Kisah Makhluk Laut

621 12 1
                                    

Kisah Makhluk Laut

Di dalam lautan dalam yg tidak pernah diterokai manusia atas sebab penjanjian lama yg dimeterai sekian lama. Terdapat 3 makhluk yg menghuni di dalamnya yg berasal dari makhluk Nasmas iaitu
Aadamiyyah Al-Bahr (Bunian Laut), Huuriyah Al-Bahr (Asma Pari) dan Banaat Ar-Ruum (Duyung).

Kaum Ar Ruum adalah kaum atau Spesis yg sering kali kita dengar iaitu Duyung.

Banaat Ar-Ruum memiliki fizikal hybrid ikan separa menyerupai wanita, memiliki rambut yang terurai panjang. Warnanya condong ke coklat-coklatan, memiliki faraj (kemaluan) dan payudara. Dapat berbicara namun tidak dapat difahami, mereka tertawa dan terbahak-bahak.

Tapi itu hanya camouflage untuk memburu mangsa dari kalangan manusia, sedangkan wajah sebenar mereka yg pucat keputihan dengan gigi2 runcing, mereka hidup Seperti haiwan ganas di lautan yg memburu secara berkumpulan.

Sekumpulan Ar-Ruum mampu menenggelamkan sebuah kapal Jong dalam tempoh beberapa minit dan anak2 kapal akan hilang sekelip mata menjadi santapan "Duyung2" jelita ini.

Huuriyah Al Bahr pula berbeza fizikalnya walau bersirip dan memiliki jari jemari seakan haiwan akuatik dan bermata besar seperti Ikan.

Al Bahr lebih mirip kepada humanoid kerana berkaki dan tangan dua hidup jauh dari manusia dan tidak menonjolkan diri dipermukaan laut lebih bertamadun dan menjalani kehidupan seakan manusia dan memusuhi saudaranya Adamiyyah Al Bahr.

Adamiyyah pula dikenali sebagai Bunian laut yg memiliki fizikal seperti manusia sama seperti Bunian di darat Lebih bertamadun dan berbudaya membina bandar2 dan kota moden Jurang2 laut dalam pernah membuat perjanjian dengan Raja manusia agar menjauhi antara dunia laut dan dunia daratan bagi mengelak berlaku konfrontasi.

Kaum Adamiyyah dan Huuriyah dikatakan sama2 menyembah Keluarga Al-Hinn yg dikenali Basa'idun sebagai 'Bapa' dan pengasas Tamadun mereka.

Kewujudan Makhluk2 ini pernah dibahaskan para ulama dalam kitab2 lama Tuhfah al Habib ‘Alaa Syarh al Khatiib, Maniyyatul Mughni Anil Fatawa Sirajiyyah, Ajwibah Az-Zurqani, Hayatul Al-Hayawaan dan byk lagi.

Yang MisteriWhere stories live. Discover now