Slot bersama Kiera Einz

286 17 4
                                    

Kami sangat gembira dan berbesar hati kerana Kiera Einz, seorang bekas pemenang Wattys sudi berkongsi kisahnya dengan kami. Tanpa basa-basi, marilah kita baca nukilan beliau!

KENAPA SAYA SERTAI WATTYS?
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat wattpaders.
Pertama sekali, saya bukanlah penulis terkenal yang mampu menjadi idola buat semua. Tidak juga menerbitkan novel dalam bentuk fizikal ketika ini. Tetapi saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah. Kisah menyertai Anugerah Wattys.

Permulaan saya di Wattpad hanya sendirian. Dengan niat ingin berkongsi cerita saya titipkan beberapa novel untuk bacaan pembaca. Sambutan? Alhamdulillah, ada juga yang sudi membaca dan tak kurang juga yang menjadi tukang vote dan komen. Tentu sekali mendapat respon dari pembaca amat menggembirakan tetapi saya ternanti-nanti juga kritikan-kritikan dari mereka. Dan hal itu telah menimbulkan satu perasaan tidak puas hati. Saya tidak mahu menjadi penulis syok sendiri. Berasa bahawa cerita-cerita yang ditaip itu terlalu bagus. Saya mahu hapuskan perasaan itu.

Secara tidak sengaja, saya terjumpa beberapa buah buku yang telah memenangi Wattys pada tahun 2015. Malangnya saya telah terlepas peluang. Pada tahun 2016, saya nekad untuk memastikan salah satu buku saya akan termasuk dalam senarai pertandingan itu. Bukan itu sahaja, dengan menyertai pertandingan Wattys saya dapat melihat setaraf mana karya saya ketika itu. Kebanyakan karya-karya yang dihantar terlihat hebat. Terus sahaja saya berasa diri ini terlalu ampuh. Tidak mungkin akan memenangi salah satu anugerah yang ada.

Dan akhirnya saya mampu tersenyum lebar apabila karya saya terpilih. Ia menaikkan semangat saya untuk terus bertatih di dalam dunia penulisan. Dan saya berkenalan dengan beberapa penulis serta belajar asas-asas dunia penulisan yang tidak diketahui.

Sertailah Watty atas semangat untuk melihat keupayaan penulisan sendiri, bukan semata-mata untuk menjadi pemenang dan popular. Menang dan mendapat stiker di cover buku tidak bermaksud anda sudah hebat, sudah sempurna. Satu ruang baru akan terbuka dan anda perlu bersedia untuk terus belajar. Buka hati, buka minda!

Sekian, terima kasih. Salah silap harap dimaafkan.

Trivia tentang penulis
Kiera Einz telah menyertai Wattpad sejak 20 September 2015. Setakat ini, telah menerbitkan sebanyak 15 buah cerita yang dapat dibaca di profilnya.

Bukan itu sahaja, beliau telah memenangi Anugerah Wattys selama dua tahun berturut-turut.
Si Pencerita
[Suara Baharu - Wattys 2016]
https://www.wattpad.com/story/72586477-si-pencerita-completed
Sumpahan Darah Diraja
[Keaslian Karya - Wattys 2017]
https://www.wattpad.com/story/78210283-sumpahan-darah-diraja-slow-update

Terima kasih banyak-banyak kieraeinz. Seronok membaca kisah anda. Kami juga sangat berharap Wattys juga boleh menjadi pemangkin semangat pengguna Wattpad yang lain untuk terus menulis tanpa mengenal putus asa.

Selepas ini, anda bolehlah mengikuti profilnya, membaca karyanya untuk mendapatkan inspirasi ataupun berbual terus dengannya melalui 'private messages'! Jangan lepaskan peluang untuk mengorek rahsia kejayaannya!

Pada tahun ini, Kiera mempertaruhkan satu lagi karyanya. Mari kita lihat!

Peserta 13
Nama: Kieraeinz
Tajuk: Gangster Celup
Genre: Teen Fiction

Peserta 13Nama: Kieraeinz Tajuk: Gangster Celup Genre: Teen Fiction

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

Sinopsis:
Dani dah pun habis jawab kertas SPM.
Sham dah pun selesai jawab soalan STPM.

Cuti kali ini diorang nak pergi bercuti ke luar negara. Best pula sebab Zulfahmi dapat offer buat kursus selama beberapa bulan di Taiwan. Habis je exam bukan main lagi dua beradik tiri tu kemaskan baju dalam beg banyak-banyak, nak pergi jauh tu.

Tapi bangunnya pagi esok, jeng jeng jeng... Zulfahmi bawa isteri kesayangan, Malisa sorang je. Aduhai, nasib korang la. Siapa suruh jadi Dani dan Sham? Kan dah kena buat jalan cerita sendiri...

Edisi Khas: Wattys EkspressWhere stories live. Discover now