BAB 6

6.3K 96 2
                                    

Aimi sampai ke SOFT GLOBAL tepat pada pukul 7:50 pagi dengan menaiki Uber, nasib la ada Uber pagi2 ni kalau tak kempunan Aimi hendak cari jalan untuk datang ke office. Keretanya masih belum diperbaiki. Aimi mengeluh perlahan sambil memandang bangunan Soft Global yang gah itu. Kakinya melangkah masuk ke dalam mahligai istana itu.

Kelihatan Nazifa baharu saja sampai sedang mengemas mejanya, dan pekerja lain sibuk melayan perasaan masing2. Yela kan masih pagi, semua orang belum cergas untuk memulakan kerja. Aimi lantas merebahkan dirinya di atas kerusinya. Dia memandang bilik bos nya, Fakhrul Arsyad itu.
"Tak payah risau lah Aimi, dia akan datang pukul 9 sekarang baru pukul 8 huhuhu" hati Aimi berbicara, dia tersengih ibarat kerang busuk. Tiba tiba kedengaran orang berdehem. Suara garau yang dia pernah dengar sebelum ini. Aimi memandang si pemilik suara. Matanya agak terbeliak. Fakhrul?!

Aimi terbangun. Hancur angannya. Baru sahaja dia hendak bergembira bila bos nya belum masuk lagi. Kedatangan Fakhrul yang awal itu membuat Aimi kehairanan.
"Tiba tiba pulak dia datang awal hari ini" keluh Aimi. Fakhrul hanya memandang gadis kecil molek yang agak terkejut dengan kehadirannya itu.
"Kenapa terkejut ke?" Soal Fakhrul sambil memeluk tubuhnya. Mukanya tenang. Aimi menggeleng.
"Selamat pagi bos" Sudah seperti tabiat Aimi memandang lantai apabila berhadapan dengan Fakhrul. Bukannya apa, takut tergoda dengan ketampanan yang Fakhrul miliki.

"Boleh pulak wish morning kt saya, semalam wish goodnite awak bluetick je" Fakhrul memerli Aimi yang tidak membalas pesanan Whatsapp nya semalam. Aimi mendongak melihat Fakhrul yang tersenyum sinis itu. Sindiran itu tidak pun sedikit menggocang hatinya. Malah dia makin berani untuk berhadapan dengan Fakhrul. Ini ka yang dikatakan teruk? Kenapa setiausaha yang lainnya berhenti? Sebab kena tahan mulut laiser Fakkhrul ni? Tak lah teruk sangat. Aimi bangga sendiri.
"Saya nak buat kerja saya" jawab Aimi malas melayan bos nya yang berperangai baik dengannya hari ini. Dia kan playboy, maybe memang cara macam ni dia layan semua perempuan. Aimi positif. Tidak mahu terjebak kononnya. Lantas Aimi meminta diri untuk fotokopi borang. Dia meninggalkan Fakhrul yang sedang tersenyum senget itu. Dah jadi apa dengan Fakhrul ni. Mula suka atau memang perangainya begitu. Tiada siapa yang tahu.

Sambil menyusun kertas yang diphotostatnya itu, Aimi berjalan untuk kembali ke tempatnya. Entah bagaimana dia boleh terlanggar seseorang. Bedebukk! Berselerak kertas2 yang disusun rapi nya itu.

"Maaf2, saya tak nampak" kata lelaki itu. Apabila melihat Aimi, dia terkejut bahkan Aimi juga.

"Ziyad?" Nama itu terkeluar dari mulut Aimi secara spontan. Pantas Ziyad menunduk untuk mengutip kertas kertas yang berterabur itu. Aimi turut berbuat demikian.
"Terima kasih" ucap Aimi. Dahinya dikerutkan.
"Awak kerja sini?" Soal Aimi lagi.
"Ya, saya baru masuk hari ini" kata Ziyad sambil lalu meminta diri. Takut kalau orang lain memandang serong. Maklum lah, hari pertama dia berkhidmat di Soft Global, so dia nak jaga first impression dia sendiri. Aimi membenarkan Ziyad berbuat demikian. Aimi tersenyum. Happy la jugak bila ada Ziyad bekerja di sini, apatah lagi Ziyad adalah org yg menolongnya dan kawan barunya.

❤️❤️Guys Im sorry, minggu ni sis midterm so habis exam saya sambung habiskan cerita ni ye❤️❤️

Isteri VS MaduWhere stories live. Discover now