Edward mengangkat sebelah alisnya sambil menunggu jawapan dari aku.
"Fine, kau menang."
•-•
"Rayyan, nah. I buatkan you fruit salad, I tahu ini favourite you, you can't say no so, nah!"
Rayyan mengangkat sebelah alisnya, memandang gadis di hadapannya ini pelik.
"Aku bukan nak prihatin lah tau, tapi kan, kau ni kenapa?"
Nerds yang lain mengangguk setuju.
"Ke...kenapa apa maksud you ni? Hahahaha ada ada saja lah." Fai ketawa sambil menekup mulutnya.
Ke-acah-an.
"You ignored us for 4 weeks and then you suddenly showed up today like nothing happened? "
Kami semua mengangguk setuju dengan pernyataan Sam tadi.
Oh ya, lupa nak bagitahu, disebabkan salah seorang instructor pemanasan badan tadi mengalami kekejangan otot ketika sedang membuat pemanasan badan, diikuti dengan masalah teknikal pada sound system, maka sebahagian besar pelajar telah pun mengorak langkah ke barisan rumah sukan yang lain untuk berjumpa dengan rakan masing-masing.
Termasuklah kami.
"So it's mean that you guys rindu nak kena kacau dengan I lah ni? Hihihihi malu lah I macam ni." Fai menguis-nguis kakinya.
"Kecacatan." Kata Damien perlahan.
"And 'it means' bukan 'it's mean', duhh." Nazri memusingkan bebola matanya tanda menyampah.
"ADA AKU KATA KORANG BOLEH BERGERAK KE!? INI BUKAN PASAR MALAM NAK BUAT BERSAMAMU LAH JEJAK KASIH LAH APA LAH! DALAM KIRAAN TIGA, MASUK KE DALAM BARISAN MASING-MASING SEKARANG!!!" Bergegar otak dengar cikgu hem menjerit menggunakan mikrofon.
Ini hari sukan kot, bukan maktab tentera.
"Cikgu rilek jap cikgu!" Laung Damien kuat sehingga aku rasa kedengaran oleh cikgu hem tersebut.
Maka, kami semua pun berlari bagaikan dikejar anjing K-9 untuk kembali semula ke barisan masing-masing.
•-•
Hari Sukan berakhir dengan rumah sukan Sapphire sebagai juara pada tahun ini.
Menurut Edward, ini tahun ketiga Sapphire menjadi juara keseluruhan.
Hatrick kalau kau main bola, turkey kalau kau main boling.
Kata Edward lagi, ini kali kedua dia menjadi olahragawan pada tahun ni menerusi acara 400 meter lelaki.
Naib juara diungguli oleh rumah sukan Topaz yang mempunyai perbezaan hanya satu markah di belakang Sapphire.
Thanks to Nazri dan beberapa orang ahli Vision, rumah sukan Topaz berjaya mendapat naib juara walaupun Nazri terpaksa membuka kaca matanya dalam acara lompat tinggi, lompat kijang dan acara 100m lelaki.
But I have to tell you guys okay, Nazri is super hawttt bila dia buka cermin matanya.
Oh, tak lupa juga bila dia pakai jersi sleeveless dan sedang berpeluh.
Kekacakkannya nggak dibuat buat ya guys. *I apologize mata terliar uhuk*
Rumah sukan Ruby mendapat tempat ketiga dengan jurang markah yang hanya berbeza 3 markah dari rumah sukan Topaz. Samuel mendapat tempat kedua dalam acara 100m lelaki dan juga tempat kedua dalam acara 400m lelaki.
YOU ARE READING
NERDS
Teen FictionTak nak cerita panjang, ini cerita pasal lima orang jejaka skema yang terhangat di Zenith High dan seorang protagonis yang berusaha sedaya upaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Dia tak nak masalah, tapi masalah nak dia. Dia lari dari mas...
• 17 •
Start from the beginning
