Terancang

134 1 0
                                    

"Tok! Tok! Tok!" ketukan dimuka pintu yang bertalu-talu mengejutkan Julia dari tidurnya. Dengan mata yang berpisat-pisat dia bergegas ke muka pintu. Mata sempat mengerling melihat jam dinding. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.

"Kau buat apa, hah? Kenapa lambat sangat? Penat aku berdiri dekat luar tu!" Bentak lelaki bertubuh kekar. Badan Julia ditolak kasar. Bau busuk air kencing syaitan menusuk hidung Julia. Lelaki itu duduk bersandar malas di sofa merah yang sudah lusuh warnanya itu.

"Mak kau mana?" Tanya lelaki itu. Matanya liar melihat ke dalam bilik tidur ibunya yang gelap tanpa cahaya.

"Mak tak balik lagi..." Jawab Julia perlahan. Matanya dielak daripada bertentang dengan mata lelaki itu. Mata merah lelaki itu sering menakutkannya.Dia dapat merasakan mata itu liar memandang tubuh kecilnya.

"Rajin pulak mak kau kerja... Pagi tadi kata tak sihat sangat. Tapi bagus la jugak. Dapat la jugak duit kan..." Lelaki tertawa sinis. Julia faham maksud disebalik ketawa lelaki itu. Dia tahu lelaki itu sedang menghina pekerjaan yang dilakukan oleh ibunya. Pekerjaan yang sungguh hina dimata masyarakat. Julia segera ke bilik tidurnya lalu mengunci pintu. Dia berasa tidak selamat apabila berdua dengan lelaki itu tanpa ibunya.

Lampu dibiarkan terbuka. Matanya memandang siling. Sejak kejadian 3 bulan lepas Julia takut untuk tidur didalam gelap. Takut peristiwa itu berulang kembali.

Matanya ditutup rapat. Tiba-tiba dia merasakan ada sepasang tangan yang merayap ke seluruh tubuhnya. Dia segera menepis kasar dan cuba menjerit tetapi tangan kasar itu terlebih dahulu menutup mulutnya. Julia bergelut untuk melepaskan diri dari genggaman lelaki itu. Bola Kristal yang berada di kabinet kecil bersebelahan katil segera dicapai lalu dihentak kuat ke kepala lelaki itu. Lelaki itu mengerang kesakitan. Julia menolak tubuh lelaki itu lalu segera berlari keluar. Lelaki itu berjaya mencengkam tangan

"Argh!!!" Julia menjerit. Tubuhnya dibasahi peluh. Jam loceng menunjukkan pukul 6 pagi. Dia meraup wajahnya. Air matanya menitis lagi. Kenangan 3 bulan lalu itu sukar dilupakan. Lelaki yang sedang tidur di ruang tamu rumahnya itu pernah cuba untuk meragut kehormatannya namun mujurlah nasib menyebelahi dirinya.

Bukannya Julia tidak pernah cuba mengadu kepada ibu. Tapi wanita 40-an itu lebih mempercayai kekasih hatinya itu. Pernah dia berlari ketakutan lalu memeluk ibunya, tetapi lelaki itu lebih pantas bermain kata.

"Aku excident jatuh motor tadi... Sampai aje rumah anak kau ni terpekik terlolong tengok aku. Takut agaknya..." Lelaki itu menghadiahkan senyuman kepada ibunya. Julia hanya mampu melihat ibunya melepaskan pelukan Julia dan berlari ke arah lelaki itu dengan mulut menggumam risau dengan kecederaan yang  kononnya dialami lelaki itu.

"Dah, jom masuk, aku sapu ubat dekat kepala kau ni. Takut nanti melarat pulak. Esok kita pergi klinik, okey?" Ibunya melihat kepala lelaki itu dengan penuh kerisauan. Tangan lelaki itu dibimbing masuk ke dalam rumah

"Tapi mak..." Julia cuba memprotes.

"Tapi apa lagi? Dah jom masuk dah malam ni... Ke kau nak tidur luar?" Julia mengetap bibir. Lelaki itu menjeling sambil menghadiahkan senyuman sinis. Julia terpaksa akur. Hatinya geram, hampa bercampur sedih. Dia tahu ibunya tidak akan percaya apa bakal diceritakannya. Ibunya lebih mempercayai lelaki itu. Mata ibunya telah dibutakan dengan cinta lelaki itu.

Julia mengeluh perlahan. Dia kalau boleh tidak mahu lagi kenangan itu. Yang penting difikirannya sekarang adalah ilmu. Dia ingin segera keluar dari rumah ini. Dia ingin memulakan hidup baru. Dengan itu dia perlukan ilmu untuk membuatkan dia bertahan di dunia yang penuh dengan tipu muslihat ini.

Baju tidur yang dipakai diganti dengan T-shirt sekolah. Pakaian seragam sekolah pula dimasukkan ke dalam beg. Sejak kejadian hitam itu dia sering keluar awal untuk mandi di bilik air sekolahnya. Dia berasa tidak menggunakan bilik air rumahnya dengan kehadiran lelaki itu. Setelah siap mengemas keperluan sekolah dia pergi ke dapur. Hati mengeluh hampa. Ibunya lupa untuk meninggalkan duit belanja sekolahnya lagi. Dia ke sekolah dengan hati yang bengkak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TerancangWhere stories live. Discover now