Setia itu mahal

112 2 0
                                        

Setia itu mahal, setia bukan kepunyaan hati yang murah, setia bukan milik si selingkuh yang tamak untuk mendua dan tidak bersyukur dengan setia.

Mungkin kau boleh dapat sesiapa saja atas dunia ini, tapi kau tak mungkin dapat orang yang sama setia dan terima sisi hidupmu apa adanya.

Pernah kau belajar menghargai sebuah perasaan, yang selalu berkaca sebab perangai tidak semengah kau? Mungkin tidak kerana disaat si dia setia kau pula sibuk menagih cinta yang lain berpura tidak bahagia berpura sunyi dan sepi, hakikat sebenar kau sendiri yang tidak bersyukur dengan apa yang tuhan beri.
Kau sebut perihal setia mendamba orang lain setia kau belum cukup setia dengan tuhan pun kau alpa, tika azan berkumandang, kau berlengah mendahulukan perkara dunia,kau rasa esok kau masih hidup bernyawa,kau yakin? Entah esok lusa kau bakal dicabut nyawa. Setiakah kau pada masa?

Kebiasaanya si selingkuh akan merasa panahan luka dirobek perasaan apabila dia sedia ketahui yang permainan perasaannya juga diretorikkan, ketika itu baru dia tahu mana buku mana ruas. Kau 'game' orang Allah 'game' kau tanda ingatan. Bukan hukum karma fahaman hindunisme tapi itulah sebenar qada' dan qadar ketentuan tuhan sebagai medan ujian.

Setia itu jangan diletak bermusim saat kau telah melafaz akad, ketahuilah sebenar-benar bahagia adalah perhubungan halal,Sehinggakan merindupun diratib pahala, membina sebuah bahtera atas restu keluarga dan redha Allah adalah sebuah ketenangan yang amat. Beria manapun kau berhubungan bila tiada hala tuju dan matlamat,adakah kau rasa tenang dan mendamaikan?

Bisik doa di kaki langit tembak doa selalu,tanpa pernah jemu, andai keluarganya belum cukup terima tunjukkan usaha tanda kau benar-benar mahu! Jika cinta kau pasti menjaga, jika cinta kau pasti mencari pengakhirannya. Jika benar cinta mesti kau berazam untuk menikhinya.

Pesanku pada mereka yang mencari-cari teman pasangan raga. Pasakkan dalam hati kemuliaan cinta sebagai satu anugerah, bukan meletak nafsu sebagai penanda aras setia, kau fikir setia boleh membekas hanya kerana kau menodainya? Kau salah!  itu bukan cinta itu bahana nafsu yang mungkin menjadikan perhubunganmu itu takat itu saja,terputus ditengah jalan,terlerai tanpa ikatan,madunya pula hanya tinggal sepah setelah kau sudah menghirup serakusnya, Jika sebenar-benar perasaan kerana Allah pasti membuatkan kau selalu berhilir dan berhulu keranaNYA.

Setialah pada yang satu,setialah pada dia yang benar-benar peduli dan mahukan kau, kerana tiada siapa yang mungkin bisa setia dan masih mahu terima kekurangan kita apa adanya. Bahkan mungkin kau tidak akan jumpa penganti. Jangan pernah menyesal dikemudian hari!

Madahan KataStories to obsess over. Discover now