ISKANDAR ZULKARNAIN : YAKJUK AND MAKJUJ UNMASKED

500 9 4
                                    

ISKANDAR ZULKARNAIN : YAKJUK AND MAKJUJ UNMASKED

As usual, pengajian sejarah ini dibuat secara tawasul berasaskan dengan izin Allah.

1. Pertama sekali, bukan mudah untuk saya menulis artikel ini kerana ia terkait dengan watak yang dinyatakan dalam Surah Al Kahfi iaitu seorang Wali Allah yang bernama Iskandar Zulkarnain. Tidak mudah dalam erti kata yang lain, saya kena menulis dengan berhati-hati, kalau tidak "masak" saya, tidak mudah juga kerana ia mendedahkan diri saya kepada riak, tidak mudah juga kerana ia membuka laluan fitnah ke atas diri saya dan kawan-kawan saya, Geng Shahpaskal (sahabat shahpaskal, shahpaskal, kerol jumper dan zuha)

2. Tetapi saya mendapat sokongan, bagi saya ada sebab saya diberi peluang melalui pengalaman-pengalaman ini dan menyampaikan kepada yang lain, tapi terus terang, artikel ini menjadi beban yang saya harus pikul. Untung nasib, Allah tingkatkan darjat saya, nasib tidak baik, saya akan karam dalam badai fitnah.

3. Tawasulan ini dibuat oleh Sahabat Shahpaskal dan dengan bantuan leluhurnya pada 29 Nov lepas, saya cuma tukang tanya soalan. Saya memanggil Zulkarnain dengan panggilan "Tuanku", tinggi orangnya dan berbahasa purba mungkin Aramaic bukannya bahasa Arab, sepanjang sesi tawasul yang diterjemahkan oleh Kerol (dasat mamat ni boleh paham bemacam bahasa)...sebaik sahaja datang, habis berterabur jin-jin di sekitar tempat kami melepak.

4. Saya memulakan pertanyaan sama ada Tuanku ini adalah Alexander The Great versi barat atau Mahajaraja Cyrus seperti yang sering ditampilkan oleh pengkaji-pengkaji sejarah moden sebelah sini.

5. Sesuai dengan sifatnya sebagai RAJA dan Wali Allah, serta merta wajahnya berubah, baginda menyuruh Kerol membuka surah Al Kahfi, kelam kabut kami, mana ada kami bawa Al Quran, nasib baik...Kerol ada bawa salinan digital Al Quran dalam telefon pintarnya dan melalui telefon pintarnya juga diberikan bayangan lokasi tembok tersebut yang akan dihuraikan pada point berikutnya.

6. Iskandar berkata, "Dalam Al Quran, Allah sudah berfirman bahawa nama saya Iskandar Zulkarnain. Mengapa manusia
berdolak dalik dengan kebenaran Al Quran, mengapa manusia tidak mempercayainya? Adakah kalian tidak beriman dengan Al Quran dan cuba mengubah kebenarannya?".

7. Mati akal saya...tetapi saya faham, kemurkaan itu bukan ditujukan kepada saya dan Geng Shahpaskal terutamanya Kerol sebagai penterjemah bahasa purba Aramaic tetapi lebih kepada umum. Serentak dengan itu, saya bertanya tentang nama baginda yang sebenar, bangsa termasuk pusat kerajaannya.

8. Memang nama baginda Iskandar Zulkarnain, berbangsa Kan'an (Palestin), pemerintahan beliau bersifat 'mobile" kerana beliau sering mengembara bersama menteri dan bala tenteranya tetapi pusat kerajaan, terletak di Baitulmuqqadis, beliau mewarisi tinggalan kerajaan Nabi Sulaiman.

9. Baginda menjelaskan, perjalanan dan pengembaraannya menjadi mudah kerana diizinkan Allah seperti dinyatakan dalam AlQuran, baginda juga mendapat ilham tentang lokasi serta jalan-jalan yang pintas, selamat.

10.Saya kemudian bertanya tentang kuari dan jumlah besi yang baginda gunakan bagi pembinaan tembok yang memerangkap Yakjuj dan Makjuj. Soalan saya ini membayangkan satu industri besar, yang merujuk kepada projek mega industri logam.

11.Sekali lagi saya kena ditegur..adoiii. Ditegur kerana terlalu berimaginasi dan berpandu pada lojik akal saya. Baginda sekali lagi meminta saya merujuk kepada Surah Al Kahfi. Baginda meminta kami untuk benar-benar faham tafsir ayat tersebut dan meminta kami merenungkan keadaan golongan yang meminta baginda agar tembok itu dibina.

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu);  oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (Al-Kahfi 18:95)

Yang MisteriWhere stories live. Discover now