Bab 25 [ODP]

29.7K 1K 47
                                    


Beberapa hari sejak kejadian itu Dhia menjauhkan diri dari Ayyan. Hatinya benar benar sakit diperlakukan sebegitu. Semua yang berkaitan dengan Ayyan dia buat tak endah je walaupon dia tau Ayyan akan tetap cari dia.

Semua panggilan Ayyan tidak di angkat langsung di abaikan begitu saja. Lantak lah nak pikir apa pon dia tak kesah! Yang penting dia tekad nak jauhkan diri dari Ayyan!

"Hye Dhia!" Sapa Nasrul di sebelah Dhia yang sedang menyusun bunga di dalam bekas bunga.

"H.. Hye". Balas Dhia lalu melarikan pandangan ke bunga kembali.

"Busy ke?". Soal Nasrul sambil memerhatikan gerak geri Dhia yang lincah menyusun bunga itu.

Apesal pulak tanya aku busy ke idak ni?.

"Err.. tak rasanya". Bekas yang sudah kosong di angkat sekaligus ingin melarikan diri dari Nasrul.

"Ooo..".

Senyap di antara Nasrul dan Dhia. Tidak tahu ingin bualkan apa. Dhia mengemas apa yang patut atau lebih tepat tidak ingin bersama Nasrul. Tetapi lelaki ini masih berdiri di sebelahnya.

Ala macam mana nak tanya ni aduih! Come on Nasrul tak kan nak ajak makan pon susah?!. Bisik hati Nasrul.

"Awak dah makan?". Soal Nasrul lagi. Chaiyok Nasrul!

"Belom?". Dhia bertanya tanpa mengalihkan pandangan.

"Saya pon belum makan juga ni". Kata Nasrul tanpa di tanya.
"Ohh".

Terdiam Nasrul dengan balasan yang diberi oleh Dhia. Tergaru belakang tengkuk dia.

"Jom lunch nak?". Ajak Nasrul bila sudah tiada apa yang hendak di cakapkan.

"Erm.. tak apa lah.. terima kasih". Jawab Dhia dan ingin berlalu pergi ke belakang. Rimas pulak rasanya bila ada orang asyik berdiri sebelah je.

Nasrul yang melihat Dhia ingin berlalu pergi di gapai tangan Dhia. Tersentak Dhia dengan perbuatan Nasrul.

"Jom lah pergi lunch, jangan risau saya dah bagitahu dengan kak Athar dah. Dia izinkan kita pergi lunch".

Ujar Nasrul dengan masih memegang tangan Dhia. Dhia mengelat tidak suka.

"Lepaskan saya!". Dengan suara tertahan tahan Dhia bercakap. Di tegaskan sikit nada suaranya. Ni lagi satu spesis jenis Ayyan. Cukup tak berkenan Dhia dengan perangai seperti ini.

"Okay jom lah, awak pon dah siap semua kerja kan. So jom lah". Jelas Nasrul lagi selepas menguraikan pegangan pada tangan Dhia.

"Sekejap". Bunyi nada yang dilontarkan oleh Dhia seperti menahan marah. Tak suka orang main sentuh sentuh ni.

Bergerak saja kereta keluar dari kawasan kedai, Dhia hanya mendiamkan diri dan membuang pandangan ke luar. Sekali sekali Nasrul memgerling Dhia yang senyap langsung tiada bunyi.
"Sorry. Saya tak sengaja nak pegang awak tadi. Maafkan saya ye". Nasrul memulakan perbualan supaya menghentikan kebisuan yang melanda di dalam kereta

"Tak apa lah". Balas Dhia acuh tak acuh. Masih tersisa rasa marah di dalam hati.

"Betul ke ni? Macam tak je. Ikhlas tak?". Nasrul masih lagi bertanya kerana merasakan Dhia masih belom memaafkan dia sepenuhnya.

"Ye saya maafkan.. Tapi janji jangan buat macam tu lagi! Saya tak suka!". Dhia mula memaniskan muka memandang Nasrul yang  memandu.

"Okay saya janji!". Nasrul mengangkat kanan kiri seperti berikrar. Tersenyum dia apabila ternampak wajah manis madu Dhia. Hulamak! Boleh cair hati aku.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now