17 + Depression

4.9K 409 32
                                    

Aku memandang langit yang mendung. Mungkin nak hujan gamaknya. Tetiba, aku lapar. Ish. Baru makan sejam yang lalu. Nilah kehidupan aku sebagai seorang yang berbadan dua. Sekejap-sekejap lapar. X sampai satu jam, lapar.

Aku bangun dari kerusi di halaman rumah Mak Cik Suri. Lalu, aku masuk ke dalam perut rumah dan berura ke dapur. Peti sejuk dan cabinet di dalam dapur itu dibuka semuanya bagi mencari makanan buat menghilang rasa lapar.

"Ahhhhh, x da makanan pon", aku mengeluh apabila usaha aku mencari sumber makanan di dapur sia-sia. Perut aku berbunyi lagi. Aku memegang perutku.

Aku keluar dari kawasan dapur dan masuk ke dalam bilik aku aka bilik Taeyong. Yelah. Taeyong sekarang tidur dengan abangnya, Yoongi. Ya, memang nama mereka x menampakkan yang mereka itu adik beradik dan benarkah adik-beradik perlu mempunyai nama yang lebih kurang sama? Haha.

Aku memandang siling. Semenjak aku berada di rumah ini, x pernah lagi aku berbual sedikit pon dengan Yoongi. Dia...menyeramkan. Aku x pernah melihatnya tersenyum di dalam rumah ini ataupun memang dia dilahirkan untuk tidak senyum?

---

Aku bangun dari perbaringan setelah aku sedar bahawa aku sudah tidur sehingga tengah malam. Apa yang aku penat sangat pon x tahulah. Mungkin sebab sudah empat bulan aku membawa makhluk Tuhan yang bernyawa di dalam badan aku ini.

---

Keadaan Taehyung

Taehyung terjaga daripada tidur. Tangannya terasa berat seperti ada beban yang menimpa. Dia memandang di sebelahnya.

'Ouch. Lupa pula yang semalam aku datang ke rumah Mina dan tidur dalam biliknya', fikir Taehyung.

Taehyung tutup matanya semula dan ketika itulah, dia terbangun semula. Tapi, kali ini, dia berada di satu ruang. Entahlah ruang apa ni. Dia seperti tiada penghujung. Hitam segalanya.

"Aku kat mana ni?!", dia menjerit berdoa agar ada orang yang ingin menyahut. Tetapi, hanya sia-sia. Dia mengeluh perlahan sambil menundukkan kepalanya memandang lantai. Lantai ka? Sebab sekarang ni memang gelap. Hanya di tempatnya yang dikatakan ada cahaya sedikit untuk membantunya melihat sekeliling.

Dia mula berjalan perlahan ke hadapan atau kebelakang. Dia juga x tahu hala tujunya di tempat yang gelap itu. Tetiba, suara seseorang menangis memenuhi ruang tersebut. Suara ni. Dia mengerutkan mukanya. Macam pernah didengari suara ni. Tapi, dia juga x dapat berfikir pada ketika ini.

Dia terus dan terus berjalan sehinggalah dia terjumpa seorang budak bercangkung di hadapannya sambil menangis teresak-esak. Taehyung memandang budak itu dengan muka yang berkerut.

"Apa dah jadi ni dik?", dia melutut sambil tangan mengusap belakang budak tersebut. Tetiba, budak itu mengangkat mukanya dan menolaknya.

Pisau dikeluarkan daripada kocek seluar. Budak tersebut menghalakan pisaunya ke leher Taehyung. Taehyung terkejut.

'Dak kenapa dengan budak ni?', fikirnya lagi.

"Kau patut mati je! Kau x patut hidup. Kalau kau hidup, kau hanya tahu lukakan mama!!! Aku benci kau!!", pisau ditikam ke leher Taehyung. Taehyung terkejut lalu memuntahkan darah.

"Argh!!!!! Sakitlah!!!", dia menjerit. Sakitnya adalah sakit yang amat perit. Dia dapat merasakan pisau yang sedikit tumpul itu menusuk ke dalam dagingnya. Darah juga dapat dirasainya, keluar dari salurannya dan mengalir pada lehernya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya kesakitan yang dirasainya itu.

"Kau x patut hidup! Kau hanya patut mati!", budak itu menekan pisau tersebut menusuk ke dalam daging dengan lebih mendalam.

"Argh!!! Hiks..", Taehyung tanpa disedari, dia menangis teresak-esak.

Kemudian, dia dikejutkan oleh seseorang. Taehyung membuka matanya yang berat dengan air mata itu dan terus terduduk. Dia menangis dan terus menangis. Pada ketika itu, dia hanya mampu menangis teresak-esak akibat terlalu takut. Kuku-kuku pada jarinya digigit-gigit serta badannya menggigil terus.

"Sayang? Kenapa ni, sayang?", Mina terus bertanya kerisauan. Dia tertanya-tanya kenapa Taehyung jadi sedemikian.

"Tak. Tak. Aku tak boleh mati. Aku takkan mati. Haha. Budak je. Takkan dia nak bunuh aku kut. Baru budak kecik. Haha. HAHAHAHHAHAHAH", Taehyung ketawa terbahak-bahak tanpa sebab.

Mina memandang Taehyung dengan muka yang penuh dengan ketakutan. Yelah. Taehyung tetiba cakap pasal bunuh bagai ni. Dia sungguh tertanya-tanya apakah yang jadi pada kekasihnya itu sampai ketawa bagai nak hilang perut.

"Tak palah. Awak rehat ye. Tidurlah balik. Awak mesti penat sangat ni sampai mengigau", Mina berkata sambil menggeleng kepalanya. Dia hanya mampu berfikiran positif sahaja.

•••

Sorry update lambat guys. Sumpah. Lambat gila. Berapa tahun tah x update. Sorry sesangat. Kalau yang sabar tu, terima kasihlah. Tunggu author gila ni update, memang bertahun. Penat hidup katanya.

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now