7 | Tears

4K 344 24
                                    

Mata Tengku Alexander tertancap pada sekujur tubuh  yang amat dia kenali sedang membelakanginya. Walaupun majlis nampak begitu formal sekali tapi itu langsung tak mengugatnya untuk bertemu dengan seseorang yang sudah membuatkan insan yang dia sayang pergi meninggalkannya begitu sahaja.

Hampir dua tahun dia memendam segala perasaan sejak arwah mamanya pergi meninggalkannya. Dia pernah menyalahkan takdir suatu ketika dahulu dan semuanya berpunca dari lelaki yang sedang berada di hadapan matanya. Sungguh amarahnya terhadap lelaki yang digelar papanya tidak akan pernah surut sampai bila-bila.

"Atas urusan apa papa nak jumpa Xander?" cukup dingin sekali suara Tengku Alexander.

"Atas urusan peribadi." balas Datuk Grande sambil tubuhnya menghadap ke depan. Setelah sekian lama mereka berdua tidak bersua akhirnya dapat juga dia bertemu dengan satu-satunya anak tunggal lelakinya.

Tengku Alexander mengukirkan senyuman sinis.

"Did you expect I come here with your own reason?" soalan sinis mula dilemparkan oleh Tengku Alexander.

"You can say all you want, Xander," jelas bicara Datuk Grande kepada anak lelakinya.

"Straight to the point." kata Tengku Alexander. Jelas sekali dia tidak mahu membuang masa bersama dengan papanya tatkala ini. Teringat kembali tentang dua tahun yang lalu cukup menghiris hatinya tatkala ini. Hanya disebabkan itu, dia masih berkeras seperti ini.

Tak semena-mena kertas dilemparkan ke arah wajahnya. Tengku Alexander sudah menyangka pasti papanya ingin memberitahu sesuatu kepadanya. Dia sudah biasa handle syarikatnya sendiri tanpa bantuan papanya. Hasil titik peluhnya dari usahanya sendiri malah dia langsung tidak berharap dengan harta kemewahan milik keluarganya.

Tengku Alexander menunduk mengambil kembali surat yang dilemparkan oleh papanya tadi. Senyuman sinis masih tak lekang dari bibirnya. Dia langsung tidak terasa dengan tingkah Datuk Grande, papanya malah dia seakan sudah terbiasa sejak dari kecil lagi.

Dia membaca perlahan setiap patah kata yang tertera di surat tersebut. Riak wajahnya langsung tidak terkejut malah sudah menjangkakan perkara tersebut pasti akan berlaku. Surat yang berkaitan tentang rumah mamanya dibaca sekilas sebelum anak matanya menatap kembali wajah Datuk Grande.

"Xander tetap akan halang keputusan ni," perlahan bicara lelaki itu tetapi ada maksud di sebaliknya.

"Dua tahun dah berlalu Xander..."

Tengku Alexander tertawa kecil. Mudah sungguh kata-kata papanya menyapa telinganya tatkala ini. Perasaan dia sungguh terluka dengan setiap patah kata papanya. Air mata yang bergenang cuba ditahan. Kertas yang masih ada padanya digenggam sekuatnya cuba menghilangkan rasa tekanan yang hadir waktu ini.

"Papa ingat lepas apa yang terjadi dua tahun lepas, ianya dapat kembalikan mama balik ke lepas apa yang papa pernah buat dulu? Come on Datuk Grande tak perlu nak berlakon baik sampai begini sekali. Ianya takkan kembalikan mama dalam hidup Xander lagi!"

"Xander!" Suara Datuk Grande kedengaran amat kuat sekali. Seakan cuba menahan gentar yang berbuku di hatinya. Nasib ketika itu hanya mereka berdua sahaja di situ.

Rose yang menunggu kelibat Tengku Alexander mula disapa seseorang yang langsung tidak dikenali. Aku mula rasa tidak selesa dengan pandangan semacam dari lelaki itu.

Roses & Cigarettes | Dalam Proses PenerbitanWhere stories live. Discover now