"Budak kelas mana ni? "
"Kelas dia ni haa. Kelas kau kan? "
"Edward."
"Nazri. Ni classmate aku, Sam."
"Rayyan."
"Budak ni member aku, Damien. "
"Lembik. Nasib baik kitorang perasan. Kalau tak? Lunyai dia kat situ dengan budak empat ketul tu."
"Sarlah saeowrangnyew arnuck businessman taerkaenal. Am I right? "
Mendengar usaha mat salleh untuk berbahasa Melayu tersebut menyebabkan aku terketawa tanpa sengaja.
"Pfftt."
Perbualan mereka serta-merta mati.
Oh sheetiew. Ampiewni dakiew.
Aku terasa hembusan nafas seseorang di dahi aku.
Ada yang kunyit ke dekat sini?
Oh gosh.
"Adudududu. Sakit siot! " Aku menggosok dahi dengan laju apabila aku terasa dahiku dijentik oleh sang Nazri.
"Buat-buat tidur lagi. Kitorang punya lah risau kot-kot kau koma ke apa, kau boleh pula tak nak bangun."
Aku hanya tersengih dan mengangkat dua jari tanda 'peace'.
"Okay? Edward" Lelaki berambut panjang separas bahu bertanya sambil menghulurkan tangan. Dia ni lah classmate yang aku tak pernah nak kenal tu.
Aku menyambut sapaannya dan mengangguk lemah.
"Aku Rayyan. So, berbalik pada soalan Sam tadi, ya, dia anak businessman terkenal. Macam mana? " Kata lelaki berwajah dingin sambil menyilangkan kedua-dua tangan di dada.
"Itu, kau bagi Damien yang settle." Kata Nazri yakin sambil memandang aku.
"Don't you think he already had enough? Kahsyaean dia."
Aku bukan kunyit tapi Sam ni comel gila!
Aku hanya mencebik dan memandang Nazri dengan muka kesian.
"Kau ni lembab lah." Dah lah panggil aku lembab, kena tunjal lagi kepala ni.
Kepala aku ni comel tau. Tolong lah ya?
Handle with care.
"Kalau aku jadi sengal nanti, aku salahkan kau. Haaaaa" Aku berjaya memberi satu jelingan tajam pada si tenuk, Nazri.
"Bukan memang dah sengal ke? " Sam dengan pelat Bahasa Melayunya dan Rayyan dengan nada sarkastiknya berkata serentak.
Mereka serentak bersorak dan menepuk lima disertai dengan Nazri dan tak lupa juga si pendiam, Ed.
"Okay, serious. Abang Dami salah seorang lawyer civil terkemuka Malaysia kot. Kalau diorang nak naik court, kita naik lah sekali. Kan Dami? "
Aku mengangguk perlahan. Ada betul juga apa yang Nazri kata.
Sepanjang Abang bekerja sebagai peguam civil selama 2 tahun, takde satu pun kes yang dia kalah setakat ni.
"Boleh. Kalau dia nak fight, kita fight. Aku roger abang aku."
"Yakin? " Rayyan yang mengangkat sebelah alisnya cuba untuk mendapatkan kepastian.
"In Sha Allah boleh."
•-•
Hakikatnya, mummy dan daddy aku yang minta untuk naik ke mahkamah.
Lepas mummy dan daddy tahu aku kena buli, diorang terus report polis.
And here we are now, tertuduh yang terakhir kini dibicarakan setelah tiga lagi tertuduh alias pembuli telah dikenakan hukuman yang sama iaitu dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak.
Suasana di dalam mahkamah terasa tegang apabila pihak pendakwaraya mula membacakan pertuduhan terhadap Naqib, tertuduh terakhir.
"....Oleh yang demikian, yang tertuduh, Mohd Naqib Naqiuddin bin Azfar, telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera pada si pembela yang mengakibatkan si pembela mengalami patah di bahagian tangan kanan dan rusuk kiri. Oleh itu, tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen 73 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dikenakan hukuman dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak atau sekolah Henry-Gurney sehingga mencapai umur 21 tahun. "
"Dengan ini, tertuduh akan dihantar ke sekolah Henry-Gurney sehingga tertuduh mencapai usia 21 tahun, berkuat kuasa serta-merta."
Hukuman telah pun ditetapkan oleh pihak mahkamah. Naqib yang berada di kandang tertuduh kelihatan sugul dengan muka bengkaknya dan kepala dililit akibat pergaduhan tempoh hari tidak menunjukkan sebarang reaksi. Seorang wanita yang melilit selendang di kepala tidak dapat membendung kesedihannya lalu meraung.
"ANAK AKU TAK SALAH!!! DIA NAMPAK LAGI TERUK DARI BUDAK TU! ANAK AKU TAK SALAH!!! "
Hakim meminta beberapa pegawai polis wanita untuk membawa wanita tersebut keluar dari mahkamah.
Naqib yang keluar daripada kandang tertuduh sambil diiringi polis hanya menatap aku dengan pandangan yang tajam.
"You'll pay for this. Mark my word, kid." Katanya sebelum melangkah keluar dari mahkamah tersebut.
•-•
🌚🌚🌚
Damien's flashback is too long so I decided to split it into two chapters. Comin' to you asap😋
YOU ARE READING
NERDS
Teen FictionTak nak cerita panjang, ini cerita pasal lima orang jejaka skema yang terhangat di Zenith High dan seorang protagonis yang berusaha sedaya upaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Dia tak nak masalah, tapi masalah nak dia. Dia lari dari mas...
• 06 •
Start from the beginning
