Part 9

5.9K 87 2
                                    


Aimi memerhati dari jauh kearah beberapa lelaki yang sedang berdiri di depan rumahnya itu, kelihatannya mereka seperti samseng yang datang tempoh hari meminta maksu untuk melangsaikan hutang ayah Aimi itu. Ayah Aimi telah meninggalkan hutang yang berjumlah 20K itu lalu menghilangkan diri. Hal tersebut telah membebankan maksu dan Aimi untuk melangsaikan hutang yang kian bertambah bunganya. Hatinya mula resah akan maksu nya itu. Setelah mereka beredar Aimi segera meluru ke rumahnya membuka pagar dan mengunci pintu dengan pantas. Mujur lah maksunya memberitahunya tentang perkara ini melalui SMS semasa di pejabat tadi, jika tidak sudah pasti dia sudah terserempak dengan samseng samseng tersebut. Aimi mengintai semula di jendela dan bayang mereka sudah hilang.

Aimi mencari mak su nya itu. "Sunyi sepi saja rumah ni" bisik Aimi sendiri. Mak su! Mak su! Aimi memanggil manggil ibu menakan tunggalnya itu. Sejak ibunya meninggal, maksunya lah yang menjaganya memandangkan dia adalah adik kepada ibunya. Ayah pula hilang entah kemana, dengar khabar ayahnya telah dibunuh oleh rakan kongsi gelapnya. Ibu Aimi meninggal saat melahirkan dirinya. Perkara itu sering membuatkan dirinya rasa bersalah. Matanya melilau mencari kelibat mak su nya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat maksunya yang sedang baring terkulai lemah di atas sofa di ruang tamu, mukanya pucat seperti kehilangan banyak darah, mata Aimi tertumpu pada perut maksu yang berlumuran dengan darah seperti ditusuk sesuatu. Ya Allah! Maksu! Aimi menepuk nepuk pipi maksunya itu supaya mak su nya membuka mata. Aimi sudah seperti tidak tahu berbuat apa. Dirinya gegabah. Matanya mula menitiskan mutiara jernih. Dia lantas mengambil telefon bimbitnya dan membuat panggilan kecemasan.

Aimi mundar mandir di depan bilik menunggu. Saat di dalam ambulans tadi mak su nya sedar dan sempat berkata sesuatu tetapi tidak jelas. "apa maksud maksu suruh tukar kunci rumah?" Aimi runsing memikirkan tentang maksu nya. Hatinya dilanda sembilu yang amat pedih untuk dia tahan. Meskipun maksu nya sering memarahiya tetapi itu adalah mendidiknya, dia lah ibu dan dia lah bapa. Air mata Aimi mengalir lagi. Tiba tiba, seseorang menepuk bahunya, Aimi berpaling. Dia adalah Zue. Rakan karibnya ketika di sekolah rendah dan juga merupakan sahabat kepada Adila juga. Tanpa berlengah lagi Aimi terus memeluk kawannya itu. Tangisannya mendayu dayu. Zue mengusap perlahan belakang Aimi. Hati nya turut rasa bersimpati.

"Aku terkejut sangat masa kau call aku tadi, kau dah bagitahu yang lain?" Zue cuba menenangkan Aimi. Aimi yang tercungap cungap mencari nafas itu menggeleng. Matanya sembam.

Seorang doctor kelihatan yang baru sahaja keluar dari bilik bedah sedang bercakap sesuatu dengan jururawat, dan jururawat tersebut menuding kea rah Aimi. Doktor tersebut meluru kea rah Aimi.

"Kenapa, Doktor?" soal Zue kepada Doktor tersebut. Dia kelihatan berat untuk membuka mulut, lantas beliau menggelengkan kepala.

"saya mintak maaf, mangsa tidak dapat diselamatkan" kata kata doctor tersebut memberi panahan hebat kepada Aimi. Aimi menghamburkan tangisannya sepuas puasnya kepada Zue.

"Ni semua salah aku, kalau aku tak lambat call ambulans takkan jadi macamni" Zue menepuk nepuk bahu Aimi dan cuba menenangkan Aimi.

"Sabar la Aimi, bukan salah kau. Benda dah nak jadi"

Handfon Aimi berdering. Terpapar nama ZIYAD di skrin. Aimi tidak mempunyai mood untuk mengangkatnya. Zue yang kelihatan kasihan kepada si pemanggil terus mengangkat panggilan tersebut.

"helo?" Zue bersuara. Mata nya tertumpu kepada Aimi yang tertunduk dan menekup mukanya.

"Awak jadi tak nk keluar dengan saya malamni?" suara itu seperti takut untuk bertanyakan hal itu.

"maaf, saya bukan Aimi. Aimi sekarang ada dekat hospital, mak menakan dia baru meninggal, lain kali jelah ye" suara lelaki itu berubah, kedengaran seperti terkejut.

"hah?! Dekat hospital mana ye? Saya nak ke sana"

Aimi beralih kearah Zue yang sedang bercakap di telefon itu. Entah apa yang dicakapkannya. Fikirannya melayang memikirkan perkara lain. Dengan siapa dia perlu bergantung selepas ini? Ke mana arah tuju nya selepas ini? Hal ini akan menjadi perubahan besar dalam hidupnya.

Melangkah saja Fakhrul ke dalam rumah agam ibunya, sesosok tubuh wanita yang dikenalinya yang kelihatan sedang duduk di atas sofa ruang tamu rumahnya sambil membaca majalah Wanita itu diperhatikan lama. Kakinya perlahan lahan melangkah supaya wanita itu tidak menyedari kepulangannya. Fakhrul masuk ke dalam biliknya dan mengunci rapat pintu biliknya. Fuhh! Nasib baik. Merasa lega kerana terlepas dari ibunya yang kuat bertanya itu. Tanya nya Cuma bila nak kawin bila nk kawin. Mentang lah adiknya yang perempuan sudah pun bernikah, dia nak menantu perempuan pulak. Tiba tiba fikirannya teringat akan perbualan Ziyad dan Aimi tadi.

"Ceh nak dinner konon. Ish aku perati Ziyad tu macam syok aje kat PA aku" Fakhrul mula membuka butang baju kemejanya sambil mengomel berbaur cemburu. Eh? Tidak mungkin.

"Aimi tu pun gatal, semua lelaki dia layan, aku ni? Dia buat donno je, tak tahu ke ramai perempuan gila kt duit aku eh maksud aku ketampanan aku ni" badannya direbahkan ke katil. Matanya memandang siling.

"tapi kenapa harini dia nampak comel eh? Macam Hannah Delisha, emm untung lah retis !" Fakhrul tergelak sendiri. Tiba tiba dia terbangun.

"tak boleh jadi! Diorang tak boleh dinner malamni" Fakhrul lantas mencapai handfonnya dan menaip sesuatu.

"eh, aku tak boleh call dia, takkan aku nk cakap kt dia, tak payah keluar dengan Ziyad, nanti konfim dia rasa aku syok kt dia. Dia ingat aku jeles bila dia nk dinner dengan Ziyad. Padahal aku tak jeles pun kan. Aku cuma risau je PA aku keluar dengan lelaki lain." Fakhrul mengeluh kecil dan memikirkan idea untuk merosakkan rancangan Aimi dan Ziyad. Tiba tiba, bibirnya mengukir senyuman sinis.

Sesampai Ziyad ke hospital, dia terus mencari Aimi. Sesampainya dia di tingkat yang dikatakan oleh rakannya Aimi itu. Ziyad meluru kearah Aimi yang kelihatan gusar itu.

"awak okay ke?" Ziyad kelihatan risau melihat keadaan Aimi.

"saya rasa biar dia tidur rumah saya lah malam ni, rumah tu macam tak selamat la" Zue memberi cadangan.

"apa maksud awak selamat?" soal Ziyad kehairanan.

"samseng yang bunuh maksu saya tu ada kunci spare rumah saya" Aimi yang diam dari tadi mula bersuara. Matanya sembam teruk. Kasihan Ziyad melihatnya.

"tak apa jum kita balik dulu, saya hantar korang" Ziyad menawarkan tumpangan kepada Aimi dan Zue. Mereka pun beredar dari situ.

Isteri VS MaduWhere stories live. Discover now