#13 ; Buku 💘

685 48 13
                                    

Arsyad melangkah masuk ke dalam bilik arwah Fitri. Selepas masuk, dia menutup pintu bilik.

Arsyad memerhati sekeliling bilik itu. Semuanya berwarna putih. Cat dinding, pintu, langsir, katil, tilam, cadar, almari, meja sisi, meja belajar semuanya putih.

Arsyad meletakkan beg pakaiannya di tepi almari. Dia berjalan mendekati tingkap lalu membukanya.

"Cantiknya bilik dia ni. Pemandangan dekat luar pun nampak cantik" kata Arsyad seorang diri.

Selepas membuka semua tingkap yang terdapat di situ, Arsyad berjalan ke arah sebuah pintu yang berada di dalam bilik itu.

Arsyad membuka pintu itu. Dia terkejut tatkala melihat bilik itu.

Dinding bilik itu berwarna gelap. Terdapat dua rak buku dan sebuah meja dan juga kerusi.

Arsyad masuk ke dalam. Di dinding pula, terdapat beberapa bingkai gambar yang digantung. Arsyad membuka lampu bilik itu.

Walaupun hari masih siang, bilik itu tetap nampak gelap disebabkan warna cat dinding itu gelap dan di dalam bilik itu tidak mempunyai tingkap.

Arsyad melihat gambar yang tergantung cantik di dinding.

"Kak Sofia? Siapa lelaki sebelah dia tu? Mesti tu arwah Fitri"

Semua gambar yang ada di situ ialah gambar Sofia bersama Fitri.

Arsyad menghampiri sebuah meja. Dia ternampak satu buku yang terletak elok di atas meja itu.

Arsyad melihat tulisan yang berada di hadapan buku itu.

"Fitri's Diary"

"Buku diari lah. Em tapi tak baik baca rahsia orang" Arsyad merenung buku itu.

"Hm biarkan je lah"

Baru saja Arsyad mahu ke arah rak buku, tiba-tiba pintu bilik diketuk.

"Qi!"

Arsyad segera tutup lampu dan keluar dari situ lalu menutup semula pintu bilik itu. Dia melangkah ke pintu dan membukanya.

"Qi tengah tidur ke tadi?" Tanya Syazliana.

"Eh tidak lah. Tadi Qi tengah kemas barang"

"Ouh. Ha jom la turun makan. Panggil Puteri sekali ya"

"Baiklah"

Syazliana pun beredar dari situ.

Arsyad keluar dari biliknya lalu menuju ke arah bilik Sofia.

Arsyad mengetuk pintu bilik.

"Kak Sofia"

Tiada sahutan.

Arsyad mengetuk lagi.

"Ohh kak Sofia"

Masih tiada lagi sahutan.

'eh mana pulak kak Sofia ni'

Arsyad membuka perlahan-lahan pintu bilik Sofia . Dia melihat Sofia sedang enak dibuai mimpi di atas katil.

Arsyad tersenyum lalu menutup kembali pintu itu dan berlalu turun ke tingkat bawah.

Sampai saja di ruangan dapur, kelihatan Aunty Nia, Afieq, Syazliana dan Hakim.

Sejak bila pulak Hakim muncul ni ?

Mereka berempat memandang Arsyad.

"Kak Sofia mana?" Tanya Afieq.

"Ada dekat bilik dia, tengah tidur. Qi tak sampai hati nak kejut dia" kata Arsyad lalu duduk bersebelahan dengan Hakim.

Ku Hanya Sayang Padamu Where stories live. Discover now