34+ He's Missing?

3.3K 317 18
                                    

"Taehyung", aku masih menyebut-nyebut namanya kerana doktor yang bertugas tidak keluar dari bilik Taehyung lagi. Ya Tuhan. Selamatkanlah lelaki yang bernama Kim Taehyung.

Aku takkan berhenti salahkan diri aku kalau jadi apa-apa padanya.

"Ni semua sebab kau", Mina berkata sambil bahu aku ditolak. Aku yang sedang menangis itu hanya mendengar dan terus menyambung menyebut nama Taehyung. Doa supaya Taehyung selamat tidak terhenti aku panjatkan di dalam hati.

"Kim Taehyung's wife?", setelah lama aku menunggu akhirnya doktor keluar. Mina? Dia geram sangat sebab aku palau dia, jadi dia balik. Huh? Tu namanya isteri? Taehyung don't deserve a woman like her.

"Dia selamat. Keadaan dia sudah stabil", aku menghelakan nafas lega apabila perkataan selamat terpacul keluar dari mulut doktor.

Ya, lega. Itulah yang aku rasakan sekarang.

"Terima kasih, doktor!", aku menundukkan badan aku tanda hormat berkali-kali. Menunjukkan aku tersangatlah bersyukur atas kejadian Tuhan yang telah menyelamatkan Taehyung dan juga jasa doktor ini.

"Sama-sama", doktor itu hendak bergerak pergi tetapi aku halang.

"Doktor. Boleh saya tanya bila suami saya akan bangun daripada komanya?", aku teragak-agak bertanya soalan yang aku pasti doktor pun susah hendak memberikan jawapan.

"Maaf tapi saya tak dapat nak yakinkan keputusan saya. Bagi saya, pesakit seperti encik Kim Taehyung ni selalunya ambil masa berbulan jugaklah nak sedar daripada koma kerana hentakan yang kuat berlaku pada otaknya dan luka yang agak dalam di bahagian tubuh badannya yang juga terkesan pada sarafnya. Saya minta maaf puan", doktor itu menjelaskan theorinya tentang Taehyung dan aku hanya mampu mengeluh sebelum mengangguk perlahan.

"Baiklah, terima kasih, doktor"

---

2 bulan kemudian

Aku masuk ke dalam bilik Taehyung. Yeon Tae kelihatan sedang bermain dengan mainan baru yang aku belikan kepadanya semalam.

Esok birthday Yeon Tae. Hmm. I hope esok jugak Taehyung dapat bangun daripada koma.

Aku hanya tersenyum hambar memnadang tubuh yang terbaring lemah di atas katil pesakit itu. Aku berjalan menuju ke arah katil tersebut.

"Taehyung. Bila nak bangun, huh? Yeon Tae kata dia nak sambut birthday dia dengan kau. Bangunlah. Kau kata kau sayangkan Yeon Tae. Jadi, bangunlah demu dia. Sedarlah. Kami semua rindukan kau", aku dengan tangan yang sedang menggenggam erat tangannya itu berkata. Amat berharap yang dia mampu mendengar luahan hati ni.

---

"Yeon Tae. Bangun. Nak pergi lawat papa Tae kan? Kata nak sambut birthday dengan papa Tae, kan?", aku mengejut Yeon Tae yang sedang nyenyak tidur di sebelah aku itu perlahan.

Dia kemudiannya menggosok matanya lalu bangun. Dia memandang aku. Senyuman manis dilemparkan dan aku dengan geramnya mencubit pipinya yang gebu.

"Mama. Sakitlah", dia menggosok pipinya yang dicubit oleh aku sebentar tadi. Aku tergelak kecil.

"Siapa suruh anak mama sorang ni comel sangat? Kan dah kena cubit", aku masih tersisa gelak tawa aku tadi dan kemudian Yeon Tae bepeluk tubuh. Merajuk ler tu.

"Dahlah. Pergi mandi. Kita nak bersiap nak sambut birthday Yeon Tae dengan papa Tae ni", dia dengan pantas bangun dan terus masuk ke dalam bilik air dengan teruja. Wow.

"Yeay! Yeay! Dapat sambut birthday dengan papa Tae! Yeay!", sambil membersihkan diri, sempat lagi Yeon Tae menjerit kegembiraan di dalam bilik air.

Oh, lupa nak bagitau yang kitorang berdua ni tinggal kat sebuah motel berdekatan. Tak mampu nak bayar hitel yang beribu-ribu won. Bilik VVIP Taehyung pun sebab dia pemilik syarikat besar dan syarikat tu yang tampung semua perbelanjaan bil hospital Taehyung.

"Mama! Yeon Tae dah siap! Jom!", aku memandang Yeon Tae yang sudah berpakaian kemas dengan kemeja dan seluar slacknya yang baru digosok oleh aku.

"Lajunya. Eh, jap. Mama tak mandi lagi", aku tergelak kecil dan keluhatan Yeon Tae sudah bercekak pinggang lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah bilik air tanda menyuruh aku mandi. Aku tersengih kecil.

"Ya Tuhan. Comelnya anak mama ni", aku cubitnya lagi di bahagian pipinya. Dia hanya membuat muka. Mungkin kerana tudak berpuas hati dengan aku yang sedang melambatkan acara party kami di hospital bersama Taehyung nanti.

---

"Papa Tae!", Yeon Tae terus memasuki bilik Taehyung bersama topi segitiganya tetapi dia berhenti di hadapan pintu. Aku memandangnya pelik.

"Kenapa tak masuk, Yeon Tae?", aku bertanya. Dia menunjukkan jari telunjuknya ke dalam bilik Taehyung.

"Papa hilang"

•••

Uish. Taehyung hilang?

Apa jadi ni?!

"Mana papa Tae?"

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now