Iklan Acah 1

6.1K 278 15
                                    

"Cukup banyak ni?" Aku tunjuk pinggan yang sudah diletakkan nasi untuknya.

"Buang separuh"

Oh? Suami aku diet ya? Aku pun makan dua kali ganda lebih dari dia. Lama-lama begini, nanti aku yang lebih berat dari dia. Tak boleh lah nak minta dia dukung kalau aku demam kura nanti.

Cita-cita didukung suami itu memang sudah lama terpahat dalam kepala sejak zaman sekolah menengah dulu lagi. Semakin meningkat dewasa , baru aku sedar yang itu semua hanya lah kisah dongeng. Sudah boleh menerima hakikat bahawa bukan sebarangan lelaki boleh mendukung aku yang beratnya lebih dari 60kg ni. Kena pula kalau lelaki itu beratnya hanya lebih dalam 10 kilogram saja dari aku. Memang sama-sama tergolek lah jawabnya kalau berani nak mencuba.

"Makanlah banyak sikit." Sengaja aku menguji. Senduk nasi yang penuh aku sua-suakan ke arah pinggan dia. Hayun turun naik. Cuba menggoda.

Abang Nasir renung aku dalam. Anak matanya langsung tidak tertarik untuk mengikut pergerakan senduk nasi yang aku tayangkan.

Terus tangan aku berhenti. Tergantung di udara.

"Makan banyak-banyak ni, ada nak buat extra exercise ke nanti?" Dia bercakap sambil menuang air masak ke dalam gelas. Bercakap pun tak pandang mata. Hisyh! Tak suka betul aku kalau bercakap dengan orang tak ada mata macam ni.

"Exercise?" Eh, tak mungkin lah dia nak ajak aku buat tarian zumba lepas makan nanti kan?

"Exercise?" Eh, tak mungkin lah dia nak ajak aku buat tarian zumba lepas makan nanti kan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now