•-•
Berita mengenai keempat-empat pembuli yang dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak dan berita tentang abang Damien yang memenangi keempat-empat kes tersebut mengejutkan seluruh penuntut Zenith High.
Pada keesokan harinya, kami disambut oleh sebilangan pelajar Zenith High dengan senyuman daripada pelajar-pelajar perempuan dan lambaian serta layanan mesra oleh pelajar lelaki.
Dulu selalu kena maki, kena caci, dilayan seperti sampah yang tiada harga diri, dipandang sepi dan dibuli.
Sekarang, dipandang tinggi, ditatap oleh semua orang, diminati, disanjung tinggi dan dipandang mulia.
Tapi aku tahu, itu semua hanyalah lakonan dan hipokrit semata-mata. Nak tumpang famous sebab dah berkawan dengan orang famous jadi diorang pun secara tak langsung akan famous juga kan?
Kau ingat orang macam ni tak wujud ke? Wujud weh. Depan mata semua ni tak boleh pakai.
Kecuali dua.
Siapa lagi kalau bukan Cynt dan Suzi.
"Hoi! Dah ada member baru, dah famous lupakan kitorang. Sampai gila hati. Hoi! " Cynt menepuk belakang aku dengan kuat menyebabkan aku jatuh terjelupuk ke lantai.
Edward membantu aku bangun dan menepuk-nepuk bahagian bajuku yang kotor manakala lagi tiga ketul termasuk Suzi hanya mentertawakan aku yang jatuh persis nangka busuk.
Setelah kami bersembang atau lebih tepat lagi melepas rindu kepada gadis berdua, kami masing-masing meminta diri untuk ke kelas selepas loceng dibunyikan.
"Okay guys, I think that's a cue for us to go. Shall we? " Sam bertanya kepada Nazri yang berdiri di sebelahnya.
"Okay lah. Aku rasa aku pun kena gerak juga. Kau satu kelas dengan aku kan? Kita gerak sekali lah jom." Suzi hanya mengangguk dan melambai kepada Cynt sebelum mengikuti Rayyan menuju ke kelas.
"Kita pun gerak lah jom." Cynt berkata kepada rakan sekelasnya, Edward dan Damien.
Damien berjalan di sebelah Cynt manakala Edward hanya membontoti mereka sehingga ke kelas.
•-•
"Hai Nerds! Nama I seperti yang you guys dah tahu, Fai. Ini sidekicks I, Nana dan Kikin." Tegur seorang perempuan yang berjalan bersama dua rakannya yang lain.
"Hai Nerds! " Dua orang perempuan yang setia berdiri di belakangnya melambaikan tangan dan melaga bahu mereka sesama sendiri.
Dengar cerita diorang lah yang paling hot sekali dekat Zenith High ni.
Cubaan untuk menumpang famous juga lah ni.
"Siapa kenal cik...."
"Fai." Gadis tersebut tersipu-sipu malu menjawab.
"Okay, again. Guys, siapa kenal cik Fai ni, sila dengan gigihnya angkat tangan." Masing-masing tidak mengendahkan soalan aku.
You know the answer, right?
Aku memerhatikan gadis bertiga di hadapan. Muka mereka merona merah. Menahan malu barangkali.
YOU ARE READING
NERDS
Teen FictionTak nak cerita panjang, ini cerita pasal lima orang jejaka skema yang terhangat di Zenith High dan seorang protagonis yang berusaha sedaya upaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Dia tak nak masalah, tapi masalah nak dia. Dia lari dari mas...
