THE END - 2 (completed)

Start from the beginning
                                    

Kotak cincin itu dibuka dan tersegam  cincin rotan yang berbentuk hati berwarna putih..

Tersenyum Daira...

Melihat cincin ini membuat hatinya tersentuh untuk menerima Syakqiif

" Sa-saya setuju.. Terima kasih ayah dan mak Syakqif. Ini hadiah yang sangat berharga dalam hidup saya. " Ungkapnya Daira dengan penuh rasa bersyukur.

"Alhamdulillah.... "

Syakqif mengetip bibir dan tersenyum malu. Tidak bersuara tapi jelas riak mukanya sangat gembira apabila melihat Daira menerima cincin tersebut.

'Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah.. Engkau menghantar hadiah paling ku sayang kembali. Semoga dia jodoh berkekalan sehingga akhir hayatku. Walaupun cincin tu tak cantik, tapi dia sangat gembira. Alhamdulillah.  ' Desis hati Syakqif dengan penuh pengharapan.

"Haa.. Kalau Daira dah bersetuju apatah lagi si puteranya tentu bersetuju juga kan. Hohoho maklumlah Syakqif kau mesti rindu nak tatap muka adik aku. Sekarang  ni malu malu kucing pula. " Usik lagi Farhan. Melihat telatah Syakqif yang asyik tertunduk tunduk itu membuatkan dia berasa geli hati. Kalau boleh nak perli lagi kaw kaw tapi ada mak ayah dia membuatkan Farhan terbantut untuk memberi hamburan pedas.

"Isy, kau ni .. Nasib baik depan orang ramai.. Kalau tak--" Syakqif geram.

"Haaa.. Kalau tak.. Apa? Nak kiss ke ? " Teka Farhan sambil tersengih sengih.

Syakqif menunjuk penumbuknya.

"Hihihi. Kalau ajak bergaduh rasanya tak habis sampai esok ni. Hah, bila nak makan eh? Saya lapar dah ni .." Aruna sudah merungut. Perutnya berkeroncong dari subuh tadi masih tak menjamah.

Baru mereka sedar yang nasi masih belum dijamah. Dan mereka pula masih belum makan makanan apa pun lagi. Akhirnya Farhan menjemput mereka makan dengan diiringi Syakqif membaca doa makan serta sholawat nabi.
***

Alhamdulillah.

Satu perkataan yang dizikirkan dalam hati Syakqif berkali kali sambil memerhatikan tasik itu dari jauh di balkoni luar rumah Farhan. Tasik itu menjadi tempat dia dan Daira bermain dari kecil sehingga besar.

   Lafaz syukur tidak pernah terhenti untuk melintas dalam hati sejak Daira menerima pinangannya.  Syakqif meraup wajahnya dan melepaskan nafas panjang yang lega. Rasa terbeban hilang sekelip mata.

'Alhamdulillah.. aku dan dia hanya merancang tapi engkau lebih tahu dan menentukan yang terbaik. Aku fikir dia tidak akan muncul kembali. Tapi Engkau telah takdirkan dia menjadi jodohku sehingga ke jinjang pelamin. Seluas luas air tasik di sana, luas lagi nikmat yang engkau beri padaku. Terima kasih ya Allah swt.'    Berkatanya dalam hati.

Memang benar nikmat yang diberi pada Syakqif membuatkan dia berasa bersyukur dan bahagia. Kerna setiap doanya selalu diselitkan nama Daira. Akhirnya doa itu dimakbulkan.

Hanya lambat atau ada penentuan yang lebih baik saja.

Kerana tuhan maha Bijaksana lagi mengetahui setiap kehidupan seorang Ihsan.

Loket yang pernah diberikan oleh Daira dulu diambil dari poketnya. Ia sentiasa bersamanya. Tidak pernah ditinggalkan.  Tetap bersamanya kemana pergi. 

Ukiran bunga mawar pada loket disentuh.
Merasai cinta loket ini.

Loket ini adalah kenangannya bersama Daira sewaktu di hospital.

Loket ini saksi pada perpisahan dirinya dengan Daira yang tidak memahami antara satu sama lain Ketika itu, air mata menjadi teman melihat perempuan yang dicintainya pergi meninggalkan dirinya. Keegoan dirinya menjadi keras dan membara. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now