Dalam Diam Aku Cinta Ustaz part 6

2.5K 105 2
                                    


"KENAPA kau tak kasi tahu aku  ,Farhan! Kau tak tahu ke yang aku ni kawan yang selalu disampingnya setiap waktu!" Syakqif melepaskan nafas berat. Muka Syakqif berubah menjadi bengis. Terasa bodoh sahaja plan aku sebelum ini.  

Farhan terduduk disitu apabila dia melihat Syakqif terlampau stress.Farhan terpinga pinga.

"Ermm...sekarang ni..um..Dia kat lapangan terbang. Aku minta maaf..Baik kau pergi jumpa dia sekarang.Aku tahu hati dia nak sangat jumpa kau tetapi sifat ego dia tu haa .. susah nak buang"Farhan menunduk kepalanya. Dia bercakap sambil acah acah melukis diatas lantai itu.

Syakqif mengangguk lalu pergi dari situ dengan menaiki Ferrari kesayangannya.Bunyi ekzos kereta menyedarkan Farhan bahawa Syakqif tinggalkan dia.

"Selamat berjaya wei!"Farhan terbangkit dari duduk dan melambai lambai tangan kepada Farhan.

"Apa salah aku, Daira? Kau tengok aku jahat ke? Yalah, selama ni aku bodoh! Aku tak nampak kau! Aku bodoh! Kawan baik depan mata pun kau tak perasan selama ini, Syakqif!"Syakqif memaki dirinya.Dia memandu kereta itu dengan laju.Berkali kali Syakqif menghentak stereng kereta itu.Jikalau ada lampu isyarat dan tiadabanyak kereta, dia akan memotong untuk menjimatkan masa.Itulah kali kedua dia memandu dengan laju.Dia kesal dengan sikap dia dan mempercayai kawan dia.

Mata Syakqif berair.Kenapa kau terlalu mempercayai gurauan aku? Kenapa kau ambil tindakan yang benar benar membuatkan aku akan rindu padamu?Ya Allah, kau temukan lah aku buat kali terakhir.Kau lambatkanlah waktu penerbangan Daira kesana.Jika terlepas, pastikan aku dapat berjumpa pada tahun hadapan ..

"Ya Allah... Aku cinta dia kerana Engkau.. Kenapa aku baru tersedar dari lema ini..." Bisik hati Syakqif.

Farhan meletakkan kopi diatas meja.Dia termenung jauh.

Entah mengapa di sudut hati Farhan terasa tidak sedap hati melihat Syakqif tadi

Dia sangat risau apabila bersangka bahawa Syakqif dan Daira bergaduh.Farhan menghirup kopi yang sedikit panas itu.Dia melihat Syakqif tadi kelihatan benar benar marah dan sedih.Dan juga seperti sudah lama tidak berbual dengan adiknya.Apapun,Farhan bingkas bangun dari duduk dan mengambil beg kerjanya dan terus menaiki motorsikal kesayangan abah itu.

Lebih baik dia tidak memikirkan soal masalah adiknya itu kerana dia sudah sedikit terlewat untuk ke kerja.

                                                                                                    -

 "Daira, kami akan rindu kau kat sana. Jangan lupa kami pulak ya!" Diyah memperingatkan kawan baiknya.Daira senyum tawar kerana sebak hati .Dia pergi dari situ bukan kerana mahu belajar tetapi sebab yang lain ... iaitu dia tidak mahu berjumpa dengan Syakqif.

"Daira...Nah ambillah baju ni.Kami belikan untuk kamu sebagai pengubat rindu... He!He!He!"Najah menghulurkan baju yang cantik kepada Daira.Air muka Najah seperti hendak menangis tetapi dia gembira melihat kejayaan kawannya itu. Daira menerima hadiah itu lalu Daira senyum kepada Najah.Mereka saling bersenyum.

Tatkala itu, mata Daira keluar air jernih membasahi pipi dia.Kening Daira berkerut- kerut mahu menahan tangisan itu.

 Diyah,Ira dan Najah turut menangis.

"Terima kasih jadi kawan aku...Aku sayang kau. kau perfect bagi kami.Bila kau sana nanti,jangan lupa kami.Seriously, kau lah kawan yang paling terbaik sekali dalam hidup kami.Kan Diyah , Najah?" Ira mengengam erat tangan Daira dan dia berpandang Doyah dan Najah.Mereka masing masing mengangguk.

Mata Daira mula merah dan dia senyum tawar.Hati dia sebak mendengar perkataan yang keluar dari mulut Ira.

Sayang Ira juga...

"Terima kasih Najah, Ira dan Diyah.Koranglah sahabat aku yang benar..."Dia memeluk mereka bertiga.Dia sedih mahu meninggalkan mereka.Merekalah kawan yang benar benar setia bagi Daira kerana merekalah yang selalu berdamping dengan dia semasa senang dan susah, tidak bertikam lidah dan baik hati. 

Beg besar disampingnya diambil dan mengheret ke dalam kapal terbang.Daira mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Rindu nak makan gulai Najah, rindu nak sembang dengan Nadzira tentang 'anime' dan bermain game bersama Diyah.

 Selamat tinggal sahabatku! Jumpa lagi !

Tap......tap...tap..

Daira melangkah perlahan...

Sesekali dia menoleh pandang ke belakang kerana untuk melihat kawan kawannya kali terakhir.

Di situ, masih ada sahabat sahabat dia berlambaian tangan kepadanya.Air mata Daira semakin jatuh dengan deras. Bagi dia,dia menganggap mereka sudah seperti keluarganya sendiri dan kalau boleh dia tidak mahu ada perpisahan antara dia dan kawan kawannya.Dia berjalan memasuki pintu pagar itu.                                                                        

                                                                                         -

"Eh, Daira tak call Syakqif ke ? Tak kasitahu ke kat Syakqif?"Ira tersedar yang Syakqif tidak menemani sahabatnya itu.

"A..ah la weh.Baru aku perasan."Diyah juga sedar.

"Biar Najah call."Najah yang baik hati itu mengambil telefon untuk menelefoni Syakqif.Baru sahaja dia mendapat pegang telefon dia itu.Satu kelibat berpakaian kemas sedang berlari menuju arah mereka. Ira mencari bayang Daira untuk memanggilnya.

"Nadaira!Nadaira!!Syakqif datang!"Ira menjerit sekuat hati demi kawannya.Daira memandang Ira dengan reaksi terkejut.

Mana dia tahu yang aku dah nak pergi?Abang aku punya kerjalah ni!Syakqif pun turut memanggil namanya membuatkan semakin pantas Daira berjalan.

"Daira! Daira ! Daira! " 

Semakin laju Daira berjalan semakin kuat laungan namanya dipanggil.

Aku tak boleh tahan ego aku. Maaf, Syakqif. Selamat tinggal!

                                                                         -

    Syakqif terduduk.

"Aku terlambat..." Syakqif mengesat air matanya itu.  Sementara itu , mereka hanya berdiam diri melihat Syakqif begitu. 

"Aku bodoh... Bodohnya aku.." Kata Syakqif dengan suara yang perlahan. Kenapa dia tidak beritahu aku...? Kejamkah aku?

Tiba tiba Najah menghampiri Syakqif dengan muka yang sayu . Perasaan sedih lagi bertambah apabila melihat Syakqif terduduk di atas lantai.

"Syakqif, sudahlah.. Bangunlah.  Dia dah pergi. Nak buat macam manakan ? Janganlah sedih..Tak baik." Pujuk Najah dengan lembut.

Tapi Syakqif diam sahaja.

Bukan apa , Najah tidak suka melihat Syakqif menangis disitu. Ini tempat awam, tempat orang ramai yang boleh nampak kita! Malulah kalau nangis depan orang ramai.

"DAHLAH!  Kau ni macam pondan je kalau nangis ! Serius weh, kau nangis macam P.O.N.D.A.N " Jerkah Najah sambil menekankan perkataan pondan itu.

Syakqif terus bangun dari mencangkung dan bersemuka dengan Najah.

"Najah Nabila......." Suaranya tersedu sedu. Barulah Syakqif hendak bersuara.

"Daira tukar nombor ke ? Kenapa aku call dia.... no tu tak guna dah ? Ada nombor baru dia tak? " Soal Syakqif sambil membetulkan rambut yang kusut masai itu . Dia sangat berharap dapat bercakap dengan Daira sekali lagi. Dapat bercakap pun cukuplah!

"Ya. Ada. Memang pun dia tukar nombor baru... Tak sangka pula dia tak bagitahu nombor baru dia dekat kau eh. Kau ada masalah dengan dia ke ? " Tanya Najah sambil mencari telefonnya di dalam beg tangannya itu. 

Syakqif senyum dan menggeleng kepalanya.

"Terima kasih . " 


Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now