Jodoh kita

10.3K 345 7
                                    

Sampai sahaja di pintu utama rumah Julie, Aryan terdengar perbualan di antara Julie dan seorang lelaki.

"Puas hati I, Iq! I dah hancurkan rumah tangga mereka." Kata Julie sambil ketawa gembira. "I pun tumpang bahagia..tapikan wife Aryan tu cantikkan? Waktu I nak rogol dia, I pun rasa takut. Sebab dia berdoa dengan Tuhan. Nafsu I naik terus lihat dia, haish! Sayang gila I terlepas. Kalau dapat 'ngap' kan best!" Ujar lelaki bernama Iq itu atau nama penuhnya, Iqmal.
"Hish you ni! I nak Aryan bodoh tu tengok je seolah-olah wife dia tu betul-betul curang. Dia percaya je apa I cerita..." Belum sempat julie mengahbiskan ayatnya, Aryan masuk.

"Ini kerja kau ya Julie? Tergamaknya! Aku buang isteri aku, aku tak mengaku yang anak itu adalah anak kami. Aku sanggup disisihkan keluarga. Semuanya kerana kau." Aryan menarik kolar baju lelaki itu. Dia menumbuk muka Iqmal. "Aku berdosa dengan Alisha, Anak kami! Ini semua kerana kau berdua. Astargfirullahal'azim. Ya Allah! Dengar sini Julie, aku dengan kau dah tiada ikatan apa-apa. Dan kau Iqmal, jangan ingat aku akan biarkan kau sentuh isteri aku! Dasar binatang!" Aryan meludah lantai rumah julie lalu keluar dari situ.

Air mata lelakinya jatuh jua. Dia pergi ke pusara anaknya. Selesai membaca Yaasiin, Aryan merenung batu nisan itu. "Muhammad Ariq Arsyad." Nama itu disebut perlahan. "Assalamualaikum Ariq. Daddy ni. Ariq, maafkan daddy ya? Daddy berdosa dengan Ariq, dengan mummy. Daddy khilaf sayang. Daddy percaya dengan cerita orang. Daddy sanggup kehilangan mutiara kerana hendakkan kaca. Daddy bodoh Ariq! Daddy terlalu ikutkan nafsu sampai tidak mendengar penjelasan mummy. Ariq....mummy Ariq di mana? Daddy rindu dia. Daddy sayang mummy! Tenanglah di sana, my son! Daddy loves you. Mummy loves you too!" Kata Aryan lalu mencium batu nisan itu dan pergi.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now