• 08 •

3.2K 390 41
                                        

Hari ni masuk hari kedua aku sebagai penuntut Zenith High.

Setelah bersiap dengan mengenakan kemeja dan vest sekolah, aku bergegas ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama mama sebelum meminta diri untuk ke sekolah.

"Edward, nak tumpang? " Aku ternampak Edward yang berdiri di hadapan pintu pagar setelah pintu pagar dibuka secara automatik.

Edward hanya senyum dan menggeleng,

"Singgah rumah Rayyan dulu."

Aku mengangguk tanda faham dan meminta diri sebelum meluncur selaju 40km di atas jalan raya.

Setelah aku tiba di perkarangan Zenith High, aku terus memakirkan kereta di kawasan tapak parkir yang kosong dan terus mencari kelibat Nazri bersama basikalnya.

Aku cari di bawah kereta. Tiada.

Bawah kereta jiran. Tiada.

Atas pokok. Tiada.

Aku menepuk dahi dan melembabkan diri sendiri. Memang lah tak ada, semalam Nazri minta Rayyan ambil dia.

Aku pun terus masuk ke dalam bangunan Zenith dan menuju ke loker.

"Ehem, miss. Ini loker saya. Tepi sikit boleh? " Aku tegur seorang perempuan yang bersandar di loker aku bersama dua orang lagi di sisinya.

Aku perasan ada mata-mata yang memandang kitorang kat situ. Perempuan tersebut hanya tersenyum sinis dan memberi laluan untuk aku membuka loker.

"So, kau berkawan dengan Nerds huh? " Salah seorang perempuan yang berdiri di sisi aku bertanya.

"Nerds? Oh, Nazri Dami Sam semua tu? Haah, kenapa? Berdosa ke? "

Perempuan berkulit pucat itu mendekatkan wajahnya ke telinga aku, "Kau dimaafkan sebab kau budak baru ya. Aku Fai dan ini amaran aku, jauhkan diri kau dari diorang. Last warning."

"Cliché. You don't seems famous to me untuk kau kenalkan diri kau pada aku dan, last warning? Seriously? First warning mana? Geez. Tak aci betul jadi manusia."

Fai mengetap gigi menahan amarahnya.

"You ni memang macam ni ke? "

"Macam ni macam mana?"

"Macam bagus."

"Memang bagus pun."

Merah padam mukanya. Geram sangat lah tu. Baru sahaja tangannya diangkat untuk entah buat apa pada aku, bunyi deruman enjin motor dari luar bangunan kedengaran.

Dengar bunyi je dah tahu, superbikes.

Pintu bangunan dibuka seluas-luasnya menampakkan lima orang jejaka berkaca mata melangkah masuk ke dalam bangunan Zenith High.

Langkah yang berkarisma dan penuh gaya itu dipandang oleh seluruh penuntut Zenith High yang berada di situ, terutamanya perempuan.

Dengan sebelah tangan diselukkan pada poket seluar manakala sebelah lagi memegang blazer yang disangkut pada bahu kecuali Edward yang meletakkan kedua-dua tangannya di belakang, lengan kemeja dilipat sehingga ke siku dan beg yang disandang pada bahu membuatkan Nerds dipandang penuh minat.

Jalan mengiring dengan gaya sedemikian, persis tayangan Bollywood dengan gaya gerak perlahan. Luls.

Hot nerds in your area!

Fai yang terlalu asyik memerhatikan mereka berlima terfikirkan satu rancangan untuk mendekatkan diri dia kepada mereka, dan bukannya kepada Tuhan.

"Ouch, you ni kenapa haa budak baru? Buta ke? Aduhh..." Fai duduk bersimpuh di hadapan aku dan mengurut-urut buku lalinya serta memandang pada Nerds untuk mendapatkan perhatian daripada mereka.

NERDS Donde viven las historias. Descúbrelo ahora