Fiq❤️Ayu-Bukan Superwoman!

Start from the beginning
                                    

"Sayang....",

"Tak apa! Abang pegang Maira kejap ye! Sorry Ayu terosakkan baju Abang!",

Fiq hanya memandang Ayu. Mengeluh perlahan dan berjalan ke depan semula dengan anak mereka.

Ayu kembali ke seterika yang masih panas. Diangkat seterika itu. Masih berbekas dek kemeja yang rentung.

Ayu gosok dahi. Mengeluh perlahan.

Tiba-tiba mata rasa bergarit nak menangis.

Apa aku nak jawab untuk exam ni! Dah lah memang subjek susah! Anak pulak melalak nak susu! Pam susu pun belum pagi ni! Masak karipap satu batch masuk tong sampah, rentung! Baju suami rentung! Iron kena bersihkan dulu!

Stress nya!!!!!!!!!!!!!!!

Jeritnya dalam hati.

Suis seterika dimatikan. Mata dipejam rapat-rapat!

Ayu kuat! Ayu boleh buat! Ayu boleh survive! Come on Ayu! You can do it!!

Dia tarik nafas dalam-dalam. Hembus keluar. Dia ukir senyum. Kemudian laju dia bergerak ke laci dan keluarkan lilin sebatang. Lilin itu ditonyoh ke permukaan seterika itu. Suis dihidupkan semula. Dan dia gesekkan permukaan seterika ke tepi 'iron board'. Setelah bersih semula seterikanya, dia ambil satu lagi kemeja Fiq,berona biru juga, dan dia mula menggosok.

Selesai, suis dimatikan, dan dia berjalan dengan kemeja di tangan.

"Angkat tangan...", Katanya sambil menepuk lengan kanan Fiq yang hanya bersinglet itu. Fiq angkat tangan kanan, Ayu masukkan lengan baju belah kanan, kemudian kiri pula. Kemudian dia butangkan baju suami sampai selesai. Fiq hanya memandang.

"Tak penat ke sayang?",

Ayu angkat muka sekejap. Kerut kening.

"Kenapa nak penat?",

"Abang tengok Ayu ni nak buat semua benda sendiri, Abang yang rasa penat!",

"Ayu ok lah!",

Dia ambil Maira dari pangkuan Fiq.

"Abang makan dulu ye! Ayu buat nescafe je hari ni! Tak buat cappuccino! Biji kopi tu dah habis! Lupa nak bagitau Abang semalam!",

Automatik Fiq berpaling kepada mesin pembancuh kopi di dapur. Memang dia suka kopi. Jadi dia beli mesin itu supaya senang dia nak buat pelbagai jenis kopi. Beli Starbucks hari-hari, miskinlah weh! Baik aku beli mainan anak!

"Ok! Nanti abang beli!",

Ayu senyum. Angguk.

"Meh minum sekali!",

Ayu sengih. Geleng. "Abang minum dulu k! Ayu nak pergi susukan Maira sekejap!",

Dan dia hilang bersama anak ke dalam bilik utama mereka.

Fiq garu kepala.

Ayu memang cekap dan handal orangnya. Fiq tahu dia memang boleh buat semua benda serba-serbi. Tapi, Fiq juga sedar isterinya itu manusia biasa. Dan tenaganya ada batasnya.

Nak tolong, Ayu tak kasi! Nak buat macam mana!

'''''''''''''''''''''

Ayu berjalan longlai keluar daripada kelas.

Hancur! Memang hancur lebur exam tadi! Hampir 50% daripadanya, dia tak dapat jawab langsung. Yang dia jawab pun, tak yakin betul atau tidak!

"Ayu!",

Ayu dengar derap kaki. Dia berhenti melangkah.

"Laju sangat nak ke mana?", Sarah, sahabat baiknya yang menegur.

The untold stories...Where stories live. Discover now