#35 ; Aqilah 💘

549 34 8
                                    

Sofia dan Emily duduk berbual-bual di ruang tamu. Semua kerja dah siap, so diorang pun bersenang lenang di ruang tamu.

"Aku tak sangka Dani minang kau" kata Emily.

"Kau tak tau?"

"Tak. Tapi dia memang sukakan kau"

"Sukakan aku? Mana kau tahu?" tanya Sofia.

"Dia lah yang cakap. Dia suka kau sejak pertama kali jumpa kau dekat taman. Dia tahu kau tak dapat nak terima dia sebab hati kau masih ada arwah Irsyad. Tapi dia akan cuba sedaya upaya dia untuk curi hati kau"

Sofia terdiam.

"Sofia, aku tahu memang susah untuk kau terima Dani. Aku nak kau bagi peluang dekat dia. Lagipun, dia tu bakal suami kau. Takkanlah kau nak abaikan dia pulak kan? Dia tu sepupu Irsyad jugak kan. Tak dapat Irsyad, sepupu dia pun jadilah" Emily memandang Sofia.

"Aku akan cuba" Sofia tersenyum.

"Good"

"Hoi. Membawang apa berdua dekat sini?" Aqmal muncul ntah dari mana.

"Kau ni tak ada adab ke? Janganlah main sergah je. Kang aku ada sakit jantung, tak dapat kau nak kahwin nanti" kata Sofia sambil memandang tajam ke arah Aqmal.

"Aku kahwin dengan orang lain" balas Aqmal bersahaja.

"Kalau kau nak kahwin dengan orang lain, kenapa kau pinang aku? Pergilah pinang orang yang kau suka"

"Aku dah pinang pun orang yang aku suka tu"

Sofia diam lalu memandang wajah Aqmal.

"Dah tu, lepaskan aku"

"Tak akan lepaskan"

"Kenapa? Kau kata kau dah pinang orang yang kau suka tu" kata Sofia.

"Sebab orang tu adalah kau" Aqmal memandang tepat ke dalam anak mata Sofia.

"Elele, pikir sweet lah tu" Emily mencelah.

"Emy, jangan masuk campur please" Aqmal menjeling.

"Eh emy, kau dah tengok baju nikah kau?" tanya Sofia.

"Dah. Lawo woi. Kau nak tengok?"

"Nak"

"Jom ikut aku. Baju tu ada dekat bilik Mal" Emily mula bangun dari duduknya.

"Tak apa ke kalau main masuk je bilik dia?"

"Tak apa" Emily menarik tangan Sofia.

Mereka berdua menuju ke tingkat dua lalu masuk ke dalam bilik Iqmal.

"Haa ni dia" Emily menunjukkan sepasang baju nikah.

"Haa ni dia" Emily menunjukkan sepasang baju nikah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Abaikan perkataan tu ok 😂)

"Cantik kan?" Emily tersengih-sengih.

"Cantik" Sofia tersenyum.

"Ehem! Buat apa dekat sini?" celah satu suara.

Emily dan Sofia terkejut lalu menoleh ke belakang untuk melihat siapakah makhluk yang tiba-tiba mencelah itu.

"Eh Mal. Tak buat apa-apa pun dalam bilik kau ni. Aku just nak tengok baju nikah korang" jawab Sofia.

"Ouh. Ha jom lah turun. Ibu dengan ayah ada dekat bawah. Qila pun ada"

"Qila tu siapa?" Sofia menyoal.

"Adik perempuan aku" balas Iqmal.

"Dah jom Sofia. Masa untuk berjumpa dengan ibu dan ayah mertua" Emily menarik tangan Sofia keluar dari bilik Iqmal.

"Ish kau ni. Tak payah lah tarik tangan aku. Aku tahu lah nak jalan sendiri" Sofia menjeling.

"Hehe yelah" Emily melepaskan pegangannya.

"Takapa. Pegang tangan saya je" Iqmal menghulurkan tangannya pada Emily.

"Nak kena tumbuk ke?" Emily menunjukkan buku limanya pada Iqmal.

Iqmal hanya ketawa.

Mereka bertiga turun ke ruang tamu.

"Ibu! Ayah!" panggil Iqmal lalu mendekati ibu dan ayahnya.

Emily dan Sofia hanya mengikuti dari belakang.

"Ha Mal. Mana tunang kamu?" soal Encik Imran, ayahnya.

"Tu ha"

"Ayah! Ibu! Sihat?" Emily mendekati Puan Angelyna lalu menyalam tangan wanita itu.

Puan Angelyna ni berasal dari Los Angeles. Sebab tu nama dia macam nama orang barat. Encik Imran kahwin dengan dia. Then, diorang berdua ni tinggal dekat Amerika. Sebab tulah Encik Imran ni ada syarikat dekat sana. Rambut Puan Angelyna ni perang-perang sikit. So, rambut Aqmal ikut rambut Puan Angelyna. Btw, Encik Imran ni abang kepada Encik Irfan iaitu ayah Irsyad. Okay, back to the story.

"Sihat alhamdulillah" jawab Puan Angelyna.

Puan Angelyna ternampak Sofia yang setia berada di sisi Emily.

"Itu siapa?" tanya Puan Angelyna pada Emily.

"Ni.." belum sempat Emily berkata, Aqmal mencelah.

"Ni bakal isteri Dani lah, ibu. Nama dia Puteri Aliyanna Sofia. Panggil dia Sofia"

"Laa ni ke bakal isteri kamu? Cantik. Ibu panggil kamu Anna. Boleh?" Puan Angelyna menghampiri Sofia.

"Boleh" Sofia tersenyum lalu dia menyalam tangan Puan Angelyna.

"Ibu kata dia cantik? Huh, kak Leen lagi cantik dari dia" celah Aqilah, adik Iqmal dan Aqmal.

"Qila, jaga percakapan tu" tegur Encik Imran.

"Apa? Betul kan apa yang Qila kata. Dia tak secantik kak Leen"

Sofia yang mendengarkan itu hanya mendiamkan diri.

"Eh kau. Mulut tu jaga sikit. Dia tu bakal kakak ipar kau" kata Aqmal.

"Sorry sikit. Bakal kakak ipar Qila sepatutnya kak Leen. Bukannya perempuan tu!"

"Mulut kau jangan kurang ajar sangat!" baru saja Aqmal hendak menampar Aqilah, Iqmal menahannya.

"Sabar Dani"

"Apa masalah kau sebenarnya ni? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan pilihan aku? Fia lagi baik dari Leen. Boleh tak kalau kau jangan nak membangkitkan nama Leen tu? Aku menyampah lah dengan kau ni. Jangan sampai aku tendang kau keluar dari rumah ni" Aqmal memandang tajam ke arah Aqilah.

"Dah lah tu. Jangan gaduh. Qila, kita baru sampai sini. Please lah jangan cari gaduh dengan abang kamu" Puan Angelyna memandang Aqilah.

Aqilah hanya buat muka tak ada apa-apa yang berlaku.

*****

Bersambung..

Maaf ye sbb lambat update 😁

Ku Hanya Sayang Padamu Where stories live. Discover now