Crazy day

182 16 0
                                    

Rumah Keluarga Kim

Kai P.O.V

Sebaik sahaja kerja aku di universiti sudah selesai, omma terus call aku. Dia menyuruh aku untuk pulang ke rumah hari ini. Katanya ada hal yang penting.

Aku pun pergi ke rumahnya menaiki kereta milik aku. Setelah 20 minit perjalanan dari universiti, akhirnya aku dah sampai di rumah keluarga aku.

Aku meletakkan kereta aku di tempat letak kereta yang telah disediakan dan keluar dari situ. Aku berjalan ke arah rumah itu sambil membawa beg sandang aku.

Aku menekan bell rumah sebaik sahaja aku sampai di hadapan pintu. Beberapa saat kemudian, pintu rumah dibuka oleh pembantu rumah ini, Puan Min.

"Selamat datang, Kai" Ucap Puan Min. Aku pun tersenyum lalu memberikannya satu pelukan. Dah lama aku tak jumpa dia sejak aku pindah ke apartment aku sendiri.

"Terima kasih Puan Min" Kemudian aku melepaskan pelukan dan menatap dia.

"Omma dengan appa ada dekat mana?" Tanya aku.

"Mereka ada di ruang tamu sebab ada tetamu datang. Pergilah tengok diorang. Diorang mesti sedang tunggu kedatangan kamu"

Aku mengerutkan dahi. Tetamu? Kalau ada tetamu kenapa omma suruh aku balik rumah hari ni?

Tanpa membuang masa, aku pun pergi ke arah ruang tamu.

Sesampai sahaja di ruang tamu, aku dikejutkan dengan kehadiran Encik Yang dan Puan Yang iaitu parents Miyeon. Pelik lagi apabila aku juga ternampak woobin iaitu abang kepada Miyeon.

"Kamu dah sampai Kai. Lama kami tunggu kamu" Ujar omma apabila menyedari kehadiran aku.

"Kai mari duduk sini" Kata appa aku. Aku pun duduk disebelah appa aku setelah menyapa keluarga Miyeon terlebih dahulu.

"Tujuan uncle dan keluarga uncle datang sini ada sebab. Tapi uncle harap Kai tak bagitahu Miyeon yang kami ada di korea sekarang? Tolong rahsiakan daripada pengetahuan dia" Kata Encik Yang. Aku pun hanya menurut lalu mengangguk.

"Kai.. Omma dengan appa nak cakap something ni. Jangan marah ye"

Aku pandang omma dengan keliru. Apa sebenarnya yang omma cuba sampaikan?

"Omma belum beritahu Kai lagi, macam mana Kai nak marah? Apa dia omma?" Tanya aku kepada omma. Omma pula kelihatan teragak-agak untuk memberitahu aku.

"Omma dan appa sudah berbincang. Kami mahu kahwinkan Kai dengan gadis pilihan kami. Omma harap Kai tak menolak sayang..." Tutur omma.

Aku terkejut. Memang terkejut. Aku kehilangan kata-kata untuk bercakap.

Aku nak dikahwinkan atas aturan keluarga!? Unbelievable.

"K-kenapa omma dengan appa tak bincang dengan Kai? Kenapa buat keputusan tanpa persetujuan dari Kai?" Tanya aku seakan-akan tidak percaya apa yang sedang berlaku sekarang ni.

Aku tak boleh. Sekarang aku sudah jumpa gadis idaman aku. Aku taknak kahwin kalau gadis tu bukan mi--

"Appa tahu kamu tak akan menolak gadis pilihan kami sebab tu kami tak minta persetujuan kamu. Kamu mesti akan setuju punya" Kata appa aku yakin.

"Apa maksud appa?" Tanya aku pelik. Aku akan terima gadis asing dalam hidup aku? A big NO.

"Kamu akan dikahwinkan dengan Miyeon, anak kami" Ujar Puan Yang yang duduk bertentangan dengan aku.

Mata aku membuntang luas apabila mumny miyeon sendiri berkata begitu. Biar betul diorang ni?

Haruskah aku menolak perjodohan ini? Tak. Aku harus terimanya. Sebab Miyeon ialah gadis yang aku cintai dalam diam.

My Lecturer King Of ByuntaeWhere stories live. Discover now