1 | Adore

7.8K 496 33
                                    

Masih ku ingat lagi, suasana malam itu kelihatan begitu indah sekali. Dada langit nan kesuraman seakan mengerti apa yang berlaku padaku malam itu.

Sesekali desiran angin yang menyapa bagaikan mengalun alam dalam satu nada yang mengasyikkan. Terbuai diriku dengan keadaan tersebut.

Hatiku merintih dengan segala rasa pada malam itu. Malam yang menjelaskan kenapa aku perlu lari dari semua masalah ini. Malam yang membuatkan aku perlu pergi tanpa membawa apa-apa sedangkan aku tahu amat berbahaya risikonya.

Keluhan berat akhirnya terluah di bibirku.

'Kau kena kuat, Rose.' desis hatiku.

Sungguh, kenyataan demi kenyataan yang aku dengar rupanya terlalu pedih untuk ku terima. Papa, orang yang selama ini dari kecil aku dibesarkan olehnya, ternyata mahu aku bersatu dengan pilihannya malah hanya semata dibayangi harta kemewahan.

Air mata yang bergenang di tubir mataku cuba ditahan.

Kerana terluka mendengar setiap penjelasan, akhirnya aku nekad untuk melarikan diri, jauh dari orang yang cuba menyakiti hatiku.

Aku duduk merapatkan wajah di kedua-dua belah lututku di kawasan lorong jalan yang kelihatan sunyi. Kakiku letih untuk berjalan lagi. Sudahlah aku tidak menjamah apa-apa makanan lagi. Kedinginan rasa sejuk pada tengah malam terasa di tubuhku.

"Hey..."

Aku bagaikan terdengar seseorang menyapaku. Hatiku berdesis mengatakan itu hanya angin yang seakan-akan ingin berbisik kepadaku. Sekali lagi aku hanya biarkannya.

"Apa kau buat dekat sini?"

Bagaikan terkena renjatan elektrik, aku terus mendongak apabila kedengaran satu suara menyapa di telingaku.

Jelas sekali aku bagaikan kaku apabila melihat wajah menggoda itu menyapa mataku. Reaksi ku seolah-olah tidak dapat menjelaskan betapa menawan nya lelaki itu dan tatapan mataku memandang wajah itu seketika.

Lekuk wajahnya yang tampan dengan anak mata berwarna hazel serta hidungnya yang mancung dan bibirnya...merah cukup menggetarkan hatiku tatkala ini.

Setelah tersedar dari alam realiti, ada rasa takut menjalar hati tatkala anak mata lelaki itu terus memandang tingkahku sedari tadi. Setelah itu aku hanya mampu menundukkan kepalaku kerana tak sanggup untuk melawan panahan matanya yang sungguh menggoda.

Aku terdengar desahan nafasnya lembut dan kemudian barulah ku sedar lelaki itu sedang menghulurkan tangannya, gayanya seolah-olah mahu membantu ku.

Aku membalas jua akhirnya. Dalam keterpaksaan aku hanya merelakan saja.

Aku hanya berkutik diam.

Terasa ada satu perasaan halus yang bertandang di hati tatkala terlihat tanganku masih tak dilepaskan oleh lelaki misteri itu. Rasa bagai mimpi bila akan ada seorang lelaki menghulurkan tangan ketika dia sedang bersedih tatkala ini. Cuma berbeza, dia tak kenal lelaki ni. Lelaki di sebalik perwatakan misteri ini.

"Kau masih tak jawab soalan aku lagi," kata lelaki itu.

Aku masih diam seperti tadi. Aku tak kenal lelaki ni jadi tak sepatutnya aku ceritakan hal yang sebenar. Dalam hatiku mula rasa gerun memandangkan hanya kami berdua sahaja di lorong jalan yang kelihatan sunyi ini. Dan tiada sesiapa yang dia kenali di sini. Boleh bayangkan perasaannya bukan?

Roses & Cigarettes | Dalam Proses PenerbitanWhere stories live. Discover now