Part 14

5.7K 133 1
                                    

Aku membuka mataku perlahan². Telinga aku menangkap seseorang tengah ' Iqamat ' ditelinga bayi. Air mata aku keluar tanpa dipinta. Apa yang dilihat sungguh syahdu

Selesai sahaja , bayi itu diletakkan disebelah aku. Aku memandang bayi itu lama sebelum mendaratkan sebuah kucupan didahinya.

"Anak kita abang." Kataku perlahan

"Ya. Our daugther." Hisyam mengucup dahi bayi perlahan. Sangkaan aku silap. Aku ingatkan aku yang mahu dia kucup

Bunyi pintu dibuka dari luar. Aku dan Hisyam segera berpaling kearah pintu dan lihat keluarga aku serta keluarga Hisyam berada didepan pintu

"Eh Mama , Umi , Abah masuk la." Pelawa Hisyam ramah

Semua mengerumi baby kami. Hisyam pulak hanya duduk kaku ditepi katil

"Comelnya!" Umi mencubit pipi bayi

"Girl ke boy ni ?" Tanya mama

"Girl Ma." Jawab Hisyam

"Oh patutla comel. Puteri rupanya. Dah ada nama?" Tanya abah pula

"Dah." Jawab aku dan Hisyam serentak. Aku berpaling kearah nya dan dia juga memandangku

"Kongsila dik nama baby." Celah abang Emir

"Kyrana." kataku

"Haira." kata Hisyam malah serentak denganku

Nampak tak yang kami sebenarnya tak bincang langsung.

"Hah?!" Semua memandang aku dan Hisyam silih berganti

"Tak². Masuk kami. Baby girl kami namanya Kyrana Haira binti Hisyam Zufairi." Kata Hisyam lalu tersenyum. Nasib baik Hisyam cepat bertindak.

Semua disitu gelak ketawa. Melayan orang baru memang membuatkan senyuman tidak berhenti menghiasi muka. Abang Emir juga menjadi bahan disitu kerana tidak kahwin. Semua yang ada disitu membuatkan aku bahagia sekejap

Aku hanya tersenyum melihat semua yang ada disitu. Akan kah aku akan merasai bahagia selepas ini? Aku memandang Hisyam buat seketika. Pandangan yang aku sendiri sukar tafsirkan.





"Ira sayang." Aku mengucup dahi Haira

Haira yang sekarang berumur 1 bulan lebih sudah pandai tersenyum. Hisyam pulak masih dingin dengan aku tapi yang pasti aku tidak kisah kerana yang pentingnya Kyrana Haira disebelah aku

"Rina." Ada seseorang memanggil aku dari arah belakang

"Ada sesuatu yang saya mahu bincangkan dengan awak." Sambungnya saat aku memandangnya

"Saya fikir saya mahu sambung belajar. Maybe dalam 3 atau 4 tahun. Dan tawaran pun saya sudah terima." Katanya

"Abang dah fikir habis²?" Tanyaku saat diberi peluang untuk bercakap

"Ye. Saya dah fikir habis². Lagipun saya masih sayangkan awak tapi dalam masa yang sama saya sakit saat berada dekat dengan awak. Biarla saya bebaskan awak dari penjara yang saya bina tanpa sengaja ni." Aku hanya menunduk saat perkataan ' bebaskan ' menanti dibibirnya

"Boleh Rina tahu bila abang pergi dan kemana?"

"Saya pergi dalam hujung bulan ni. Alhamdulillah saya dapat diluar negara."

Aku mengira berapa hari lagikah yang tinggal. Dan dalam pengiraan aku masih ada tiga minggu lebih memandang sekarang baru awal bulan

"Boleh Rina buat satu permintaan?" tanyaku dengan yakin dan tanpa mempunyai perasaan takut

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now