Special Chapter ( Last )

4.7K 124 19
                                    

Bunyi takbir raya pada malam terakhir Ramadan memenuhi semua rumah. Disetiap pelusuk kedengaran. Tidak kira radio mahupun dari television.

Erina sekeluarga sibuk menyiapkan persiapan raya untuk hari esok. Langsir ditukar. Karpet di vacuum. Biskut pulak dipenuhkan dalam balang.

Hisyam menarik tangga menghampiri tingkap. Haira pula memegang langsir.

"Pa panjat elok² nanti jatuh." Tangga yang bergerak sedikit tu dipegang kemas oleh Haira

"Kalau papa jatuh Haira sambut tau." Tangan cuba dilepaskan untuk menyakat anak daranya itu

"Pa! Elok²la... Nanti jatuh." Hisyam kembali panjat tangga tu dengan sisa tawa yang tinggal

"Meh langsir tu." Haira menghulurkan satu persatu langsir ditangan

"Kalau papa betul² nak jatuh kan Haira nak buat apa?" Tangannya lincah memasang langsir tapi mulutnya sibuk mengacau anak daranya itu

"Macam papa suruh."

"Sambut papa?" Haira menganggukan kepalanya

"Nanti patah lah pingang Haira." Langsir terakhir dipasang sebelum Hisyam mula turun dari tangga

"Tak apa. Asalkan papa selamat. Haira dah tak nak dah hilang papa." Tangannya melingkar ke pinggang Hisyam

"Papa pun tak nak hilang Haira." Bahu anaknya dipeluk sebelum diberikan ciuman didahi

"Amboi dua beranak ni. Macam setahun tak jumpa." Mama yang berada agak jauh menegur Hisyam dan Haira

"Hahahah saja jer ma. Ada apa² lagi ke mama nak Hisyam tolong?" Hisyam yang baru selesai memasang langsir mendekati mama agar bercakap dengan jarak yang dekat

"Hrmm mama tengok santan dekat dapur tu nak habis dah. Boleh tak kalau kamu pergi beli kat supermarket jap?" Hisyam mengangguk tanda boleh.

"Nasib baik Tok Ma tak tahu kan yang Haira buat hal dengan papa." Mata Haira menunjukan yang dia serba salah

"Biar jadi rahsia antara kita jer." Sebuah senyuman yang tenang diberi

"Pa... Ira ada benda nak bagi kat papa." Tanganya memegang pergelangan tangan Hisyam. Kemudian dibawa Hisyam ke dalam bilik

"Nah hadiah buat papa." Sekotak hadiah berbalut diberi

"Boleh papa bukak?" Haira menganggukan kepalanya

Hisyam membuka perlahan pembalut kotak itu. Selepas siap barulah kotak itu dapat dibuka.

Dua frame gambar yang berkembar memenuhi kotak itu. Frame pertama gambar dia bersama Haira sebelum dia sambung belajar dan satu lagi gambar dia dengan Haira pada raya tahun lepas.

"Bukan tu jer." Frame itu diangkat keluar dari kotak. Dibawah itu ada pulak sepasang kurta berwarna koko

"Ira nak papa pakai raya ketujuh nanti sebabnya sekolah Ira buat makan untuk pelajar target. Cikgu suruh parents datang tapi ibu cakap biar papa yang pergi. Ibu duk rumah. Ibu cakap takut Haina tak suka ramai orang."

"Ni kiranya upah pergi ke macam mana?" Senyuman lebar terhias dibibir Haira

"Lebih kurang lah papa."

"Demi puteri papa seorang ni tiada upah pun papa pergi." Rambut Haira digusutkan sedikit

"Pa! Gusut rambut Ira." Rambutnya diperbaiki kembali

"Sebenarnya lama dah Ira nak belikan papa baju tapi duit kumpul tak cukup so haritu duit Ira dah cukup untuk beli barang kat papa. Alang² nak dekat dengan raya Ira beli lah kurta."

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now