Special Chapter ( 4 )

3K 80 2
                                    

Hampir seminggu selepas kejadian Haira menanyakan Erina. Hampir seminggu jugalah Haira ibaratkan menjauhkan diri dari Hisyam. Sudah puas si ayah mendekati si anak namun tidak berhasil.

"Abang jom kita pergi mall. Sayang ingat nak cari baju budak² ni lah." Hisyam memandang pelik isterinya

Seingat aku lah... Baju raya dah beli. Ke ada apa² lagi aku tertinggal? Hisyam tetap terus memandang Erina dengan penuh persoalan

"Memanglah baju raya dah beli. Tapi kita tak beli lagi baju untuk dia orang yang nak pergi jalan². Tak akan lah nak suruh Hairi pakai baju melayu. Haina tu mananya nak pakai baju kurung selalu." Ibaratkan dapat membaca fikiran suaminya , Erina cepat² mengeluarkan mukadimahnya

Selepas dapat kata setuju dari Hisyam untuk keluar terus dia bangun dan meninggalkan tempat itu. Dapur dituju memandangkan sekarang sudah pun pukul 3 petang.

Nasib baik hari ni weekend. Rajin sikit nak masak. Dapur dituju.

Haina yang memegang botol susu berjalan berkedek-kedek kearah Erina. Mulutnya dimuncungkan bermakna mahu susu

Selepas siap menyiapkan susu Haina, sofa berhampiran meja study anak²nya diduduk untuk menyusukan Haina. Haira yang kelihatan tengah duduk di meja study terkalih memandang ibunya

"Haira sini kejap." Erina memanggil Haira agar duduk ditepinya

"Ada apa ibu?" Dia mendekati ibunya yang sedang menyusukan Haina

"Ibu nak tanya sikit ni. Mengapa Haira layan papa acuh tak acuh?" Haira hanya mendiamkan diri. Tangannya ligat bermain dengan si adik

"Kyrana Haira, ibu tanya ni." Sekali nama panjang terkeluar Haira terus pegun di atas sofa

"Susah ke nak jawab soalan ibu? Ke Ira dah benci papa?" Haira mengelengkan kepalanya bagi menjawab soalan yang terakhir

"Lepastu?" Seperti tadi Haira hanya mendiamkan diri

"Masih berdendam dengan papa?" Sekali lagi kepalanya digelengkan

"Tak boleh maafkan papa." Kepalanya digelengkan

"Hah tak boleh maafkan papa?" Erina tersenyum sendirian bila serkapnya mengena. Amat susah jika anak daranya itu mahu terus berdiam diri

"Bukannn... Haira dah maafkan papa. Haira tak pernah berdendam. Haira juga sayangkan papa." Ayat terakhirnya disudahi dengan air mata yang bergelingan di mata

"Lepastu mengapa tak boleh layan papa seperti biasa?"

"Haira cuma sedih jer papa tiada dengan Haira seperti mana dengan Haina dan Hairi. Haira tahu papa tinggalkan kita sebab belajar tapi tak boleh ke lawat kita at least setahun sekali. Hah , ataupun kita yang pergi sana."

"Ibu tahu Haira sedih tapi kita kena fikir satu benda jer." Erina membiarkan ayatnya tergantung.

"Semua ni qadak dan qadar dari Allah. Allah mahu uji Haira ni kuat tak. Ibu ni mampu ke membesarkan seorang anak tanpa papa disisi. Semua yang Allah aturkan pasti ada hikmah disebaliknya Haira." Rambut anak sulungnya dimain²

"Haira ni dikira bertuah tahu tak. Walaupun masa kecil papa tinggalkan Haira tapi papa akhirnya tetap pulang kat Haira. Cuba fikir nasib budak² lain yang tak pernah lihat papa dia orang. Malah bukan papa dia orang yang azan atau iqamatkan masa lahir. Haira pula, papa yang iqamatkan tau tak." Haira merasakan matanya tengah bergelingan air mata

"Haira kena fikir Haira ni bertuah. Haira masih boleh beraya dengan papa. Boleh berpuasa, berbuka sama². Malah Haira dapat lihat papa hari²."

"Ibu bukannya nak marah Haira tapi cuba Haira fikirkan budak diluar sana. Lebih² lagi budak yang kematian ibu bapa. Sebab itu ibu cakap Haira bertuah sebabnya ibu dengan papa masih hidup. Masih dapat bersama Haira. Tapi ibu tak tahulah kalau satu hari nanti papa atau ibu meninggal Haira akan happy." Erina memandang Haira yang dari tadi menundukkan kepalanya

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now