Special Chapter ( Last )

Start from the beginning
                                    

"Thank you sweety." Dahi anaknya sekali lagi dicium. Ditambah pulak di kedua² belah pipi

"Okeylah nanti kan marah tok ma papa tak pergi lagi beli santan dia. Papa keluar dulu. Hadiah ni papa letak dulu kat sini." Kotak hadiah tu diletakan diatas tilam sebelum mereka berdua mula meninggalkan bilik itu dan Hisyam menuju ke destinasi

Haish nasib baik lah malam raya supermarket tutup lewat kalau tak panjat pokok kelapa lah jawabnya aku malam ni. Dengan baju melayu yang dipakainya dia menuju ke pasar raya berdekatan




"Has pergi ambil dah barang yang mama suruh?" Mama melihat Hasnina yang mahu duduk disofa terus bertanya

"MasyaAllah! Terlupa ma." Mama mengelengkan kepala mengenangkan perangai anak daranya itu

"Biar Ira pergi ambil lah tok ma." Haira yang kebetulan mendengar perbualan nenek serta mak saudaranya menawarkan pertolongan

"Tak payahlah Ira. Lagipun dah malam ni." Mama melarang keras pertolongan Haira

"Betul tu Ira. Tak apa biar aunty jer yang pergi ambil." Hasnina mula bangun dan bergeliat seketika untuk membetulkan urat² kepenatan

"Hah memang Has kena pergi ambil. Mama suruh dari petang lagi." Mendengar bebelan mama membuatkan Hasnina tersenyum sumbing

"Tak apa lah tok ma. Lagipun ni malam raya. Best kalau jalan² kat kampung masa ni."

"Jalan? Jauh Ira... Barang yang tok ma nak ni kat kampung sebelah."

"Ira guna basikal. Alaaaaa please tok ma. Lagipun kesian kat Aunty penat buat kerja seharian." Mata dibulatkan lagi

"Hrmmm yer lah yer lah." Mama akhirnya mengalah jugak

"Yeayyyy." Selepas diterang secara terperinci Haira masuk kedalam bilik untuk menukar pakaian yang sopan. Beg duit diambil lalu diletak dalam poket seluar. Fon turut diletakan dalam poket yang lain

"Kakak nak pergi mana?" Hairi yang sedang bermain bunga api bersama Haina menegur Haira yang memakai kasut

"Nak pergi ambil barang tok ma jap." Adik²nya itu dirapati

"Nak ikut." Hairi menjerit keriangan

"Tak payah lah. Hairi duk rumah jer main bunga api ni." Hairi memandang ibunya sedih

"Ibu cakap tak payah tak payah lah. Lagipun Hairi kan tengah main bunga api dengan Ina. Nanti kesian lah dekat Ina main sorang²." Haira merangkul tekak adik lelakinya

Hairi menunjukkan muka pasrah tak boleh ikut. Kemudian dia kembali bermain dengan Haina.

"Haira pergi dulu eh Ibu." Tangan ibunya disalami

"Kayuh basikal tu elok²." Erina memesan

"Yer ibu." Terus pipi Erina dicium oleh Haira

"Bye Ibu. Hairi main dengan Ina elok². Jangan asyik gaduh jer." mata dijengkil kearah Hairi. Adiknya itu membalas dengan menjelirkan lidah

Haira menuju ke bawah rumah. Dia mengambil basikalnya lalu mula mengayuh. Destinasi ke rumah Mak Som kampung sebelah dia pergi. Mujurlah malam ni malam raya at least tak lah sunyi sangat. Walaupun sudah nak masuk pukul 10 malam , kampung itu masih bising dengan orang kampung yang mula memasang pelita diluar rumah.

Selesai dua beradik itu bermain, Erina terus mengajak masuk ke dalam rumah. Mungkin penat bermain terus Hairi dan Haina berbaring didepan tv. Channel Disney Junior ditekan. Erina yang turut penat terus menghempaskan punggung diatas sofa ruang tamu.

Kring kring

"Waalaikummussalam." Erina menjawab fon rumah yang kebetulan berhampiran dengannya

"Yer saya Erina." Erina yang tengah menjawab fon itu melihat keluar melalui tingkap. Kelihatan sebuah kereta yang amat dikenali berhenti di perkarangan rumah.

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now