#20 ; Syukur 💘

615 45 1
                                    

Selepas beberapa jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di hadapan rumah mereka.

Mereka pun keluar dari perut kereta dan mengambil beg pakaian masing-masing.

"Tak sangka ada orang pinang adik aku" kata Afieq sambil tersengih-sengih memandang Sofia.

Sofia menjeling.

"Tak apa lah. Sekurang-kurangnya dia dah ada teman hidup" kata Syazliana.

"Dah bersyukur la ni ada orang pinang dia. Kalau tak, mungkin sampai tua dia nak lonely" balas Afieq.

"Abang ni bising la. Diam-diam sudah la" kata Sofia.

"Eh, abang just bersyukur sebab bakal dapat adik ipar"

"Tapi adik tak suka orang tu" kata Sofia lalu berlalu dari situ dan menuju ke pintu.

Afieq mengikuti langkah Sofia. Begitu juga dengan Syazliana dan Arsyad.

"Kenapa tak suka?" Tanya Afieq.

Sofia tidak menjawab. Dia mengetuk pintu.

Pintu pun dibuka. Maka , muncullah wajah mama mereka . Huehue.

"Haa sampai pun" Puan Atiqah membuka seluas-luasnya pintu untuk mereka berempat masuk.

Sofia bersalaman dengan mamanya lalu berjalan ke arah ruang tamu.

"Assalamualaikum mama" Syazliana bersalaman dengan Puan Atiqah.

"Waalaikumussalam. Lily sihat?"

"Alhamdulillah sihat, ma" Lily tersenyum.

"Ibu dengan abah sihat?"

"Sihat juga. Papa mana?" Tanya Syazliana sambil matanya melilau mencari kelibat Encik Ammar.

"Papa pergi kerja lah" jawab Puan Atiqah.

Afieq dan Arsyad menyalam tangan Puan Atiqah lalu mereka berjalan menuju ke ruang tamu.

Kelihatan Sofia sedang menyandarkan badannya ke sofa dan matanya ditutup. Afieq mendekatinya. Dia ternampak sebuah buku di atas paha Sofia.

"Eh buku apa ni? Lawanya" Afieq mengambil buku itu.

Serta merta Sofia membuka matanya.

"Woi! Jangan ambil. Bagi aku balik!" Sofia mahu mengambil buku itu semula tetapi dihalang oleh Afieq .

"Buku apa ni?" Afieq memandang Sofia sambil tangannya berusaha menjauhkan buku itu daripada Sofia.

"Jangan sibuk lah! Bagi la balik" Sofia terlompat-lompat untuk mendapatkan buku itu.

"Ya Allah, korang berdua ni dah kenapa?" Tanya Puan Atiqah.

"Mama tengok la abang ni. Dia kacau Liya" Sofia mengadu.

Afieq tersenyum senget.

"Boo, dah besar pun nak mengadu. Haha"

Arsyad hanya tersengih saja melihat gelagat dua beradik itu. Tiba-tiba di teringatkan Irsyad. Walaupun abangnya itu tak pernah bermesra dengan dia, Irsyad tetap abang yang terbaik baginya.

"Bagi lah balik!!" Sofia tetap berusaha untuk mendapatkan semula buku itu.

"Bagitau dulu ni buku apa"

"Kalau aku taknak bagitau?"

"Aku buang buku ni" ugut Afieq.

"Mana boleh buang!"

"Dah tu, bagitau lah ni buku apa"

"Hoi. Dah-dah la tu. Fiq, jangan kacau Liya. Awak tu dah besar. Dah jadi tunang orang pun. Tak lama lagi dah nak jadi suami orang. Perangai tak matang tu please lah buang. Cuba jadi matang" kata Puan Atiqah.

"Hm, yelah. Nah ambil balik. Tak hamak pun dengan buku tu" Afieq memulangkan semula buku itu pada Sofia.

Sofia menyambutnya dengan kasar.

"Tak hamak tapi nak tau sangat ni buku apa. Dasar abang sengal" kata Sofia lalu duduk di sebelah Arsyad.

"Kau cakap aku apa?!" Afieq mendekati Sofia.

"Sengal" balas Sofia selamba.

"Suka hati kau je eh kata abang kau ni sengal"

"Hish awak ni. Jangan la asyik kacau Liya. Perangai tu elok la sikit" celah Syazliana.

"Awak backup dia kenapa? Backup lah saya" Afieq memandang Syazliana.

"Bluerk! Tak ada siapa-siapa yang nak backup abang" Sofia menjelirkan lidahnya ke arah Afieq.

Afieq menjeling.

"Qi, backup abang" kata Afieq pada Arsyad.

Arsyad kelihatan blur sekejap.

"Eh Qi tak masuk campur" balas Arsyad.

"Qi kan adik abang. So Qi kena lah tolong pertahankan abang"

"Qi tak payah pertahankan dia ni. Biar je dia. Abaikan" kata Sofia.

"Ehh dah la tu gaduh. Pergi la masuk bilik masing-masing. Qi pun nak masuk bilik ni. Ok selamat tinggal" Arsyad mengangkat beg pakaiannya lalu beredar dari situ.

"Ha betul kata Qi tu. Baik abang pergi berehat dulu. Mesti abang penatkan sebab memandu je" kata Sofia.

"Haih, yela . Abang masuk bilik dulu" Afieq turut beredar dari situ.

Yang tinggal di ruang tamu itu hanyalah Sofia, Syazliana dan Puan Atiqah.

Sofia memandang Puan Atiqah.

"Mama. Siapa yang masuk minang Liya tu?" Tanya Sofia.

"Liya nak tau sekarang ke? Baik Liya tau waktu perbincangan tu nanti"

"Bila nak bincangnya tu, ma?" Tanya Syazliana pula.

"Tunggu lelaki yang minang Liya tu datang la"

"Mana lelaki tu?"

"Eh Liya. Tak sabar nak jumpa ke?" Syazliana memandang Sofia sambil tersengih.

"Mana ada. Liya just nak tahu je"

"Esok Liya tau la. Dah, pergi rehat dulu" kata Puan Atiqah.

"Hm yela" Sofia bangun dari duduknya dan berlalu ke biliknya.

***

Bersambung..

Mianhae

Chapter ni agak hambarrr.

Btw , silakan tekan bintang itu .

Kamsahamnida.


Promote story ;

1. Camera k.t.h by Putex__

2. My Crush My Soulmate by FarahAyu88

3. Triplets's Young Marriege by theycallmezulfa

Ku Hanya Sayang Padamu Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ