Part 13

4.8K 122 2
                                    

Sudah beberapa bulan berlalu , Hisyam semakin dingin denganku. Aku tak tahu apa salah ku? Jika aku tanya dia hanya cakap , ' Dia penat ' , ' Dia letih ' dan sebagainya. Aku pun hairan

"Abang balik ke lunch nanti?" Tanyaku sambil melihat dia memakai kasut

"Entah. Mengapa?" Tanya Hisyam tanpa melihat aku langsung

"Tak la , kalau abang balik Rina masak." Aku cuba lagi bercakap dengan dia

"Tengok la. Kalau saya balik , saya balik jer la. Kalau tak , tak balik." Panggilan kami berdua pun sudah berubah. Hanya aku yang masih cuba kekalkan nya

Aku menyalami dia dan dia tidak lagi mengucup dahiku. Betapa terasa nya aku dengan sikapnya sekarang. Tetapi aku hanya bersabar dan bertahan sahaja. Itupun selepas aku memikirkan kandunganku yang beberapa minggu lagi untuk dilahirkan

Hisyam pulang kerumah setelah jam menunjukkan pukul 11 malam. Dia melangkah perlahan² menuju kebilik tidur. Sesampainya disana dia melihat isterinya sudah tidur diatas katil. Dia menghampiri isterinya perlahan²

"Maafkan abang , sayang. Abang tak mampu lagi menunjukkan kasih sayang abang terhadap sayang seperti dulu. Abang mengaku abang masih sayang dan cintakan sayang tapi apabila abang bersama sayang abang jadi ego dan baran. Insya-Allah lepas anak kita lahir abang akan lepaskan sayang dari penjara yang abang bina tanpa sengaja ni." Hisyam mengucup dahi Erina lama

Hisyam teringat kembali memorinya beberapa bulan lepas. Saat dia memutuskan untuk mengikuti isterinya. Dari jauh dia hanya memerhati gelagat dua orang yang diekori dari tadi. Semakin dia ekori , semakin dia sakit.

"Argh!" Isterinya hampir terjatuh apabila seseorang terlanggar bahunya

"Awak okey , Rina?" Lelaki yang bersama isterinya memeluk badan isterinya bagi mengelakkan jatuh

"Saya okey. Thanks Kal , kalau tak , tak tahu apa terjadi kat saya dan kandungan ni." Pelukan yang dibina oleh lelaki bernama Haikal dileraikan

Tanpa Hisyam sedari kakinya sudah melangkah pergi dari ekori dua orang itu. Dia mula fed up untuk ekori dua orang itu dan dia berazam untuk musnahkan masjidnya bagi menghilangkan rasa sakit dihati

"Abang ooo abang." Aku menggoyangkan bahu Hisyam yang tertidur di sofa

Hisyam bangun lalu memandangku tanpa secalit senyuman dan dia terus berlalu masuk ke bilik air

Aku terduduk diatas sofa itu. Hina ke aku ni? Hinggakan senyuman dia yang murah tu tiada lagi dipamerkan kepadaku. Peritnya hati aku ini. Tanpa aku sedari air mata aku menitis membasahi pipiku ini.

Beep beep. Kedengaran mesej masuk. Aku bangun lalu mengambil telefonku dan melihat siapakah gerangan yang mesej itu

So how ?
-Haikal-

Rasanya tak boleh keluar kut. Hisyam mesti tak bagi. And Rina rasa berapa tak sihat sekarang ni.
-Erina-

Hanya bluetick sahaja ditinggalkan oleh Haikal yang menandakan Haikal sudah membacanya

Ikut dia la nak rasa apa pun. Yang aku perlu fikirkan adalah husband aku yang sudah berubah 180° ni.

Hisyam bukan nya berubah 360° tetapi hanya separuh bagiku. Dia hanya dingin denganku. Itu sahaja perubahan bagiku

Haikal adalah ex-boyfriend yang sekarang sudah bertukar menjadi abang angkatnya. Mengarut kan? Tapi tu lah kenyataannya. Kenyataan dari perbualan mereka haritu.

"Apa yang urgent sangat nak jumpa Rina ni Haikal?"

Kalau ikutkan hati dia , dia malas jumpa toyol ni. Tetapi memandangkan setiap hari call , mesej memang serabut ah. So , terpaksa la dia berjumpa dengan toyol ni

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now