He's coming

205 21 2
                                    

Miyeon P.O.V

Bilik Miyeon di hospital *media*

Aku masih menangis, tapi bukan didalam pelukan Kai lagi. Sekarang aku sedang bersandar di katil. Tangisan aku taklah seteruk tadi. Setelah Kai memeluk aku tadi, aku berasa sedikit tenang.

Sir Kai pula sedang duduk di atas kerusi di sebelah katil aku. Dia merenung wajah aku dengan pandangan yang aku sendiri tak boleh tafsirkan.

Kalau dia nak tengok aku, boleh je tak ada masalah tapi renungan dia ni lain macam. Lama pulak tu dia renung. Bikin hati aku dugeun dugeun dugeun ⊙﹏⊙

"Miyeon dah okay?" Tanya dia dengan suara yang deep dan husky tu.

Aku menelan air liur ku kasar sebelum aku memandangnya dan menganggukkan kepala aku.

Mesti aku nampak hodoh sekarang ni. Mata yang dah sembab sebab menangis dengan begitu lama, dengan extra rambut aku yang dah kusut sikit ni. Haih nasib.

Kemudian satu perkara terlintas di dalam kepala otak aku membuatkan aku memandangnya tertanya-tanya. Macam mana dia boleh tahu aku masuk hospital?

Kai seperti faham dengan pandangan aku terus tersenyum nipis.

"Awak mesti rasa pelik macam mana saya boleh tahu awak ada dekat sini kan?" Tanya Kai lantas aku mengangguk laju. Aku perlukan jawapan.

"Appa saya bagitahu saya yang awak dimasukkan ke hospital ni. Appa saya yang merawat awak. Saya tak tahu pulak yang appa saya dengan daddy awak tu kawan baik" Ujar Kai.

Oh sebab tu ke. Kecilnya dunia ni.Rupa-rupanya Dr Kim Jong Hae tu ayahnya si Kai ni. Tak sangka aku dengan Kai boleh tersangkut melalui hubungan baik daddy aku dengan appa Kai. Hah!

Patutlah sejak masuk universiti aku cepat rapat dengan Kai walaupun dia lecture aku.

Lalu, aku tersenyum dan mengangguk kepadanya menandakan aku faham. Aku pun malas nak cakap banyak, aku pun tak cakap apa-apa sejak pagi tadi. Huh.

"Walaupun awak tersenyum sekarang, saya tahu awak sedih. Tak ada perkataan yang sesuai untuk gambarkan perasaan awak sekarang kan?"

Aku tergamam seketika. Kai betul. Hati aku terasa sakit sangat. Sampaikan aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan yang aku ada sekarang.

Mungkin aku belum cukup matang, sebab tu hati aku mudah sakit. Hmm mungkin.

Tiba-tiba Kai memegang tangan aku yang disambungkan dengan wayar yang aku pun tak tahu apa fungsinya. Tetiba pegang-pegang ni dah kenapa?

'Sorry to say Kai,lain macam je cara pegang ni. I dah ada boyfriend walaupun perangai dia kadang-kadang memang menyakitkan hati. Kadang-kadang nak jugak sepak muka poker face dia tu tapi apakan daya aku hanya seorang insan yang pendek'

Kalau boleh nak ja aku cakap dekat Kai macam tu tapi tak apa lah. Pendam je dalam hati. Kalau cakap, takut ada lagi hati yang disakiti. Cukuplah hati aku sorang je :)

"Saya tahu saya tak ada hak untuk pegang tangan awak tapi saya cuma nak awak tahu yang awak tak berseorangan. Awak ada saya, family, kawan-kawan awak untuk tempat awak luahkan perasaan. Jangan pendam sorang-sorang"

Okay kali ni aku terkejut lagi teruk dari beruk. Dia boleh baca fikiran aku ke? Dia ni ada kuasa telepati ke apa? Seram sejuk aku.
Tapi kata-kata yang dia ucapkan tu sedikit sebanyak melegakan kekecewaan yang berkabung di dalam hati aku setelah sekian lamanya.

Kata-katanya membuatkan aku tersenyum. Lantas aku mengambil buku nota aku dan menulis sesuatu di atasnya. Kemudian aku koyakkan helaian itu dan memberinya kepada Kai.

My Lecturer King Of ByuntaeWhere stories live. Discover now