15 + Good News?

5K 439 58
                                    

Aku tidak terus balik ke rumah namun, aku melencong ke pantai. Apa yang baru aku tahu tadi, kebenaran yang baru sahaja dibongkarkan oleh aku tadi memang menyakitkan. Aku x kuat nak lalui semua ni sendiri.

Aku percayakan sahabat aku. Dia pun tahukan yang lelaki itu suami aku. Aku jadi jijik nak sebut nama mereka berdua. Merekalah orang yang paling jijik di mata aku selain sampah.

Aku duduk di tepi pantai. Bermain dengan air masin yang kejap-kejap naik ke kaki aku. Walaupun sudah malam, tapi, aku x kisah. Semua perkara ni dah buatkan aku hilang semangat untuk bergelar isteri kepada lelaki itu.

Aku melihat langit dan kemudiannya, mataku ditutup lemah. Berharap agar Tuhan hendak memberikan petunjuk. Tetiba, ada satu tepukan pada bahu aku. Aku sedikit terkejut lalu aku memandang si empunya tangan.

"Eonnie x apa-apakah? Eonnie nampak pucat dan x bermaya", seorang budak lelaki yang rasanya baru sekolah menengah itu bertanya.

Aku hanya menggeleng sambil tersenyum lemah.

"Eonnie okay", tetiba sahaja, kepala aku berpusing. Semuanya tidak jelas dan kepala aku sangat sakit. Aku rasa macam nak muntah pon ada. Akhirnya, badan aku rebah.

"Eoh, macam mana ni?", budak itu berkata lalu memandang Yeora. Dia cecepat mendukung Yeora di belakangnya dan dibawa ke sebuah kampung berdekatan.

"Omma!! Ada orang pengsan!!! Panggil hyung!!", dia menjerit sejurus kakinya menapak ke dalam rumahnya. Ommanya dengan pantas datang ke arahnya dan terkejut melihat anaknya membawa seorang wanita yang pengsan.

"Ish, kau ni. Tadi, lari sebab merajuk x dapat makan sup daging. Sekarang balik bawa perempuan", ommanya membebel.

"Omma!! Telefonlah hyung cepat!!", dia menjerit. Ommanya dengan kelam kabut menelefon anak sulungnya.

"Ada orang pengsan ni ha? Datang sini jap", ommanya berkata.

"Dah", wanita tua itu memandang anak bongsunya sambil menjeling.

---

"Dah sampai pon. Cepat. Ada eonnie sorang ni pengsan kat tepi pantai tadi", budak lelaki itu menyambut hyungnya dan mereka bergegas ke bilik hyungnya.

Si abang mula memeriksa keadaan Yeora. Yeora masih x sedarkan diri.

---

"Ugh", aku mengerang apabila kepala aku sedikit sakit. Aku membuka mata walaupun ianya teramat berat.

"Kat mana ni?", aku bertanya kat diri sendiri. Aku bangun dari perbaringan aku. Aku kat atas katil. Dalam bilik yang warna black brown. Serious ah. Aku kat mana ni?

Tetiba, pintu bilik tersebut terbuka. Aku hanya memandang. Ada seorang budak lelaki. Dan, aku macam familiar gila dia ni. Ooo, budak semalam kat pantai.

"Eh, eonnie dah bangun? Jom makan dulu", dia mengajak aku. Aku dengan tenaga yang ada cuba bangun dari katil. Aku rasa berat sangat. X kan berat aku dah naik kut.

Aku jalan keluar dari bilik tadi. Aku mengikut budak tu turun ke tingkat bawah. Aku nampak ada seorang wanita yang dalam lingkungan 60-an dan seorang jejaka yang mungkin sebaya aku.

"Hah, kamu. Ni duduk sini", wanita tersebut menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya. Aku hanya mengangguk lalu duduk.

"Ni, kamu kena jaga pemakanan tau", wanita itu berkata kepada aku sambil meletakkan sayur salad di pinggan aku. Aku mengangkat kening lalu mengangguk kekok kerana tidak faham.

"Hah, lupa nak tanya. Kamu ni dari mana?", wanita itu bertanya lagi. Ish. Aku dahlah x da mood. Dia pula cakap banyak. Nasib kau lagi tua. Kalau x, dah lama aku bagi jerung makan kau. K, sabar.

"Oh, dari Gangnam", aku berkata dan sejurus aku menjawab, aku teringat tentang kejadian semalam. Ya Tuhan, perkara tersebut bagai menyiat-nyiat hati aku guna menghiris kulit lobak. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

"Oh, jauhlah jugak. X pa. Kamu tinggal sini dulu. Mak cik x kisah", aku hanya mengangguk lalu sayur yang diberi dimasukkan ke dalam mulut. Nasiblah aku minat makan sayur. Hmmm.

---

Aku nak naik ke tingkat atas apabila seseorang menghalang aku. Budak ni dah kenapa?

"Eonnie. Sekarang eonnie boleh rehat dalam bilik saya kat bawah. Biar saya guna bilik hyung", budak itu berkata. Aku memang dah pelik dari tadi lagi dengan keluarga ni. Yang jejaka tu ja yang x cakap apa-apa kat aku. Budak ni sebijik macam mak dia.

"Kenapa?", aku bertanya.

"Dah tu. Kau nak tidur dalam bilik aku dengan aku ke?", aku toleh ke arah empunya suara.

Jejaka itu sedang berdiri di belakang aku. Aku terpempan kat situ. Aku pandang wajahnya yang sedikut berpeluh. Mungkin sebab cuaca. Ah, apa perasaan ni?

"Eoh, oklah kalau macam tu. Eonnie masuk bilik kamu dululah", aku berjalan ke bilik yang telah ditunjukkan oleh budak itu. Aku x kenal sorang pon dalam ni.

Aku masuk ke dalam bilik itu dan terhempaskan badan aku di atas katil. Huh. Selesa.

"Kenapa diorang jaga sangat pemakanan aku. Ish. Peliklah keluarga ni", aku membebel sensorang.

---

Malam itu, aku ada bau haruman yang sedap dari dapur. Jadi, aku pon pergi masuk ke dalam dapur. Wanita tua itu sedang memasak. Ish. Kenapa aku asyik terbayang nak makan tembikai susu. Padahal, itulah buah yang paling aku benci.

"Ugh", aku sedikit mengeluh. Kepala aku tetiba pening. Aku memegang pintu dapur itu. Wanita itu terkejut dan terus datang kat aku. Mukanya penuh kerisauan. Ya Tuhan. Kenapa aku rasa nak pitam?

"Kamu x apa-apa. Ish. Kenapa keluar bilik? Cuba rehat sikit. Badan tu mudah penat", dia memapah aku ke bilik dan meletakkan badan aku yang sedikit lemah ke atas katil. Ketika dia mahu keluar, aku menarik tangannya.

"Mak cik, nak tembikai susu", aku berkata perlahan. Dia hanya mengangguk lalu tersenyum manis. Kemudian, dia meninggalkan aku di dalam bilik, terbaring penat. Penat hidup gamaknya.

---

"Eonnie! Eonnie! Jom main kat luar!", aku bangun dari perbaringan. Aku tersenyum lalu mengangguk. Yelah, dah berhari aku bertepu dalam bilik ni. Aku bangun dari katil dan berjalan keluar bersama budak lelaki itu.

"Eh, nak pergi mana tu?", aku menoleh dan nampak wanita tua itu baru balik dari pasaraya gamaknya dengan plastik banyak yang digendongnya. Tembikai susu. Aww. Mak cik ni belikan. Sedapnya.

"Nak main pantai. Jom eonnie", dia menarik tangan aku. Aku berhenti sekejap.

"Jap. Eonnie nak tolong mak cik jap", aku terus berlari ke arah mak cik tu. Aku mengambil plastik-plastik yang digendongnya. Urghh, berat gila.

"Biar saya tolong", aku berjalan perlahan-lahan. Mak cik tu tahan aku.

"Eh, kamu x boleh angkat benda berat kan? Ish, kamu ni", dia mengambil semula plastik dari tangan aku. Aku buat muka blur. Dah kenapa x boleh buat benda berat?

"Ish, mak cik. Saya bolehlah", aku tahan mak cik tu semula.

"Ish, kamu ni. Kamu kena jaga kandungan tu. Mana boleh buat kerja berat macam ni", aku terkedu. Perkataan kandungan tadi memberhentikan pergerakan aku. Segalanya. Aku rasa jantung aku pon nak berhenti.

"M-mak cik c-cakap pasal apa tadi?", aku tanyanya semula.

"Kamu tu ibu mengandung. Jagalah sikit kandungan kamu", aku terjatuh, rebah ke lantai dan akhirnya semua gelap.

•••

Wahai pishes sekalian. Saya sebagai author isteri palsu ni hendak meminta maaf kerana lambat hapdet buku ni. Maaf buat korang tertunggu. Btw, aye nak buat buku baru sempena anniversary bts dan befday author kepada buku isteri palsu ni. Mohon wish ><

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now