Siapakah yang boleh menyertai Wattys?

279 59 7
                                    

Wattys bukan untuk...

1. Jika anda ingin menyertai Wattys khas untuk menang, maka Wattys bukan untuk anda.

2. Jika anda menyertai pertandingan ini  untuk mendapatkan banyak pembaca, followers dan vote, maka Wattys bukan untuk anda.

3. Jika anda di bawah umur 13 tahun, maka Wattys bukan untuk anda.

4. Jika anda telah memplagiat  ataupun melanggar hak cipta penulis lain, maka Wattys bukan untuk anda.

(Jika anda telah menjumpai cerita yang diplagiat daripada buku yang telah diterbitkan, penulis Wattpad lain ataupun filem/rancangan TV, sila maklumkan pihak Ambassadors ataupun Report. Jangan tangani isu ini atau bertindak sendiri. Serangan kepada penulis terlibat adalah dilarang. Baca Syarat Wattpad.)

5. Jika anda telah melanggar peraturan Wattpad, maka Wattys bukan untuk anda.

6. Jika anda telah melakukan sebarang penipuan, maka Wattys bukan untuk anda.

7. Jika anda cepat berputus asa, maka Wattys bukan untuk anda.

8. Jika anda tidak sedia untuk mempelajari dari kesilapan dan membaiki kemahiran menulis, maka Wattys bukan untuk anda.


Wattys untuk...

1. Pengguna Wattpad yang suka menulis dan bercerita.

2. Wattpadders yang ingin menyampaikan cerita mereka kepada seluruh dunia.

3. Wattpadders yang ingin mencabarkan diri untuk berkarya.

4. Wattpadders yang mempunyai imaginasi dan fantasi.

5. Wattpadders yang ingin mengetahui kebolehan bercerita mereka.

6. Wattpadders yang mempunyai idea dan plot luar biasa.

7. Wattpadders yang rajin dan tidak berputus asa serta ingin meningkatkan kualiti hasil tulisan.

8. Wattpadders yang sentiasa bersedia untuk mempelajari dan membaiki kemahiran menulis.




Edisi Khas: Wattys EkspressWhere stories live. Discover now