Menjana Idea dan Jalan Cerita!

388 40 10
                                    

"Saya tak ada idea nak menulis cerita! Idea saya klise semua! Saya tak dapat nak tulis ayat pertama pun! Saya nak putus asalah..."

Woah... sabar dulu, bawa bertenang. Tak perlu nak berdrama sangat. Saya pun faham bagaimana rasanya kalau terperangkap di jalan buntu, tak mampu memikirkan sebarang idea. Rasanya sakit dan menyakitkan.

Mari saya kongsikan cara untuk memikirkan idea dan jalan cerita.
Caranya ialah dengan menggunakan
'Writing prompt'.

Saya tak tahu macamana nak terangkan apakah
'writing prompt' ini. Ia boleh datang dalam bentuk ayat, dialog dan gambar. Ia berfungsi sebagai rangsangan agar kita dapat menjana idea. Siapa yang ada menyertai Fiesta April yang lepas, tahulah apa itu 'writing prompt'. Ia akan berikan anda titik mula. Selebihnya, terpulang kepada anda untuk meneroka apa yang akan terjadi selepas itu.

Anda boleh mendapatkannya di merata-rata tempat... sebenarnya.
Di Wattpad, Google, Pinterest dan Tumblr.
Cari sahaja profil-profil rasmi Wattpad berasaskan genre yang dikelolakan oleh Ambassador. Taip sahaja kata kunci 'writing prompt', 'Romance writing prompt', 'fantasy writing prompt' dan seterusnya. Berlambak pilihan yang menarik. Begitu juga di Pinterest.
1001 modal untuk menjana idea.

Contohnya, berikut ialah hasil carian saya menggunakan enjin carian Google.

Saya tertarik dengan 'Writing prompt #113'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya tertarik dengan 'Writing prompt #113'. Saya sudah terjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

"Ini hanyalah sebuah tugas. Tiga tahun aku memerhatikannya melalui mesin ini. Mungkin sebahagian dari diriku jatuh cinta padanya... kerana aku berharap dia tahu siapa aku. Sehinggalah, dia benar-benar tahu."

Tidakkah ayat-ayat tersebut mendatangkan inspirasi kepada anda?
Kalau saya, ya!

Langkah seterusnya ialah kita mesti mempersoalkan setiap satu daripada perkataan itu. Anda soal, anda jugalah yang mereka jawapannya.

Disebabkan saya ini peminat fiksyen sains, satu senario bertema fiksyen sains sudah tercipta di dalam kepala saya. Ya, idea fiksyen sains walaupun prompt itu mengarah kepada cerita cinta. Ia berikan saya titik mula.

Lihat bagaimana saya mencipta sebuah jalan cerita hanya menggunakan 'writing prompt' tersebut.

Siapa 'aku'?
Watak utama. Seorang lelaki intelektual. Kemungkinan seorang penyelidik yang bertugas memerhatikan 'dia' selama tiga tahun melalui sebuah mesin.
Saya namakan dia Alez!

(Kredit kepada artis: Bev Nap)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Kredit kepada artis: Bev Nap)

Apa yang dimaksudkannya dengan 'ini hanyalah sebuah tugas?'
Dia cuma melakukan tugas itu tanpa perasaan atau kesungguhan. Buat hanya untuk mencari makan, hanya diarahkan oleh atasan atau dia tiada kepentingan terhadap projek tersebut. Dia tak begitu peduli.

Siapa 'dia'?
Seseorang yang diperhatikan Alez selama tiga tahun melalui sejenis mesin. Berjantina perempuan. Cantik. Dia tidak sedar bahawa dirinya diperhatikan. Kemungkinan dia ialah subjek eksperimen di bawah projek penyelidikan yang Alez sertai sebagai pekerja. Saya namakan dia sebagai Rhea. Makhluk mutan.

(Google image)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Google image)

Kenapa Alez boleh jatuh cinta pada Rhea?
Alez telah memerhatikan Rhea selama tiga tahun. Peribadi Rhea yang periang dan baik hati sedikit demi sedikit membuatkan Alez terpaut hati.

Kenapa Alez hanya memerhatikan Rhea melalui mesin?
Rhea ialah makhluk mutan bersayap yang hidup dalam persekitaran artifisial yang menyerupai dunia fantasi. Dia dan makhluk mutan yang lain ialah sebuah projek penyelidikan untuk membolehkan manusia biasa mendapatkan sepasang sayap. Projek penyelidikan itu sedikit kontroversi kerana ditentang oleh mereka yang menentang mengubah wujud manusia dan disokong oleh sebahagian lain. Rhea dan spesiesnya percaya persekitaran artifisial mereka itu ialah dunia mereka, tanpa tahu ada makhluk lain bernama manusia mengawal nasib mereka menggunakan teknologi. Kerana itu, Rhea dan lain-lain tidak boleh tahu hakikat tersebut.

Dan... seterusnya. Lebih banyak saya menyoal lagi dan lagi, cerita akan berkembang.

Apa akan jadi kalau mereka tahu?
Siapakah dalang di sebalik projek itu?
Kenapa projek itu wujud?
Apa pengasas projek itu mahukan?
Adakah dia berniat baik atau jahat?
Bagaimanakah keadaan dunia pada ketika itu sehingga timbul idea untuk jadikan manusia bersayap?
Bagaimana Rhea tahu tentang Alez?
Adakah Alez akan dapat bahaya kalau Rhea tahu tentang dirinya?
Bagaimana reaksi Rhea bila dapat tahu dunianya ternyata palsu?
Apakah pengakhiran kisah ini?

Apa akan jadi kalau mereka tahu?Siapakah dalang di sebalik projek itu? Kenapa projek itu wujud?Apa pengasas projek itu mahukan?Adakah dia berniat baik atau jahat?Bagaimanakah keadaan dunia pada ketika itu sehingga timbul idea untuk jadikan manusia...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nampak tak dari lima ayat itu saja sudah berikan anda bayangan sebuah kisah? Teruskan bertanya, teruskan berfikir.

Prompt itu sendiri boleh jadi apa-apa pun genre yang kita mahu. Bermain dengan pemboleh ubah.

Misalnya...
Apa akan jadi kalau Alez ialah seorang penjenayah yang paling dikehendaki polis? Dia memerhatikan Rhea, seorang detektif perempuan yang gigih membanteras jenayah tanpa Rhea sedar?

Apa akan jadi kalau Alez ialah pengawal yang diupah oleh seseorang untuk memerhatikan dan menjaga Rhea, puteri raja yang memberontak dan melarikan diri dari istana?

Selepas ini, tak perlu berdrama kata tidak ada idea.
Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan.
Apa lagi? Dayunglah!

Idea sudah ada, tinggal menaip sahaja lagi.
Masih berkeluh kesah?
Sila terjun sungai. 😂

Sekian, itu sahaja daripada saya. Semoga dapat membantu. Saya harap ada lebih banyak cerita baru yang unik terlahir semasa Wattys masih berlangsung.


Ditulis oleh:
Niemza
Pemenang Wattys 2017
Kategori Pengkarya Kreatif.

Edisi Khas: Wattys EkspressWhere stories live. Discover now