Bab 8

7.7K 381 21
                                    

Selesai menaip mesej, aku terus menenekan butang hantar. Ketika itu aku sudah siap dengan persalinan pengantin. Hanya menunggu untuk rombongan keluarganya tiba.

+ Dah sampai depan lorong nanti, bagitau saya.

Pagi tadi semasa aku bangun dari tidur, dia sudah hilang dari sisi. Yang tinggal hanya kesan lekuk kepalanya di bantal. Selimut pun aku conquer seorang. Tak tahulah dia sejuk atau pun tak malam tadi.

Nak tahu kisah semalam tak? Kisah aku terpaksa masuk semula ke bilik pengantin lepas kecewa mencari tempat tidur lain.

Sebenarnya tak ada lah menarik sangat kisahnya.Sebelum masuk tu, aku terlebih dahulu pergi mencari seluar tidur aku yang berlonggok tak berlipat di bilik mak. Kain batik memang sudah out of topic. Nanti kalau aku terselak sana sini, pengsan pula Encik Nasir kita.

Baru kemudian aku masuk semula ke bilik, berdiri di hujung katil merenung lama tubuh Nasir yang sudah lena. Senang je hati dia kan? Terus tidur. Langsung tak kisah ke mana isteri dia lari. Baju melayu yang dipakainya tadi sudah tersangkut di tempat pengangkut sejadah dan kain telekung. Maknanya dia tidur tak berbaju lah kan?

Sikit pun aku tak terusik tengok body dia. Terbiasa duduk serumah dengan adik-adik dan ayah yang memang suka tidak berbaju, aku sudah tidak terkesan setiap kali melihat lelaki tidak berbaju. Tapi bukan lah bermakna aku suka diberi persembahan badan gendut mereka tu.

Lelaki pelik kan? Suka sangat tak berbaju. Cuba lah faham perasaan kita yang perempuan ni. Sakit hati ni bila dipaksa jadi penonton. Kalau badan semua cantik-cantik tak apa lah juga. Ini macam-macam warna, macam-macam saiz semua ada. Mentang lah auratnya start dari pusat sampai ke lutut saja. Ambil kesempatan namanya tu!

Perlahan aku berjalan ke sebelah katil yang kosong. Duduk pun penuh berhati-hati. Tak mahu dia terjaga. Bantai saja lah! Aku tak sanggup nak pergi tidur atas lantai. Dia kan suami aku. Apa yang nak ditakutkan. Kalau tersentuh pun, memang dah halal kan. Tak ada dosanya!

Wah...cakap pandai sungguh aku ni. Bukan ke yang lari ke sana ke mari tadi Zatul namanya? Tiba-tiba berani pula bercakap tentang halal dan dosa.

Aku mengambil baring betul-betul di pinggir katil. Kalau bergerak lebih lagi, memang sahih aku akan jatuh. Perlahan aku pejamkan mata. Sudah mula seronok membayangkan tidur yang tergendala tadi bakal bersambung.

Tiba-tiba aku terasa tilam di sebelah bahagian Nasir bergerak. Mata aku buka kan sekecil mungkin. Cuba mengintai.

"Oh mak kau!" Terus aku terkebelakang bila buka-buka mata saja sudah ternampak muka Nasir rapat dengan wajah aku.

Nasib baik tindakan refleksnya lebih cepat. Cepat-cepat dipautnya tubuh aku yang dah hampir terjatuh. Haa ...itulah! Tidur lagi hujung-hujung katil!

"Nak apa?" Tanya aku sedikit menekan. Tapi suara aku control supaya tidak terlalu kuat. Nak marah saja rasanya bila dikejutkan begitu.

Tangannya yang memaut belakang badan aku masih tidak bergerak. Kedudukan yang tadi aku jarakkan sebelum tidur dalam sekelip mata sudah tinggal sejengkal.

"Jangan tidur tepi sangat," katanya perlahan. Sambungan ayatnya aku faham-faham sendiri lah. Mesti dia nak cakap 'kan dah nak terjatuh'.

Tubuh aku ditariknya ke tengah katil. Dan dia pun berinjak sedikit ke belakang. Sebelah tangannya diseluk masuk ke bawah leher aku sekaligus menarik kepala aku masuk ke bawah dagunya. Sebelah lagi tangannya masih memegang belakang tubuhku.

"Tidur." Dia kemaskan pelukannya di tubuh aku. Kemudian dia kembali memejam mata.

Tinggal aku terkebil-kebil seorang. Okay guys. What actually happened here? Can someone tell me what happened? Aku macam blurr sekejap. Tak faham apa yang sedang terjadi. Perlu ke tidur berpeluk macam ni? Konon romantiklah tu? Panas lah wei!

Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now