THE END - 2 (completed)

2.6K 73 9
                                    

Nasi masih tidak disentuh dan lauk-pauk dibiarkan di atas meja. Semua orang termasuk Daira dan Syakqif berkumpul di ruang makan.   Perasaan Daira ketika itu sangat gelisah tapi gembira. Sebaliknya Syakqif masih sukar dipercaya yang Daira adalah bakal isterinya. Manakala Farhan, Aruna dan Cik Kamsiah ternanti-nanti sebuah senyuman kegirangan dari mereka berdua.  Sehinggalah bapa Syakqif, Dato Taib bermula menerangkan hajatnya.

" Baiklah.. Semua dah berkumpul. Ada orang yang dah pening tu. Tak faham faham lagi. Eloklah kalau kita semua diberi penerangan jelas tentang perkara ni sebelum makan. Lambat laun kalau tak dijelaskan takut salah faham pula nanti. Sebenarnya saya dan isteri saya yang tekad nak mengahwini anak putera saya pada Daira. Pada mulanya, saya tak bersetuju. Maklumlah anak muda kan.. Takut main main je dalam bab kahwin dan Daira pula masih belajar lagi. Bila diingatkan balik,eloklah kita rapatkan mereka berdua jadi satu. Sebab tak salah pun sekiranya dikahwinkan awal. Lagipun saya percaya Syakqif boleh bertanggungjawab. Sedangkan dia pun dah mula bekerja.  Sengaja kami termasuk Farhan merahsiakan perkara ni dari pengetahuan Syakqif dan Daira.  Supaya Daira tak terganggu dari pembelajarannya dan Syakqif tidak lari fokus semasa berdakwah pada anak muda.. "

Daira terkejut mendapat tahu Syakqif giat berdakwah. Selama ini, dia tak beritahu apa apa pun pada dirinya. Sama ada belajar atau kerja pun tak bagitahu.

Hanya menunduk, menghormati orang tua memberi penjelasan saja Daira mampu lakukan. Kerna dia tahu ini adalah urusan orang yang lebih berilmu .

" Saya faham, Dato Taib.. " Farhan mencelah, mukanya tampak gembira.

Cik Kamsiah mencelah dalam perbualan.

" Nak, tak perlulah nak panggil Dato Taib. Lepas ni panggil ayah jelah. Farhan dengan Daira anak yatim piatu kan.. Apa salahnya kami boleh jadi ibu bapa kamu.." Tegur Cik Kamsiah dalam kelembutan. Dia berasa sayu melihat adik beradik tanggung kehidupan masing masing.

"Hehehe, baiklah makcik."

"Panggil makcik ni emak saja. Anggap saja saya emak kamu." Ujar cik Kamsiah sambil tersenyum .

"Emak dan ayah.. Terima kasih beri saya peluang dapat panggil gelaran seorang ayah dan emak balik. Terharu. Semoga perjalinan hubungan kita bertambah akrab.. Amin.. Berbalik pada perbincangan tadi, saya tumpang gembiralah kalau mereka disatukan. Sebabnya, mereka ni dalam diam mencintai satu sama lain." Tersenyum Farhan melihat gelagat Syakqif yang merenungnya dalam keadaan malu.

" Alhamdulillah lah kalau macam tu.. "  Kata Dato Taib.

" Orang kalau dah suka dalam diam diam, tak tahu bertepuk dua belah tangan ke satu tangan je kan.. Boleh jadi masalah dan salah faham pulak ya.. Hahaha takut takut hajat di hati  terkubur begitu je.. Melepas..Hahahaha!" Bercanda Farhan mengusik mereka berdua.

Semua berpakat gelak kecuali Daira dan Syakqif menahan malu. Hampir merah muka mereka berdua sesama sendiri. Sekilas mata Syakqif melihat Daira. Begitu juga Daira.

" Tapi walaupun saya menyokong mereka ni disatukan, haruslah kita bertanya pada tuan puterinya betul kan?" Ujar Farhan sambil memandang Daira yang sudah tersipu sipu malu.

" Hehehe, semoga Daira terimalah pinangan ni. Kalau cik Daira menolak, tak apa. Kami redha. ” kata Dato Taib dan tangannya menghulurkan sekotak cincin berwarna merah pada Daira di atas meja makan.

Syakqif menelan air liur. Gusar. Hendak ke dia terima cincin tu? Sudahlah aku beli cincin paling murah sekali. Astagfiruallahazim. Menyesal aku. 

Tangan Daira meraih kotak cincin itu lalu memegang kotak itu. Hatinya berdebar debar ketika itu sewaktu ingin memberi jawapan. Suaranya tersekat seperti ada yang menahannya dari bersuara. Perkara ini sangatlah luar biasa dan bakal mengubah masa depan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now