@_Pertama Kali dan Terakhir kalinya_

56 5 1
                                    


Episod Kosong Point Kosong
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
Pertama Kali dan Terakhir Kalinya

     Seperti harian kebiasaan aku , setiap tengah malam je tepat pukul 12 pagi , aku akan mandi sepuas hati aku .

     Adik kembar aku , Hikari dan Hikaru selalu bising tentang tabiat buruk mandi tengah malam . Tak bagus untuk badan .

     Ceh ! Apa yang korang boleh faham ?! Bangunan dua tingkat ni mana ada air-cond nak menyejukkan bangunan bebatu ni ?! Aku tak tahan panas okay ?!!!

     Aku mencemuh sikap 'overprotective' diorang yang melampau tahap dewa . Aku membuka tingkap kecil bilik air sebelum menghirup udara segar-----

     ------Udara segar ..... ?

     Sepasang mata kelabu milik akulah memandang ke langit gelap yang mewarnai dengan warna jingga kemerahan . Ditambah pula dengan kepulan asap yang besar dan kebisingan di luar sana .

     Dahiku berkerut seribu menganalisis apa yang berada di hadapan aku sekarang . Ada bangunan terbakar ke dekat sana ?

     Aku menutup balik tingkap sebelum menge'check adik-adik bertuah aku ni . Tangan aku membuka sedikit pintu untuk melihat mereka berdua .

     Maa aiii .... Mengeruh kuat betul dua ekor ni . Boleh tak dengar bising kat sana ? Sah tidur mati sebab kepenatan .

     Aku menutup balik pintu sebelum bergerak ke luar pula . Saja , curiouslah katakan ....

     Tanpa lengah , aku mengunci pintu depan sebelum bergerak ke tempat kejadian tu . Macam besar kebakaran tu sampai sini terasa haba panas walaupun dalam musim sejuk ni .

     Aku berlari ke lorong kecil di tepi bangunan aku untuk jalan shortcut . Selalunya laluan ni gelap nak mampus kalau tak kerana cahaya kuat nun dari tempat terbakar .

    Jauhnya jarak nak ke situ doh ... Dah penat aku berjalan . Telinga aku menangkap kejauhan suara di kiri aku , aku cuba mengintai dari sebalik dinding .

     Terdapat beberapa orang berperisai di jalan utama seperti menanti sesuatu . Setiap mereka memegang senjata api merenung(aku rasalah) ke arah bertentangan aku .

    Ku kalih ke kanan aku mengikut lirikan mata diorang .

    Tiada apa-apa .... ?

    Apa benda yang diorang tunggu kan ?

    Aku berundur sebentar sebelum mencari jalan lain ke arah tempat terbakar .

    Sebutir demi sebutir salji putih yang sudah bercampur dengan habuk  kelabu menuruni ke bumi . Aku pun mendongak kepala nak takjub sekejap melihat salji pertama aku di sini .

    Of course-lah setelah 6 bulan aku mendirikan kedai pertama aku , aku seharusnya happy-go-lucky di sini tau !!!

   Sedang elok aku nak doa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada aku sekeluarga , rasanya aku ada nampak sesuatu ďari hujung mata aku .

    Sesuatu yang gelap dan cerah .... Dan merah berdarah ....???

    Zapp----------!!!

    Sesuatu itu melompat laju ke bawah membuatkan aku terjerit kecil  dan terpaku di sini .

    Sesuatu itu--- seperti tubuh badan lelaki--- melutut di tempat dia mendarat sebelum menegakkan badannya yang sedang membelakangi aku sekarang .

!!!-_The Ghost of Your_-!!! (COMING SOON)Where stories live. Discover now