Special Chapter ( 1 )

4.6K 116 1
                                    

Erina terjaga saat jam loceng berbunyi. Mukanya dikalih kesisi. Melihat orang yang kita sayangi selepas terjaga dari tidur amatlah menenangkan hati. Ciuman diberikan sebelum dia melangkah keluar dari bilik dan menuju ke bilik yang lain

Bilik pertama yang dia masuk menempatkan dua orang putri yang sedang nyenyak tidur. Erina mendekati mereka sebelum ciuman diberikan didahi. Di bilik kedua turut juga dia masuk dan melakukan benda yang sama. Selepas rutin hariannya dilakukan dia menuju kearah dapur

"Hrmm apa nak masak eh hari ni?" Senduk yang ditangan diletak didagu bab kata orang berfikir lah tu

"Nasi tengah panaskan. Lauk pertama dan kedua siap. Apa lagi? Hah air!" Erina mengambil jug untuk membuat air

"Oh kucing ku terberanak sepuluh." Latah Erina secara tak sengaja

Tak nak latah macam mana? Cuba korang fikir asyik² kita duk dapur sorang² , tiba² ada yang peluk dari belakang. Dah la ni waktu sahur , tak ke seria bulu roma

Kedengaran orang dibelakang sedang ketawa membuatkan Erina berpaling dan...

Pak!

"Aduhhhh. Sakitlah yang." Hisyam mengosok kepalanya yang tidak sengaja Erina terketuk dengan senduk

"Sorry². Abang tu lah , suka benar bila sayang latah kan?" Erina menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi

"Sayang lah. Anak dah masuk tiga tapi latah tu tak pernah kurang." Erina menjeling saat mendengar kata² yang terpancul keluar dari mulut Hisyam

"Haish gunung berapi nak meletup dah tu. Baik abang pergi kejutkan anak². Lari." Terus Hisyam mendaki tangga menuju ketempat yang dimaksudkan

Dia tu apa kurangnya anak dah masuk tiga perangai masih macam budak². Kelatah Hisyam membuatkan Erina tersenyum kecil lalu kepala digelengkan.

"Ibu... Kalau Hairi tak puasa esok tak boleh ke? Lagipun Hairi kecil lagi." Hairi membuat muka comel kearah Erina

"No no and no , okey?! Hairi dah umur 6 tahun dan tahun depan nak masuk sekolah rendah kut. Agak² lah." Sekali sound terus merajuk

"Ibu tak akan layan rajuk Hairi tu eh. Nak makan , makan. Tak nak? Tak payah makan." Erina selalu akan tegas dalam bab agama tapi tak hairanlah semua parents pun memang tegas bab² agama

"Hairi , makanlah nanti esok lapar. Lagipun rugi tau Hairi tinggal puasa. Kalau Hairi nak tinggal puasa baik tinggal dari awal lagi ni tak , penat jer puasa selama ni. Kan papa dah cakap kalau Hairi puasa penuh dapat hadiah." Hisyam pula mengambil peluang untuk memujuk

"Hadiah? Hadiah apa Pa?"

"Anything you want."

"Really Pa?" Hisyam menganggukan kepalanya

"Yeay! Hrmm okey lah Hairi puasa. Sorry buat ibu marah." Erina hanya senyum menandakan yang dia okey

"Ngada²." Komen seseorang

"Pa tengok Kakak." Hairi menunjukan Haira yang berada ditepinya

"Sudah... Ira tak boleh ke tak kacau Hairi?" Hisyam menanya , Erina mengambil peluang untuk senyap sahaja.

"Dah dia tu ngada² pa."

"Ira sayang... Ira pun macam ni dulu. Nak boleh kan puasa penuh kena pujuk dulu." Hisyam menjawab

"Mana ada!" Haira meneruskan makan dengan muka masam mencuka manakala Hairi mengambil peluang untuk ketawa

"Dah² lah ketawa kan orang. Hairi ke Haira ke sama jer perangai. Nak tahu kenapa?" Erina memandang kedua² anaknya silih berganti

"Kenapa?" Tanya mereka serentak

"Dah nama anak papa memang mengada lah." Jawapan Erina membuatkan mereka ketawa tetapi bukan Hisyam

Muncung Hisyam membuatkan Erina turut serta ketawa. Sahur mereka pada hari itu penuh dengan gelak tawa seperti sebelum² ni. Betullah kata orang walau dimana kita berada , kita tetap akan bahagia jika orang tersayang ada disisi

Kebahagian sebelum penderitaan 😈 Muahahahahahah 👻

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now