Peng-edit-an telah dilakukan pada chapter 13. Oleh itu, sila rujuk semula untuk tidak mengalami sebarang kekeliruan dan kecelaruan minda.
•-•
"Okay geng, aku ada teka-teki. Nak dengar tak?" Damien menghabiskan air kotaknya sebelum memulakan bicara.
"Kitorang ada pilihan lain ke?" Pernyataan Nazri dibalas anggukan oleh kami semua termasuk Edward yang sedang khusyuk membaca template kesihatan.
Damien tersenyum lebar hingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
"Okay! Kenapa ayam melintas jalan?"
Okay, this is something else.
Aku tengok yang lain ligat berfikir dan berbisik sesama sendiri kecuali Edward yang sedang khusyuk membaca.
Aku mengangkat tangan ke muka Nazri tanda tidak berminat untuk sertai perbincangan mereka.
Nazri hanya mencebik sebelum menjeling sekilas.
"Okay, kita orang give up. Apa jawapannya?"
"Ayam melintas jalan, sebab ikut undang-undang lah. HAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHAHKELAKARYALLLL!!!"
"....."
"....."
"....."
"....."
"-_-"
"Ini lawak paling hambar aku pernah dengar." Rayyan membaling botol air mineral kosong tepat mengenai kepala Damien.
"Okay lah geng, jom balik bilik."
"Jom balik bilik huh?" Damien senyum menyeringai sambil mengangkat kedua-dua alisnya.
"Kau fikir apa gila? Nak mampus ke?" Nazri mengetuk iPhone nya ke kepala Damien.
"HAHHAHAHA odo ah awa, kita gurau je." Damien mengekek-ngekek ketawa sambil kepalanya digosok perlahan oleh Edward.
Aku hanya memusingkan bebola mata dan berjalan sendiri menuju ke bilik Sam.
Tiba-tiba graviti menarik aku ke bawah dan aku terduduk di atas lantai.
Aku terdengar bunyi derapan kasut pantas menuju ke aku.
Siapa lagi kalau bukan pengawal peribadiku yang kacak lagi ulat buku.
"Ouch, you blind or something tsk tsk."
Aik? Dia yang langgar kita dia yang nangis?
"Adriana, kau okay?" Tanya Rayyan yang masih memerhatikan si pelanggar tadi sehingga lenyap di kaki lima hospital.
Edward dan Nazri membantu aku untuk berdiri semula.
Tudung yang sedikit herot di mana pin ke pipi segera aku betulkan. Kurang hantaran kalau jodoh aku nampak rupa aku yang macam mak jemah ni.
"Putus cinta lah tu." Seloroh Damien yang kemudiannya diketuk kepalanya oleh Rayyan.
"Jangan biadab." Damien hanya mencebik sebelum mengambil sebelah tangan Edward untuk menggosok kepalanya.
"Macam familiar." Rayyan memerhati tajam belakang wanita yang berjalan pantas meninggalkan mereka.
YOU ARE READING
NERDS
Teen FictionTak nak cerita panjang, ini cerita pasal lima orang jejaka skema yang terhangat di Zenith High dan seorang protagonis yang berusaha sedaya upaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Dia tak nak masalah, tapi masalah nak dia. Dia lari dari mas...
