👻aladin 👻

632 37 0
                                    

  Huh hah hah...

Berlari membuatkan Izudin tercungap melarikan diri dengan sebuah beg yang penuh berisikan duit yang dicurinya selepas menumpang dirumah kawannya yang kaya.
Bukan sahaja mencuri tetapi dia telah pun membunuh kawannya yang mahu menghalang Izudin dari mengambil hartanya.

" Aku pasti ini dah terlalu jauh untuk polis-polis tak guna tu kejar aku" Izudin memastikan tiada sesiapa dibelakangnya.

Tanpa sedar dia telah berada didalam sebuah hutan yang gelap dan sunyi.

Sekarang Izudin telah merasakan dirinya sudah benar-benar selamat.

"Sekarang aku ada kat hutan. Baguslah sekarang ...apa je ..yang ada dalam hutan" marah Izudin. Bengang.

Izudin memeluk tubuhnya kerana keadaan hutan itu benar-benar sejuk sehingga berkabus. Dia memandang sekeliling. Gelap dan sunyi. Hanya bunyi cengkerik, sekali sekala terdengar bunyi katak bersahut-sahutan. Bunyi semulajadi membuatkan hutan itu begitu menakutkan. Lebih lagi sekarang ini hari menginjak tengah malam.

"Takde rumah ke, pondok ke?" Izudin memegang lututnya yang sudah mula lenguh.

Tiba-tiba dia terlihat sebuah rumah usang dan kecil seperti terlalu lama ditinggalkan kerana lalang -lalang tumbuh subur disekeliling rumah usang itu . Izudin memasuki rumah itu.

"Bersepah nya, takpe lah janji boleh tidur" Izudin memerhati disekeliling rumah itu.

Dia mengambil begnya dan mengalas kepalanya untuk dijadikan bantal. Tiba-tiba dia melihat sesuatu yang berkilau dibawah almari berukiran burung merak. Unik.  Dia mengeluarkan benda itu. Ternyata itu cuma seutas rantai berloket jed yang berwarna biru gelap.

"Ada rezeki ni boleh jual ni" Izudin mengelap rantai itu dengan bajunya lalu memasukkan rantai itu didalam begnya dan sambung tidur semula.

*******************
"Dah pagi ke?" Izudin menguap sambil mengosok matanya.

Tiba- tiba dia terlihat seseorang berada dihadapan. Ia seorang lelaki tua yang tinggi , kurus dengan jubah hitam itu sedang merenung ke arah Izudin.Tepat.

"Aku roh yang terkurung di dalam rantai yang kau jumpa !" Kata lelaki itu.

"Kau nak apa hah , jangan ganggu aku?" Izudin terketar apabila dia tahu lelaki itu bukan manusia.

"Seseorang minta aku berikan kau dua permintaan , sekarang minta lah apa yang kau ingin kan sebelum kau mati" kata lelaki itu.

"Yeke siapa?. Kalau macam tu aku nak duit lagi banyak dari dalam beg ni, lagi satu aku nak jadi lebih kaya dari semua penduduk di bumi ni, boleh?" Kata Izudin dengan tamak.

"Kesian" lelaki misteri itu tersenyum. Sinis.

Tiba- tiba Izudin terlihat beg yang sangat besar dan dipenuh dengan duit yang terlalu banyak. Rumah kosong itu berubah menjadi sebuah rumah agam yang mewah. Izudin berasa gembira.

"Kau terlalu tamak, lelaki itu pun telah meminta sesuatu hajat dari aku" lelaki tua itu tergelak kecil.Seakan akan memerli.

"Jadi apa kena mengena dengan aku sekarang aku dah kaya" Izudin memarahi lelaki tua itu.

"Betul kau taknak tahu apa yang dia hajati, tetapi aku tetap akan beritahu kau" tegas lelaki itu.

Tetapi Izudin tidak menghiraukan lelaki itu.

"Hajat dia adalah bertukar tempat dengan kau, Hahahahaha" lelaki itu tergelak dengan sangat kuat.

"Siapa lelaki tu?" Tanya Izudin dengan marah.

" Ishak!!" Lelaki itu membuatkan Izudin tergamam. Kerana itu adalah kawannya yang telah dia bunuh semalam.

Izudin tidak percaya yang dia perlu bertukar tempat dengan kawannya yang telah terkulai mati didalam rumahnya sendiri.

    "Orang tamak selalu rugi...." Ujar Ishak sebelum pergi kembali ke rumahnya.


Vote jangan tak vote 😚👇👇

Cerita Seram Disney👸👻(CSD)Onde histórias criam vida. Descubra agora