Suspicious

152 14 0
                                    

Rumah Miyeon
8:00 malam

"Eh korang dekat mana? Jadi kan datang rumah aku? Yes! Aku tunggu korang! Bye!"

Sejurus itu, Miyeon terus mematikan panggilan yang baru di dail olehnya.

Malam ni dia ajak Ally dengan Blackpink datang rumah dia. Dia ada buat party kecil-kecilan sempena kedatangan Freya dengan Loren.

Bolehlah diorang kenal-kenal antara satu sama lain. Barulah okay bila hangout sama-sama nanti tak kekok.

Lagipun Miyeon dah mintak kebenaran woobin untuk buat party ni, itupun kena pujuk habis-habisan. Woobin bukan senang nak makan pujuk rayu Miyeon. Tapi akhirnya, dia mengalah jugak demi satu-satunya adik dia.

Tapi ada syarat,woobin kata kalau nak anjurkan party ni, no men are allowed kecuali dia.

Sebab tu Miyeon tak ajak BTS ataupun CNBLUE. Kang bising si woobin tu. Dia kata lelaki tak boleh percaya. Tapi dia pun lelaki. So dia tak boleh dipercayai lah? Hmm.

"Eh! Kenapa pakai macam ni lagi? Pergi tukar baju tu! Nak party takkan pakai short dengan tshirt putih je kot? Rambut pun kusut! Pergi tukar!" Tegur Woobin yang berdiri disebelah Miyeon sekarang ni.

"Awal lagi... " Rengek Miyeon lalu memeluk manja pinggang woobin.

"Jangan mengada-ngada. Miyeon yang beria nak anjurkan party ni tiba-tiba malas pulak? No no no. Pergi tukar baju sekarang. Freya dengan Loren mana? Diorang dah siap?" Tanya Woobin bertubi-tubi kepada Miyeon.

"Diorang baru je bangun dari tidur. Penat sangat. Miyeon kejutkan diorang tadi" Ujar Miyeon dengan nada polosnya.

"What!? Korang ni! Perangai dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Suka buat kerja last minute! Nasib baik makanan semua dah siap! Sekarang pergi atas, tukar baju, lepas tu tiga-tiga turun bawah! Cepat!"

Miyeon mendengus. Dia memang tak suka bila woobin dah mula membebel. Sebijik macam mummy.

Untuk menghindarkan diri dia daripada kena bebel dengan woobin, miyeon cepat-cepat naik ke atas biliknya dan mempersiapkan dirinya.

"Hm nak pakai baju apa ni..." Miyeon berfikir sambil dia merenung pakaian-pakaian miliknya yang ada dalam almari.

Selang beberapa minit akhirnya dia membuat keputusan untuk memakai tanktop hitam, jaket kulit dan shorts hitam miliknya.

Dia malas nak pakai dress, lagipun party tu dekat rumah dia bukan dekat club pun. Tak perlu pakai mewah-mewah.

Miyeon pun menyikat rambut ikal mayangnya dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang. Lalu dia melihat pantulan dirinya di dalam cermin bersaiz panjang miliknya.

Dia melihat rambutnya yang berwarna coklat dengan sedikit keperangan. Dia berfikir adakah patut dia menukar warna rambutnya.

Tiba-tiba, pintu biliknya dikuak oleh Freya dan Loren daripada luar.

"Miyeon! Dah siap ke? Cepatlah. Orang tua tu dah mula membebel" Orang tua yang dimaksudkan oleh Loren itu ialah Woobin.

Memang, membebel macam makcik-makcik.

"Almost!" Miyeon meletakkan sikat itu kembali ke tempat asalnya dan keluar dari bilik dia bersama Freya dan Loren.

"How do I look?" Tanya miyeon kepada Freya semasa mereka menuruni tangga.

"Cheap"

Miyeon menggelengkan kepalanya apabila mendengar jawapan freya lalu tergelak kecil. Bila jauh rindu, bila dah ada depan mata, asyik bash each other.

My Lecturer King Of ByuntaeWhere stories live. Discover now