi Ayra si puteri tunggal dan Aiden si bongsu. Kedua mandat tersebut kini dirampas dek adik kecil mereka yang kedatangannya tidak diduga.

Siapa sangka, Iman disahkan mengandung lagi pada usia 39. Selepas berbelas tahun, sampai Aiden pun dah sekolah menengah. Semua terkejut. Dan Ilham waktu itu bangga tak habis-habis. Adehh.

Menangis Iman bila sampai dirumah daripada klinik kerana berita kehamilannya. Dia kata dia sudah tua pun, mengandung lagi. Nanti dia tak larat nak bawa perut lah apa lah.

Ilham bawa pujuk dengan cakap, takpe nanti kita sama-sama jaga. Anak-anak lain dah besar boleh tolong tengokkan. Dalam hati, Ilham dah seronok macam apa bila mengetahui ada lagi benihnya dalam perut Iman.

Ilham, never change at all. Umur je meningkat. Kegatalan dan tenaga disa macam orang muda.

"Baru bangun eh," Aidan mengangkat tubuh kecil yang menyua tangan kepadanya.

Dibawa tubuh Amni kemas dalam dukungannya. Si kecil Amni memeluk leher abang long kesayangan dia. Dicium pipi Aidan sikit.

Aidan sengih, turut dibalas dengan mencium pipi montel tu.

"Mama ane mama ?" Bebola mata Amni bagai mencari-cari disekitar bilik tidur. Nak mama lah ni.

"Mama ada kat bawah laa, adik nak kencing tak ?"

"Tamau, adik akai ampers," Amni menunjuk pada benjolan pampers di celah pehanya.

Aidan meraba sikit. Raba pampers okay.

"Dah penuh pampers adik ni, nak jatuh dah." Aidan mendirikan Amni diatas katil.

"Jom kita tukar pampers nak ?"

"Jom !" Sahut Amni ceria. Dia punya jom macam abang long ajak pergi jalan-jalan padahal nak cuci je haha.

"Aidan ?" Tegur Iman dimuka pintu.

"Kenapa tu?" Aidan berpusing memandang mamanya dibelakang. Amni yang terlompat lompat dia pegang. Kang tergolek haa.

"Aidan nak tukar pampers adik ni haa, dah penuh sangat." Iman menghampiri dua beradik itu.

Belum sempat Iman sampai mendekat, Amni terus menjerit.

"Mama !"

"Iyaa sayang. Jangan lompat."

Iman tersenyum melihat tingkah Aidan yang tengah lucutkan mini legging dari kaki adiknya. Kemudian, dibuka baju pulak. Dah macam anak dengan ayah pulak. Kan gap mereka jauh.

Sayang betul Iman dengan Aidan. Ringan tulang sangat. Meskipun letih baru balik kerja, dia tetap boleh handle. Tengoklah sekarang, boleh lagi layan adik manja dia.

"Alang dah basuh kencing tu, mandikan sekali lah adik tu. Petang dah. Takpe, biar mama buat."

"Eh biarlah Aidan buat, mama siapkan baju adik je okay ?" Aidan senyum memandang ibunya.

"Yelah, yelah. Nanti mama pakaikan dia baju. Awak tu lepas siap mandikan adik, pergi mandi rehat tau." Pesan Iman.

"Iyaa."

Aidan dukung tubuh Amni ke dalam bilik air didalam master bedroom tersebut. Dalam pada itu dia melayan celoteh Amni yang bertanya itu ini.

Baru dua tahun mulut tu suka pok pek dah.

Biarlah, bila lagi kita nak berbakti pada ibu ayah kan ? Nanti dah kahwin, lagi susah nak tolong mama ni. Sementara berkesempatan, dia sanggup buat apa sahaja untuk mama dia yang tercinta ini.

Aidan sudah tahu, Ayra juga. Ilham sendiri yang buka rahsia itu. Rahsia tentang ibu kandung mereka, Mariana dan Iman hanya ibu susuan. Ilham memang berniat mahu anak-anak nya tahu perkara tersebut.

Bukan atas sebab-sebab lain. Tapi hanya mahu mereka tahu siapa sebenarnya ibu kandung Aidan dan Ayra. Dan Ilham mahu, anak nya terus menghargai jasa baik Iman pada mereka ketika mereka masih merah dulu meskipun hanya ibu susuan.

Tetapi kini mereka adalah sebuah keluarga yang sangat bahagia. Ilham dan Iman bahagia melengkapi satu sama lain, dan melihat anak-anak mereka membesar. Tak sangka, dah semakin tua mereka haha.

Tapi sempat pula dapat seorang lagi. Ilham kata ni mungkin final kut. Katanya kesian pada Iman. Lelah dia bawa perut. Lagipun agak berisiko bila mengandung ketika umur lanjut ni. Alhamdulillah, nasib baik Amni lahir dalam keadaan normal dan tiada kecacatan fizikal atau apa-apa.

Sejak kehadiran Amni, keluarga mereka makin bertambah riuhnya. Perangai usik-mengusik Ilham dulu sudah diwarisi Adrell dan Aiden sikit.

Amni juga sudah merampas tittle manja abang Aiden. Sekarang dia lah paling manja dan paling mendapat perhatian di dalam keluarga itu.

Abang long suka layan dia, itu yang manja sangat dengan Aidan. Nak main, abang long layan walaupun main masak-masak. Nak dukung, Aidan turutkan mendukung. Nak apa-apa, Aidan usaha dapatkan untuk adik keciknya itu. Kalau menangis atau mengamuk, Aidan lah yang pujuk.

Kalau kakak atau abang-abang yang lain, jangan harap. Adrell lagilah Amni tak gemar. Suka mengusik ! Tak menangis tak sah kalau dengan Adrell.

Kakak Ayra boleh lah tahan. Ada masanya juga baik. Ada masanya garang. Tapi Amni okay je dengan kakak Ayra.

Dengan abang Aiden dia pun sama. Tapi Aiden, dia seorang yang agak pelik sikit. Dia manja. Tak padan dengan dah besar panjang siap ada adik kecik lagi. Kalau ada apa-apa tu, mesti mengadu pada mama. Papa tak, sebab dia tahu papa takkan layan sangat.

Aiden pulak, suka merepek. Perangai susah author nak describe. Dia suka berkata benda merepek sampai adik-beradik lain benci bila dia bercakap. HAHA . Sebab Aiden bila nak bersembang suka lari topik asal. Jadi orang lain tak suka dia hahaha

Aiden sudah 17 tahun, tahun ni SPM kan. Dia di sekolah bukan kategori budak nakal, tapi bukan seorang budak yang pintar. Dia lebih kurang Aidan, suka diam. Tak berapa gemar serabutkan kepala otak dengan hal orang perempuan dan cinta cintun.

Cuma Aiden malas belajar sedikit. Tapi bercita-cita tinggi. Nak jadi racer kononnya. Sebab dia minat bab-bab motor ni tapi sampai sekarang sebijik motor pun dia tak dapat miliki. Ilham tak bagi, takut anak-anak dia jadi mat rempit.

Tapi Aiden bukan nak jadi pelumba rempit jalanan tu, dia minat motor GAP semua tu. Kononnya cita-cita dia nak jadi macam Hafiz Syahrin lah kan. Selalu berangan dia berada atas motor di litar sampai dipayungkan oleh si gadis litar. Coii

Memang macam-macam ragam keluarga itu. Daripada yang paling tua sampailah paling kecil. Setiap hari pening kepala dengan telatah mereka. Tapi bila seorang tiada di rumah, boleh jadi sunyi rumah agam itu.

TBC

Sila vote berjemaah .

The Mama [Special]✅जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें